Monday, 28 September 2009

Hari pertama bekerja setelah lebih 2 bulan bercuti


Penatnya rasa ari nie...yerlah dah bulan duk kat rumah, pastu kene keje lak ari nie. Masuk jer keje kene terus masuk gear 3. Ehm.... Ngan anak2 lg.Nasib baik diaorg bangun awal pagi tadi, klu x tahulah macamana angah nak handle agaknya....

Thursday, 24 September 2009

Persediaan untuk mula bekerja dan bersekolah untuk anak2

Check semua benda dah ada ker belum....?
  1. Botol minuman untuk Harraz ngan Salam - Baru beli kat JJ tadi.
  2. Botol susu untuk Umar - Ada 8 botol ( untuk dikitar selama 2 ari)
  3. Bekas plastik untuk letak susu perahan - Ada 100 keping
Ha... semuanya yang penting2 dah ada. Harap2 angah x kalutlah masa hari pertama bekerja nanti. Bukannya x pernah mengalami semua nie sbb anak angah pun dah masuk 3 tapi kali nie pertama kalinya angah kene handle mereka semua bersendirian masa ayah diaorg keje pagi. Keje malam pun kene handle sendiri jugak cuma klu nak g taska tu ayah depa bleh antarlah. Klu x... nampak gayanya kelam kabutlah angah. Insya Allah angah bleh handle.


Cakap pasal botol air untuk Harraz ngan Salam, tadi angah belikan botol biasa jer kat JJ sbb dah berapa banyak tupperware yang diaorg tinggalkan kat skolah pastu x jumpa cari pada keesokkan harinya. Tapi yang menarik minat angah pada product Bros nie, free BPA katanya. Klu ikut harga dia lebih kurang harga tupperware jer. Harap2 betullah... Untuk my lovely hubby lak angah belikan dia bekas air seramik dari claytan. Memang angah nie menjaga kesihatan keluarga betul gamaknya. Bekas air seramik tu untuk isi air panas masa dia keje malam nanti. Dia nak buat puasa 6 katanya. Angah sebagai isteri kene menyokong dia dari belakang... Tapi yang menarik product claytan nie dah mendapat mengesahan Halal. Nie gara2 product seramik dari China yang mengunakan tulang babi.

Plastik bekas letak susu perahan... macam nak perah susu lembu lak-kan... hehehe..x tahu nak guna perkataan apa. Kira okaylah tu. Angah beli kat website nie sbb angah banyak gak baca kat forum2 yang mengatakan product nie selamat digunakan. Tapi susu2 yang angah perah sebelum nie, angah letak dalam container yang isi dadih. Dah ada 17 container semuanya yang boleh bertahan selama 3 bulan. Tp tadi angah ada terbaca dalam 1 forum yang mengatakan susu ibu yang dah defrost x bleh tahan lama. So angah kene habiskan susu tu cepat, tapi angah kene kasi 1 hari 1 jer susu yang angah bekukan tu dan lagi 3 botol susu segar yang hanya disejukkan di bahagian general compartment supaya balance khasiat susu ibu itu. Macam2...tapi yang pastinya angah nakkan yang terbaik untuk yang tersayang.

Wednesday, 23 September 2009

Ganti puasa

Alhamdulillah...dah 2 hari angah berpuasa untuk mengantikan puasa angah untuk tahun nie. Suami angah suh ganti pelan2, dia suh buat hari isnin dan khamis tp angah rasa angah suka buat masa angah cuti kat rumah. Minggu depan angah dah start bekerja, takut penatnya.

Semalam angah berbuka ngan masak lemak cili api sardin jer sbb lauk dalam peti xder. X kisahlah lauk apa pun, janji perut kenyang. Petang tu angah ajak suami angah g beli lauk. Dia bawa kami g Giant Taman Permata. Selalunya g JJ Au2 tp agaknya dia nak beralih angin kot so dia bawalah kami ke Giant lak. Sampai kat sana...terbeliak mata ikan2 dia...terburai2 perut sotong dia pastu udang kebanyakkannya kehilangan kepalanya. Eeeee...sungguh tidak segar lauk2 kat sana smlm. Nak buat camner...akhirnya kami balik ngan sayur-sayuran jerlah.

Menu berbuka puasa angah ari nie pun simple jer sbb ketiadaan ikan segar kat Giant semalam. Kedai runcit pun x buka lg... Xperlah bak kata angah td..janji kenyang. Tapi yang pastinya cheese cake yang angah beli kat giant semalam best..mmg best. Sebenarnya angah minat makan cheese cake sejak mengandungkan Harraz. Ini semua angkara strawberry cheese cake yang TIM jamukan pada group TPM. Kak Fiza sebenarnya mengandung jugak masa tu dapat sepotong cake tu dari kawan kami, Shariman. Kak Fiza panggil adik dia nie join merasa sekali cake yang tak seberapa tu...Ehmmm sedapnya. Sejarah group makan2 angah meraikan b'day kawan2 dalam group tu jugak berpunca dari cheese cake dari hotel Renaissance tulah. Sanggup Abg Sham g hotel tu untuk belikan kek tu semata2. Baik sungguh hati dia... Allah permurahkan rezeki dia sampai dia menang kete BMW 3 series bagi cabutan bertuah untuk SSP BSN.

Monday, 21 September 2009

Raya lagi....

Alhamdulillah...merasa lagi kami sekeluarga beraya sekali lagi tahun ini. Raya bagi kami adalah menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa ... mungkin tidak sesuailah bagi angah perkataan sebulan tu tp yang penting raya tetap raya walaupun tahun nie x semeriah mana. Maklumlah abang ngan 2 orang adik angah beraya di rumah mertua masing2.

Yang tak meriahnya hanya dipagi raya tp malam raya tu rumah mak kene serang dek anak buah dia ngan adik2 dia means sepupu angah ngan makcik2 angah. Peh... lotih makngah melayan anak2 sedara makngah nie. Suami angah terus x nampak batang hidung...duk kat luar jer dia sbb dia xleh masuk sangat dengan suasana kemeriahan kami. Anak makngah semuanya balik sini walaupun nenek takder. Makngah mmg balik kg sbb arwah pakngah dah xder jadi dia balik kg sebab nak lawat kubur arwah suami dia. Anak makngah jer penuh hall mak..maklumlah rumah kecik. Pastu anak buah dia dari Linggi mai lagi 2 kete, maklumlah sepupu angah dah besar2 jadi waktu rayalah datang menjemput ke majlis mereka. Ada yang nak bertunang pastu ada jugak yang nak berkahwin.

Mereka semua makan malam kat rumah. Mak masak lemak cili api udang galah pastu makcu lak bawa pajeri nenas di tambah pulak ngan rendang ayam ngan daging...fuh..klulah ada ikan masin semalam mesti lagi best. Alhamdulillah....habis nasi yang Ana masak semalam. Baguslah x membazir.

Yang paling meriah lagi waktu nak berpisah...mereka nak balik. Bukan apanya yang meriah... mak ngan bapak budak yang beratur nak duit raya...kecoh masing2. Bukan selalu pun sekali setahun tu pun jarang kami semua dapat bersama macam nie. Kami sepupu mmg rapat sebab usia kami selang setahun pastu sebelum makngah pindah Tanjung Malim dia mmg duk kat Rantau, jadi sepupu2 angah tu mmg duk kat rumah neneklah selalunya.

Pas diaorg semua balik, angah ngan adik2 angah g serang lak rumah adik tiri abah kat Linggi. Sampai jer kat rumah Pakjah angah nampak banyak sangat lak kete. Macam x best jer bila tahu ramai orang kat rumah pakjah... Rupanya 2 kete dari rumah mak tadi ikut skali g rumah pakjah. La...bersambung semula kekecohan kami kat sana. Rasanya yang paling kecoh malam tu angah ngan makcu Manis. X menang gusi kami tergelak. Nasib baik suami angah x marah angah buat perangai. Dia nak marah pun xleh gak sbb dia pun tahu perangai isteri dia dah mmg camtu. Nasib baiklah Umar baiknya semalam...dia pun paham. Tapi dalam2 kemeriahan raya semalam, 1 gambar pun x sempat nak ambik... hampa rasanya...

Saturday, 19 September 2009

Selera ramadhan

Penat sungguh menunggu hero2 angah nie g gunting rambut sbb angah ngan Umar dah siap nak balik kg nie. Tahun nie balik Rantau jer sbb TI x bagi employee dia cuti lama2 walaupun tahun nie patutnya turn balik Bukit Tunggal, Ngganu.

Insya Allah hari nie hari terakhir kita berpuasa untuk tahun nie. Tahun nie yang angah nampak Harraz berselera makan waktu berbuka. Dan pada bulan puasa nie jugaklah kami tahu apa kuih kegemaran dia sampai 1 tahap ayah dia panggil kuih pulut serunding tu kuih sako dia sbb angah pun suka sgt kuih tu. Tiap2 hari dia minta ayah dia beli kuih sako dia. Dadih lagi 1 makanan yang x penah miss dia makan untuk berbuka puasa, coklat untuk dia perisa strawberry untuk Salam. Seminngu terakhir nie dia dah mula minat makan popia goreng sampailah semalam dia sorg jer mkn 5 biji popia goreng..tu belum kuih lain tu. Tapi dia x makan nasi waktu berbuka, dia hanya makan kuih2 jer.Kadang2 angah pun terikut ngan dia klu ayah dia keje malam sbb xder teman nak makan.

Angah lak mmg x miss kuih beronok...sebenarnya beronok tu bahasa org ngganu tp mak angah yg panggil kuih sagu. Pastu klu ada kesempatan suami angah akan belikan angah popia basah. Dalam tahun nie merasa gaklah sekali makan popia basah yang kene ambik no dulu tu.

Abdul Salam ngan ayah dia selalunya makan jer apa yang kami makan sbb diaorg tu selera antarabangsa, On jer...