Friday, 25 December 2009

Kenapa blog nie dah lama x di-update

Sebab-sebabnya ialah:-
1) Sibuk
2)Laptop kat rumah kene virus
3) Harraz n Salam xder kat rumah, so laptop xder sapa yg sudi ON-kn

Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua... Tahun berganti tahun tapi adakah kita masih ditakuk yang lama? Azam tahun baru...? Azam tahun lepas pun x tercapai sepenuhnya, nak buat azam baru kononnya...Angah harap angah dapat mempertahankan azam tahun lepas hingga tahun2 yang mendatang.

Wednesday, 16 December 2009

T-shirt Muslimah


Hahaha...hari nie angah x sempat nak gosok baju kurung untuk ke tempat keje so angah pun capai jer baju yang ada dan xyah gosok. Tusung mudah saja sbb la nie angah mmg pakai tudung berawning tu, s xyah gosok..sarung jer. Angah pakai t-shirt mulimah tadi. Pelik orang tengok angah pakai t-shirt tu ngan suar jeans. Bukannya angah x penah pakai suar jeans tapi angah mmg x pakai hari keje biasa, cuma weekend jer angah pakai suar sbb angahnya jalan ganas. Terserlah klu pakai suar. Tapi ramai orang tanya angah pakai baju apa, macam pelik kat mata diaorg. Angah pakai jaket kat luar, so nampak macam pakai baju tido ada gak..lantaklah..janji tutup aurat jawap angah pada mereka yang pelik tengok angah ...

Saturday, 12 December 2009

Abdul Salam selamat dikhatankan

Alhamdulillah... at last Abdul Salam selamat dikhatankan semasa usianya 5thn 3 minggu. Mula2nya macam xnak ikut kehendak dia tp benda tu jadik gak semalam. Dia mmg berani orangnya. Masa doc lakukan operasi potong-memotong tu dia siap angkat kepala nak tengok apa doc buat. Ummi taska pun datang dan masuk ke bilik sekali tengok dia berkhatan. Ummi mmg camtu, sentiasa memberi semangat kepada anak2 taska dia. Dia dah macam ummi kedua bagi anak angah nie. Dia siap bawa askar sekali tu, sbb nak bagi semangat kat Salam.

Lebih kurang 15 minit process berkhatan tu, takder langsung bunyi tangisan dari mulut Abdul Salam. Good boy kata Doc Hasmah, isteri kepada Doc Daud. Dia terkejut masa mula2 tengok Abdul Salam sbb kecik jer dia. Yang lagi dia terperanjat..Abdul Salam baru berusia 5thn. Okaylah tu.. Angah fikir mudah nak jaga sebenarnya sunatkan dia awal2. Harraz dulu pun 6thn angah sunatkan, tu pun dia minta jugak sbb nak g skolah AL-Amin katanya.

Malam tadi, ayah dia belikan ikan haruan kat JJ Au2 tp dia lupa nak minta org tu buangkan kepala dia. Masa angah buka plastik utk cuci ikan tu, terkejut angah tengok kepala ikan tu macam ular.eeee ngeri angah tengok. Angah minta suamiku buang, rupa2nya dia pun geli. Ada ke patut dia suruh Harraz yang buang. Nak tak nak angah ambik plastik pegang than buang kepala ikan haruan tu. Ikan Haruan tu angah nak buat sup, baik untuk luka. Tapi bak kata doc xder fakta yang mensahihkan kenyataan tu.

Tuesday, 8 December 2009

Janji perlu ditepati

Pagi tadi Abdul Salam menuntut kata2 angah padanya, kira janji gaklah ...dia tanya bila dia nak kene sunat. Patutnya orang takut nak kene sunat dia terbalik lak, mungkin sbb dia suka jer nak balik rumah nenek dia. Pastu abg dia pun kata sunat tu x sakit, jadi dia minta disunatkan. Bila angah fikir2kan semula better angah sunatkan dia tahun nie sbb klu panjang umur tahun depan, Umar dah besar.Mesti tengah lasak, jadi risau akan kebuasan dia nanti..kami pun decide nak sunatkan dia tahun nie jugak.

Tengahari tadi angah setkan timing ngan mak kat kampung sbb takut terganggu kerja buat dia. Maklumlah cuti sekolah, mesti banyak undangan majlis perkahwinan. So angah pun set ngan adik angah, maklang diaorg. Bimbang klu mak nak g kenduri kawen, maklang dia ada bleh tolong jagakan. bukan lama pun..minggu pertama angah jaga dia, pastu next week dia tu baru hantar balik kg, Insya Allah...

Bila balik keje bincang lak ngan ayah dia, suamiku tersayang..at last kami setuju nak sunatkan dia kat Poliklinik Permata, AU2 pada hari selasa nie. Buat masa Rest day ayah dia. Kemungkinan angah ambik half day jer pagi tu. Apa2 ha pun doakanlah semuanya berjalan ngan baik ..AMIN

Monday, 7 December 2009

Masalah keguguran rambut

Angah menghadapi masalah keguguran rambut yang agak serius setelah kehabisan syampu Sassy yang angah jumpa kat Giant Senawang satu ketika dulu. Masa angah guna syampu tu, mmg selesai masalah keguguran rambut angah masa tu walaupun bershampo setiap hari. Bila dah habis stok angah cuba cari tapi x jumpa...dah macam2 jenama shampo angah gunakan tapi masih tidak mendapatkan hasil yang positif....ehm...sampai bila...begini ....

Sunday, 6 December 2009

Ke Tanjung Malim kita ....

Ari nie kami sekeluarga ke Tanjung Malim sbb ada majlis perkahwinan pengantin 4 sepupu angah kat sana. Suamiku tersayang kerja malam tapi dia sanggup menghabiskan masa bersama kami untuk kesana. Dia sempat tido 3 jam jer. Sian dia... Syok sungguh angah ari nie sbb semua adik beradik mak berkumpul kat rumah makngah... Makteh yang dah 5 thn angah x jumpa, mai jugak kesana. Senang skit dia nak bergerak skit sebab anak sulung dia dah diberi pelepasan tuk bawa kete dari kepala batas ke Tanjung Malim. Lepas rindu angah kat Hasanah yang dah cukup lama x jumpa... Makcu siap kata patutnya angah mai semalam bukan ari nie. Gamat suasana rumah makngah. Tapi angah x sempatlah nak tengok pengantin bersanding sbb kul 2 lebih baru sampai.. xper janji dapat jumpa semuanya. Seronok habis.


Angah x sempat bergambar masa nie sbb tengah sibuk menyusukan umar kat dapur ...

Sunday, 29 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Tahun nie kami beraya kat Rantau lagi, masih belum berkesempatan nak balik Bukit Tunggal. Suamiku bimbang dengan keadaan kereta kami yang x berapa stabil untuk balik ke kg dia. Tak kisahlah janji kami semua dapat beraya bersama, cuma kesian ngan mertuakulah, dia kata belum sempat lagi nak tengok Umar Zuhdi. Last sekali kami pulang ke kampung halaman suamiku kira2 bulan 6 yang lalu. Harap2 mereka semua pahamlah.

Angah sekeluarga balik Rantau pagi raya lepas solat Raya kat Surau Al-Hidayah. Cepat solat Raya kat surau tu, kul 7:45 dah start sbb depa semua nak keje buat ibadah korban. Angah tengok dari atas jer, dalam kul 8:30 dah nampak 2 ekor lembu sedang dilapah. Memang cekap diaorg tu, mana xnya..otai2.

Kami sampai kat Rantau dalam kul 12:30 sebab jam jugakkan highway, banyak kete. Macam2 jenis kete yang ada kat highway tu..Startlah kami borak pasal kete. Nak cakap pasal kete, ari tu kami g-lah kat pusat pameran Produa sbb nak tengok ALZA. Tapi jangan x caya, dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih nie, masih ada orang yang terlepas pandang ttg ALZA. Promosi dia bagai nak rak dan memang ramai yang tunggu kemunculanya selepas EXORA. Tengok pada gambar, x dinafikan angah pun jatuh cinta gak ngan rekabentuknya tapi bila g kat sana, FAIL... tu yang angah bleh katakan. BUkanlah totally FAIL, jahat sangatlah angah nie, cuma yang angah x berapa berkenan seat belakang dia. Terlalu sempit..yerlah..cuba banyangkan panjang sama ngan kete 7 kaki pastu direka untuk 7 seater. Lagi satu air cond belakang xder. ALZA nie guna enjin toyota vios..not bad. Tapi yang angah x paham dengan space dia..ehm...angah xleh nak cakap apa sekarang nie, sebab manalah tahu jkot rezeki angah nak guna ALZA, xder sapa yang tahu melainkanNYA.

Angah sampai kat rumah, abah xder sbb dia g uruskan jenazah. Jangan x caya, abah nie pemandu van jenazah. Paling jauh dia pernah ambik jenazah dalah kat Pekan, Pahang. Mulia sungguh tugas dia. Hujan lak kat kg, angah ngan family apa lagi...zzzzzzzz menjalankan hobi kami bila ada waktu lapang. Yang best tu, masa kami semua tido, along buat persiapan nak masak mee jawa utk malam nanti. Along nie seorang lelaki yang pernah belajar kat ALAM dalam kursus masakan. Dia masak mmg best...Malam tu dia masak mee jawa ngan daging masak merak. Dikta lak beli kek than angah bawa puding ngan lemang dari KL. meriah sungguh malam tu..Abah cukup terhibur...apa yang kami semua mahukan dah pun tercapai ....


Saturday, 21 November 2009

Birthday Abdul Salam

Hari nie b'day Salam yang kelima, ikut tahun hijrah... Pagi2 lagi dia dah bising ajak ayah dia g beli jajan nak kai kat kwn2 dia kat taska dia. biasalah dia tu..tapi yang best tu dia ingat kan kami bila nak sunatkan dia sbb dia kata dia nak sunat lepas b'day dia. Sian lak tgk dia sbb kuku jari dia dah mati 1, tinggal nak tercabut jer. Tulah nakal sgt. Bila angah fikir2kan biarlah tahun depan dia sunat, klu panjang umur sbb klu kuku dia jatuh tu..sure sakit.

Kami pegi kedai Jajan kat Taman Melawati...dia ambik apa yang dia nak..ha ambik. Pastu Angah ajak ayah dia g makan kat Shakes Pizza ,Alpha Angle. Sampai kat sana, dah tutup rupanya. Lama sangat dah x pegi sana, almaklumlah JJ dah buka kat AU2. Ehm... Salam nak beli kek jugak kat situ. Dia kata nak makan ngan abg dia. Layan jerlah....Pastu kami layan dia g makan Pizza Hut kat wangsa maju, belakang care4... Malam tu pulak kat kul 1 angah tido sbb bungkuskan Jajan untuk kengkawan dia...penat ummi

Thursday, 19 November 2009

Bila...

Prestasi pelajaran Harraz merosot penggal nie, dari 7A turun ke 3A sahaja... cikgu Jamilah kata kat Angah yang Harraz nie suka main dalam kelas. Entahlah...cikgu kata mungkin sbb angah x sempat nak ajar dia kot...mmg pun angah x sempat nak ajar dia sbb semua benda angah kene buat sendiri. Bukan suamiku x tolong tapi suamiku pernah berkata yang dia mengimpikan bila dia balik rumah isteri tunggu dengan semuanya terhidang sbb dia balik keje penat dan dia nak rehat. Jadi angah cuba buat yang terbaik apa yang dia nak cuma yang angah dapat result dia...prestasi peljaran Harraz menurun...angah x salahkan suamiku cuma angah tekilan skitlah ... Cikgu Jamilah ada kata kat Harraz tadi yang penat ummi keje untuk sekolhkan Harraz. Dia kata baik ummi duduk kat rumah jaga baby ngan Harraz... aik cikgu nie,mcm tahu2 jer yang itu cita2 ku suatu hari nanti tapi bila yer ...

Wednesday, 18 November 2009

Tepung beras vs tepung pulut

Percaya atau x yang sebenarnya angah ingat yang tepung beras ngan tepung pulut tu sana jer sbb angah fikir yang pulut tu dari beras pulut...hehehehe. Sebenarnya angah teringat citer ttg tepung beras ngan pulut tu sbb masa lunch tadi angah makan peria goreng bertepung. Angah tanya kat Kak Midah camner nak buat sedap macam kat cafe buat sbb angah buat x jadi. Kak Midah kata kene campur ngan tepung beras skit..pastu siap ajar lagi yang tepung beras nie rasanya macam kasar skit tp tepung pulut nie halus... Dia ajar tu sbb angah ada citer ttg 2-2 tepung nie.

Puasa tahun lepas angah ingat nak balas piring jiran angah masa bulan puasa dengan kuih ondeh2. Angah pun tanya kat kwn2 kat line. Semangat nak buat sbb x penah buat pun. Kwn kata guna tepung pulut tapi sbb kat kedai tu xder tepung pulut angah pun belilah tepung beras sbb tepung jer yang ada ...semangat buat sbb nak bagi kat jiran kononnya, siap warna hijau n warna merah lagi...meriahlah kononnya... Dah siap nak bagi, nasib baiklah Harraz nak rasa, klu x ...malunya...sbb tepung beras KERAS ....hahahaha ....Moral of the story for today... jangan suka2 buat teori sendiri...malu...

Monday, 16 November 2009

Hujan...

Kat luar tu hujan tengah turun sejak dari tgh tadi....sejuk jer sampai mata pun rasa macam nak terkatup2 jer. Klu angah tido nie mahu sampai kepetang..silap2 hari bulan, x masak lak ptg nie. Angah ada kat rumah nie pun sebab Abdul Salam demam. Sejak semalam dia demam, so angah ambik half day leave ari nie. Angah bawa dia ker klinik tengahari tadi, sejam lebih gaklah kami menunggu giliran untuk berjumpa ngan DOc Munirah. Nasib baik x bawa Umar tadi, klu x kesian dia menunggu. Nia tgh tido ngan sedapnya...klulah bleh join.

Pada 8hb yang lalu, majlis ihtifal untuk kumpulan sekolah tadika Amal telah diadakan di Masjid Wilayah. Tahun nie Abdul Salam tidak menerima hadiah sbb hanya 4 kategori sahaja yang layak naik keatas pentas untuk tahap 1. Dia dah dapat hadiah siap2 masa kat sekolah lagi. Klu x silap sbb dia dah membaca buku anakku 7.

Macam2 ragam yang bleh dilihat kat sana. Suami angah pulak asyik ajer jumpa kawan dia. Umar pulak macam memahami jer yang ummi dia suka jer nak tengok persembahan abang dari Tadika Amal yang lain. Abdul Salam buat persembahan nasyid dengan lagu 123 sayang semuanya dan Children of the world. Kelakar tgk gelagat anak2 kecil di atas pentas...

Friday, 13 November 2009

Aku redha dengan dugaanMu...

Alhamdulillah...Kaklong Rusnah yang angah citer ari tu dah beransur sihat. Tapi menurut kata suaminya dia lama lagi duk kat ward tu sbb ada lagi pembedahan yang dia kene buat berkaitan dengan ususnya.

Semalam angah bawa Umar ke HA untuk temujanji dia kat sana. Dia kene buat Ultra scan untuk buah pinggang dia. Ehmmmm buah pinggang dia bengkak..kedua2nya sekali. Kemungkinan disebabkan oleh air kencing dia masuk semua ke buah pinggangnya. Mereka x akan buat apa-apa cuba setiap 2 atau 3 bulan sekali dia kene datang untuk scan. Angah cool jer dengar sbb klu x kita x redha dengan apa yang Allah kurniakan..betul tak? Dah besar nanti okaylah tu...mudah-mudahan ... Amin

Saturday, 7 November 2009

Dugaan dan cabaran dalam hidup ini

Hari rabu lepas angah dapat berita yang kawan...kawan ker..ehm..dia dah berumur 54 tahun...senang citer kaklong Rusnah masuk ICU kat HA lepas menjalani pembedahan usus katanya. Kalut angah dengar berita tu, dahlah angah x berapa sihat ari tu, than boss2 angah ada presentation technical paper lak tu.
Jadi cam rasa nak g lawat ker x nak pagi tu..celaru. Angah x senang diam pagi tu sbb angah mmg baik ngan dia. So angah decide g ikut member sorang lagi g law
at dia petang tu.

Masa tengah buat keje kat line, bercelaru lagi fikiran angah sbb angah takut x sempat nak balik keramat sebelum kul 6:30 sbb Harraz habis skolah kul 6:30. Harap maklumlah jam dia camner ptg2 nanti lebih2 lagi kat fly over Pandan Indah tu. Jadi angah tukar plan, g lawat tengahari waktu break, nasib baik boss ok dapat angah kuar. Takut ooo nak kuar lama2 skit la nie...

X sampai hati...tu yang angah boleh katakan bila angah lawat kaklong. Orang yang ceria..suka ketawa..dan yang paling best suka masak2 untuk kami terbaring lesu kat katil di ICU dengan wayar bersambung2.Ehm...x tahan angah melihatnya, bila di tanya soalan pada nurse yang bertugas tu, dia suh tanya kat suami dia. Nurse tu cuma bleh jawap yang Kaklong ditidurkan sbb takut dia akan rasa sakit sangat bila dia sedar nanti. Dia mengunakan
bantuan pernafasan untuk sementara waktu ini.

Syahdu... Fikiran angah terus melayang pada arwah Ayu ngan Amir yang dimasukkan ke ICU atas alasan2 tersendiri. Percaya atau tidak, masa arwah Ayu (operator angah kat TI) ngan Amir (cousin angah), setiap ari angah g lawat diaorg. Cuma Ayu angah x g lawat dia masa dia g buat CT-scan sbb angah takut x sempat juma dia sampailah hari terakhir dia dimuka bumi nie angah masih lagi g melawat dia di ICU dan malam tu suami angah bawa jugak angah g GH nak g lawat mayat dia tapi x sempat. Arwah AMir pulak meninggal masa dia berusia 11 tahun dan dimasukkan ke GHKL dari GH Melaka disebabkan pendarahan dalam otak dia. Dia lama skit masuk spital cuma angah terasa ralat skit sbb angah x jadi lawat dia masa 2 hari sebelum dia dimasukkan ke ICU. Dia sms pada angah tanya kenapa x datang. Kebetulan angah mmg sibuk ari tu sbb nak
cuti Raya Haji. Dia kata x yah datang lawat dia kat GH sbb dia dah bleh balik, so dia suruh angah lawat kat Melaka. Ehmm...macam dia dah tahu ajal dia nak sampai sbb x sampai sehari dia balik, dia dikejarkan semula ke GHKL sbb doc lupa nak bagi dia steroid menyebabkan pendarahan berlaku semula pada otaknya. Kononnya angah nak g lawat dia tghnya tapi angah g lawat mayat dia jer.

Pada sapa yang mengenali kaklong, doakanlah yang terbaik untuknya...Amin.
Gambar dia masa majlis perkahwinan dia

Sunday, 1 November 2009

Breast feeding


Angah mmg menyokong kawan2 yang ingin memberi susu ibu kepada anak2 mereka seperti yang angah berikan pada Umar sekarang nie. Umar hanya minum susu angah sepenuhnya. Oleh itu, angah ngan mewakili kawan2 angah kat TI tu belilah set cooler bag untuk kawan kami yang akan mula bekerja pertengahan bulan depan. Angah online, lengkap ngan botol susu sekali. Kakak nie duk kat Shah Alam, so dia mmg memerlukan cooler bag nie untuk mengekalkan kualiti susu yang bakal dia pump nanti.

Wednesday, 28 October 2009

b'day


Today is my b'day....

Sunday, 25 October 2009

Dah sihat skit

Alhamdulillah... angah dah beransur sihat ari nie. Hampir seminggu gak angah rasa badan nie bagai dipaksa2 bekerja. Nasib baik suamiku keje pagi minggu nie, klu dia keje malam... paham2 sedirilah.

Hari nie jugak Umar dah berusia 3 bulan so dah tiba masanya dia kene suntikan imunisasi. Ayah dia keje pagi so angah angkut abang dia yang berdua tu g Klinik Idzham Setiawangsa. Nasib baik Umar x buat hal masa doc Sharel cucuk dia tadi tp cam biasa abg dia yang dah besar tu x reti duk diam. Penat nak control diaorang. Tapi nak buat camner terima jerlah dah mmg perangai diaorg camtu....
Sedap dia tido dalam car seat dia


Friday, 23 October 2009

Nak buang sayang

Ari tu angah ada berborak ngan kawan sekerja angah kat ofis pasal nilai seorang isteri setelah lama berkahwin dimata seorang suami yang amat memerlukan belayan. Nampak simple tap bolehlah angah kongsikan bersama apa yang angah dah borakkan dengan abg nie.

Dia kata bila kita nie dah lama kawen, sayangnya seorang suami tu seumpama sayangnya pada barang antik. Sayang bukan sebab benar2 sayang macam mula2 kawen dulu tp disebabkan oleh sayang nak buang. Mula2 marah gak dia cakap macam tu tp bila difikir2kan semula ...yerlah kot. Dah lama hidup bersama, bila xder depan mata xper katanya tp bila org nak ambik..sayang. Lebih kurang camtulah ayat dia. Means klu xder depan mata xper tp yang dia tahu dia masih ada isteri.

Klu kita nak jadi isteri yang betul2 disayangi katanya, kita perlu jaga penampilan serta persembahan kita. Ehmmm...kenapa isteri jer kene buat semua tu ek .. sbb katanya lelaki nie telah mengunakan kelebihan yang Allah bagi pada mereka iaitu talak ditangan mereka dan mereka boleh berkahwen 4. Sungguh gatal mereka ini...Abis tu lelaki x perlu jaga penampilan mereka? Isteri nak jugak berjalan ngan suami yang mantap gitu..yer x?

Bukannya apa pompuan nie rasanya klu dah sayang tu, susah dia nak buang sayang dia @ ada juga orang berpendapat klu pompuan tu dah sayang memang dia sayang betul tapi bila dia dah benci...ehmm x yah cakaplah. Ada orang pesan kat angah dulu klu nak kawen, kawenlah ngan orang yang sayang kat kita...

Thursday, 22 October 2009

Demam lagi ari nie

Demam lagi ari nie...Dah sampai TI tadi, buat keje skit pastu x tahan terus balik. Balik pun bukan duk kat rumah...Angah g KL ngan suami angah jap sbb nak submit form utk claim insurance motor yang hilang dulu. X larat sebenarnya tapi sbb ingatkan org lain xleh nak submitkan form tu, angah gagahkan jua ...

Wednesday, 21 October 2009

X sihat


Xder mood betul nak update blog sbb x sihat sbnrnya. Dari semalam demam selsema ....

Monday, 19 October 2009

Umar Zuhdi masih x berapa sihat lagi

Hari nie tadi angah kene g keje gak walaupun hari minggu. Harraz tolong jaga Umar sementara ayah dia tido sbb keje malam. Nasib baik Umar tido jer sepanjang angah g keje cuma dia bangun dalam kul 1 lebih sbb dia buang air. Langsung ayah dia kene bangun dari tido. Xperlah bukan selalukan.. ANyway thanks a lot to Harraz and my lovely hubby. Nasib punya suami yang memahami kerjaya isterinya.

Lepas maghrib tadi angah tengok Umar macam xleh nak bernafas sbb selsema dia ngan kahak yang dia tak pandai nak buang. Ayah dia dah g keje malam, ehm...angah bawa semua hero angah tu g klinik Idzham kat SEtiawangsa. Biasa jer tu...Sampai kat klinik doc kata paru2 dia okay dan mungkin dia punya selsema tu menyebabkan dia macam sesak nafas. Dia bagi ubat selsema tp dia kata makan bila perlu ... Angah harap Umar sihatlah pas nie... Sian dia

Saturday, 17 October 2009

Kenapa kita x diberi pilihan

Kenapa kita x diberi pilihan untuk membuat keputusan....? Sebenarnya angah buntu la nie sbb mengenangkan yang angah kene keje esok pg sedangkan suami angah baru balik keje pagi sok, Insya Allah. Memanglah dia akan tido esok pagi tapi persoalan dia la nie sapa nak jaga Umar esok. Nampak gayanya terpaksalah angah masuk keje lewat sok, mungkin pas angah siapkan anak2 angah dan masak untuk lunch besok. Angah x kisah sangat ngan Umar sbb until now tido adalah hobby dia cuma kesian lak dia sbb 5 ari dah kene tinggal de'k ummi, ari ahad pun ummi dia kene g keje. Abg2 dia dah besar, boleh layan diri mereka sendiri.

Sebenarnya angah mmg xnak keje tp .....ehm...

Friday, 16 October 2009

Nur atau Katrina ...

Citer Nur Kasih nie mmg mengasyikkan ... X sabar2 nak tunggu apa yang akan berlaku pada episod akan datang. Tapi tadi angah terasa sadis sbb mak Adam cakap pada Adam yang agaknya Adam kene pilih antara Nur ataupun Katrina. Patut ker mak dia cakap macam tu?

Cuba kita bayangkan klu kisah tu berlaku pada kita..ehm. Apa agaknya tindakan kita sebagai seorang perempuan. Agaknya mampukah kita berada di tempat Nur meskipun Katrina yang tidak pernah terfikir yang mereka dimadukan pada awalnya tapi boleh menerima hakikat takdir mereka yang sebenarnya. Percaya atau tidak yang sebenarnya bibir angah penah membenarkan suami angah untuk berkahwin lagi 1 walaupun dia x pernah minta. Entahlah klu betul suami angah beristeri lagi 1 camner agaknya penerimaan angah... Benda belum jadi, dah jadi baru tahu.

Sunday, 11 October 2009

Umar demam

Ehm..dah berapa malam angah ngan Umar x tido dengan tenang sbb Umar demam selsema sejak dari ari Jumaat lagi. NIelah pertama kalinya dia demam sejak dia dilahirkan. Angah rasalah air-cond adalah punca demam dia. Sebenarnya Umar mmg x suka air-cond tp mlm Jumaat ari tu angah rasa panas sgt jadi angah pun pasanglah air-cond. Umar merengek2 malam tu tanda protes tp angah malas nak bangun tutup. Ayah dia tido ngan abg2 dia kat bilik sebelah klu x mesti ayah dia kene tutup air-cond tu.

Ari nie demam dia dah okay cuma yang tinggal selsema jer. Sian ngan dia..bernafas guna sebelah hidung jer. Harap dia cepat sembuh ...

Thursday, 8 October 2009

Memang mencabar betul


Memang mencabar betul mendidik anak2 nie lebih2 lagi untuk seorang ibu yang bekerjaya macam angah yang mana suaminya kerja shift. Semalam Harraz buat hal lg...ehmm dia kene tinggal ngan van sekolah dia sbb leka makan kat kantin. Nasib baik angah tengok kat tingkap pastu ayah dia pun lambat skit g keje malam td, klu x tak tahu dia kene tinggal van lg. So, ayah dia g ambik dia kat skolah dan menyebabkan suamiku lambat masuk keje.
Bila sampai jer kat rumah, angah jadi heran kenapa Harraz nak terus mandi. Selalunya dia mesti cari makanan dulu. Rupa2nya dia dah kene sebakul bak kata ayah dia masa atas motor tadi. Ayah dia marah kat dia. Angah biarkan dia solat maghrib dulu pastu angah cuba ckp pelan2 ngan dia. Nangis dia sampai tersedu2. Dia nia mmg sensetive orgnya. Klu angah marah bebel2 dia x ambik pot tapi cuba slow talk ngan dia, mmg dia terasa. Tanya dia kenapa dia nangis, dia jawap dia kesian ngan ummi tunggu dia tapi dai x balik lg. Tahu pun .... Angah cakap yang " ummi nie xder anak pompuan, sapa lagi ummi nak harapkan klu bukan dia. Klu dia hilang kene culik @ mati kene bunuh ker, camner ngan ummi. Ummi harapkan abg dah besar bleh jaga ummi ngan adik2 .."
Selalunya cium tangan ngan peluk jer sebelum masuk tido tp malam tadi sungguh2 dia mencium angah. Salam pun samalah ....Nie angah tengah pening kepala fikir samaada nak bagi dia g rombongan ke Sungai Congkak ker tidak sabtu nanti sbb takut kene tinggal pulak dek bas...

Sunday, 4 October 2009

Lama dah x menjenguk blog nie

Lama rasanya dah x jenguk blog nie. Maklumlah baru mula bekerja, penat pun yer, timing lari pun yer. Ari nie tadi pun dah kene support line.Ehmm nak buat camner. Yang pastinya penat semalam x habis lg. Sebenarnya semalam kami buat kenduri cukur jambul Umar Zuhdi kat rumah Rantau. X larat nak tulis panjang lanie, nanti angah update ek ..

Monday, 28 September 2009

Hari pertama bekerja setelah lebih 2 bulan bercuti


Penatnya rasa ari nie...yerlah dah bulan duk kat rumah, pastu kene keje lak ari nie. Masuk jer keje kene terus masuk gear 3. Ehm.... Ngan anak2 lg.Nasib baik diaorg bangun awal pagi tadi, klu x tahulah macamana angah nak handle agaknya....

Thursday, 24 September 2009

Persediaan untuk mula bekerja dan bersekolah untuk anak2

Check semua benda dah ada ker belum....?
  1. Botol minuman untuk Harraz ngan Salam - Baru beli kat JJ tadi.
  2. Botol susu untuk Umar - Ada 8 botol ( untuk dikitar selama 2 ari)
  3. Bekas plastik untuk letak susu perahan - Ada 100 keping
Ha... semuanya yang penting2 dah ada. Harap2 angah x kalutlah masa hari pertama bekerja nanti. Bukannya x pernah mengalami semua nie sbb anak angah pun dah masuk 3 tapi kali nie pertama kalinya angah kene handle mereka semua bersendirian masa ayah diaorg keje pagi. Keje malam pun kene handle sendiri jugak cuma klu nak g taska tu ayah depa bleh antarlah. Klu x... nampak gayanya kelam kabutlah angah. Insya Allah angah bleh handle.


Cakap pasal botol air untuk Harraz ngan Salam, tadi angah belikan botol biasa jer kat JJ sbb dah berapa banyak tupperware yang diaorg tinggalkan kat skolah pastu x jumpa cari pada keesokkan harinya. Tapi yang menarik minat angah pada product Bros nie, free BPA katanya. Klu ikut harga dia lebih kurang harga tupperware jer. Harap2 betullah... Untuk my lovely hubby lak angah belikan dia bekas air seramik dari claytan. Memang angah nie menjaga kesihatan keluarga betul gamaknya. Bekas air seramik tu untuk isi air panas masa dia keje malam nanti. Dia nak buat puasa 6 katanya. Angah sebagai isteri kene menyokong dia dari belakang... Tapi yang menarik product claytan nie dah mendapat mengesahan Halal. Nie gara2 product seramik dari China yang mengunakan tulang babi.

Plastik bekas letak susu perahan... macam nak perah susu lembu lak-kan... hehehe..x tahu nak guna perkataan apa. Kira okaylah tu. Angah beli kat website nie sbb angah banyak gak baca kat forum2 yang mengatakan product nie selamat digunakan. Tapi susu2 yang angah perah sebelum nie, angah letak dalam container yang isi dadih. Dah ada 17 container semuanya yang boleh bertahan selama 3 bulan. Tp tadi angah ada terbaca dalam 1 forum yang mengatakan susu ibu yang dah defrost x bleh tahan lama. So angah kene habiskan susu tu cepat, tapi angah kene kasi 1 hari 1 jer susu yang angah bekukan tu dan lagi 3 botol susu segar yang hanya disejukkan di bahagian general compartment supaya balance khasiat susu ibu itu. Macam2...tapi yang pastinya angah nakkan yang terbaik untuk yang tersayang.

Wednesday, 23 September 2009

Ganti puasa

Alhamdulillah...dah 2 hari angah berpuasa untuk mengantikan puasa angah untuk tahun nie. Suami angah suh ganti pelan2, dia suh buat hari isnin dan khamis tp angah rasa angah suka buat masa angah cuti kat rumah. Minggu depan angah dah start bekerja, takut penatnya.

Semalam angah berbuka ngan masak lemak cili api sardin jer sbb lauk dalam peti xder. X kisahlah lauk apa pun, janji perut kenyang. Petang tu angah ajak suami angah g beli lauk. Dia bawa kami g Giant Taman Permata. Selalunya g JJ Au2 tp agaknya dia nak beralih angin kot so dia bawalah kami ke Giant lak. Sampai kat sana...terbeliak mata ikan2 dia...terburai2 perut sotong dia pastu udang kebanyakkannya kehilangan kepalanya. Eeeee...sungguh tidak segar lauk2 kat sana smlm. Nak buat camner...akhirnya kami balik ngan sayur-sayuran jerlah.

Menu berbuka puasa angah ari nie pun simple jer sbb ketiadaan ikan segar kat Giant semalam. Kedai runcit pun x buka lg... Xperlah bak kata angah td..janji kenyang. Tapi yang pastinya cheese cake yang angah beli kat giant semalam best..mmg best. Sebenarnya angah minat makan cheese cake sejak mengandungkan Harraz. Ini semua angkara strawberry cheese cake yang TIM jamukan pada group TPM. Kak Fiza sebenarnya mengandung jugak masa tu dapat sepotong cake tu dari kawan kami, Shariman. Kak Fiza panggil adik dia nie join merasa sekali cake yang tak seberapa tu...Ehmmm sedapnya. Sejarah group makan2 angah meraikan b'day kawan2 dalam group tu jugak berpunca dari cheese cake dari hotel Renaissance tulah. Sanggup Abg Sham g hotel tu untuk belikan kek tu semata2. Baik sungguh hati dia... Allah permurahkan rezeki dia sampai dia menang kete BMW 3 series bagi cabutan bertuah untuk SSP BSN.

Monday, 21 September 2009

Raya lagi....

Alhamdulillah...merasa lagi kami sekeluarga beraya sekali lagi tahun ini. Raya bagi kami adalah menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa ... mungkin tidak sesuailah bagi angah perkataan sebulan tu tp yang penting raya tetap raya walaupun tahun nie x semeriah mana. Maklumlah abang ngan 2 orang adik angah beraya di rumah mertua masing2.

Yang tak meriahnya hanya dipagi raya tp malam raya tu rumah mak kene serang dek anak buah dia ngan adik2 dia means sepupu angah ngan makcik2 angah. Peh... lotih makngah melayan anak2 sedara makngah nie. Suami angah terus x nampak batang hidung...duk kat luar jer dia sbb dia xleh masuk sangat dengan suasana kemeriahan kami. Anak makngah semuanya balik sini walaupun nenek takder. Makngah mmg balik kg sbb arwah pakngah dah xder jadi dia balik kg sebab nak lawat kubur arwah suami dia. Anak makngah jer penuh hall mak..maklumlah rumah kecik. Pastu anak buah dia dari Linggi mai lagi 2 kete, maklumlah sepupu angah dah besar2 jadi waktu rayalah datang menjemput ke majlis mereka. Ada yang nak bertunang pastu ada jugak yang nak berkahwin.

Mereka semua makan malam kat rumah. Mak masak lemak cili api udang galah pastu makcu lak bawa pajeri nenas di tambah pulak ngan rendang ayam ngan daging...fuh..klulah ada ikan masin semalam mesti lagi best. Alhamdulillah....habis nasi yang Ana masak semalam. Baguslah x membazir.

Yang paling meriah lagi waktu nak berpisah...mereka nak balik. Bukan apanya yang meriah... mak ngan bapak budak yang beratur nak duit raya...kecoh masing2. Bukan selalu pun sekali setahun tu pun jarang kami semua dapat bersama macam nie. Kami sepupu mmg rapat sebab usia kami selang setahun pastu sebelum makngah pindah Tanjung Malim dia mmg duk kat Rantau, jadi sepupu2 angah tu mmg duk kat rumah neneklah selalunya.

Pas diaorg semua balik, angah ngan adik2 angah g serang lak rumah adik tiri abah kat Linggi. Sampai jer kat rumah Pakjah angah nampak banyak sangat lak kete. Macam x best jer bila tahu ramai orang kat rumah pakjah... Rupanya 2 kete dari rumah mak tadi ikut skali g rumah pakjah. La...bersambung semula kekecohan kami kat sana. Rasanya yang paling kecoh malam tu angah ngan makcu Manis. X menang gusi kami tergelak. Nasib baik suami angah x marah angah buat perangai. Dia nak marah pun xleh gak sbb dia pun tahu perangai isteri dia dah mmg camtu. Nasib baiklah Umar baiknya semalam...dia pun paham. Tapi dalam2 kemeriahan raya semalam, 1 gambar pun x sempat nak ambik... hampa rasanya...

Saturday, 19 September 2009

Selera ramadhan

Penat sungguh menunggu hero2 angah nie g gunting rambut sbb angah ngan Umar dah siap nak balik kg nie. Tahun nie balik Rantau jer sbb TI x bagi employee dia cuti lama2 walaupun tahun nie patutnya turn balik Bukit Tunggal, Ngganu.

Insya Allah hari nie hari terakhir kita berpuasa untuk tahun nie. Tahun nie yang angah nampak Harraz berselera makan waktu berbuka. Dan pada bulan puasa nie jugaklah kami tahu apa kuih kegemaran dia sampai 1 tahap ayah dia panggil kuih pulut serunding tu kuih sako dia sbb angah pun suka sgt kuih tu. Tiap2 hari dia minta ayah dia beli kuih sako dia. Dadih lagi 1 makanan yang x penah miss dia makan untuk berbuka puasa, coklat untuk dia perisa strawberry untuk Salam. Seminngu terakhir nie dia dah mula minat makan popia goreng sampailah semalam dia sorg jer mkn 5 biji popia goreng..tu belum kuih lain tu. Tapi dia x makan nasi waktu berbuka, dia hanya makan kuih2 jer.Kadang2 angah pun terikut ngan dia klu ayah dia keje malam sbb xder teman nak makan.

Angah lak mmg x miss kuih beronok...sebenarnya beronok tu bahasa org ngganu tp mak angah yg panggil kuih sagu. Pastu klu ada kesempatan suami angah akan belikan angah popia basah. Dalam tahun nie merasa gaklah sekali makan popia basah yang kene ambik no dulu tu.

Abdul Salam ngan ayah dia selalunya makan jer apa yang kami makan sbb diaorg tu selera antarabangsa, On jer...



Friday, 18 September 2009

Al-Kisahnya Umar Zuhdi

Hari Isnin ari tu sekali lagi air kencing Umar kene ambik melalui mencucuk jarum terus ke pundi kencingnya. Sian lak bila tengok kapas bertampal kat bawah perut dia tp untuk dia kami redha. Than, hari rabu ari tu sekali lagi kami ke HA untuk review air kencing yang diambil ari tu dan Alhamdulillah e-coli tu dah xder. Doc kata yang antibiotik yang Umar makan tu dapat menghapuskan bakteria jahat tu yang keje dia suka makan pundi kencing. Tapi dalam masa yang sama doc tukar lagi antibiotik lain sbb takut badan Umar dah imune ngan antibiotik yang ari tu.

Masa dalam bilik doc ari tu,macam2 angah ngan suami angah tanya tp yang tak tahan tu ada ke patut suami angah tanya jadi kes mahkamah @ polis x sekiranya kami x ikut procedure yang doc telah tetapkan. Tergamam doc tu sekejap ... mana xnya suami angah tanya camtu sbb mula2 tadi doc kata e-coli tu dah xder pastu doc kata Umar kene follow up kat HA at least sampai umur dia 2 tahun. Dalam masa yang sama doc kata Umar kene datang smula untuk buat Ultra sound and kene lak refer ke HKL untuk buat DMSA. Yang sebenarnya suami angah tu dah bosan ngan sistem spital kerajaan nie yang kene tunggu lama bila nak buat sesuatu. Biasalah perkhidmatan yang murah mmg kene sabar skit. Kelakar muka cuak doc tu tp angah berjaya gak menerangkan pada suami angah kenapa doc buat camtu...

Ultra sound yang Umar kene buat tu sebenarnya nak tengok pundi kencing dia. Than DMSA tu pulak nak tengok kidney dia. Tp mcm mana ujian dia angah x pasti lg.... Tp temujanji dia bulan 11 nanti tapi doc kata dia mcm kene scan gak. Apa2 jerlah dik...asal adik sihat ummi ikut jer

Thursday, 17 September 2009

X sabar lak nak raya rasanya

Rasa macam x sabar lak raya rasanya tahun nie..almaklumlah keluarga angah dah bertambah lagi sorang untuk raya tahun nie. Tapi tahun nie patutnya turn Ngganu, kami balik Rantau jer sebab suamiku yang tercinta kene keje pada raya ke-2 tu. Keje malam lak tu so pagi raya ke-2 tu kami sekeluarga dah kene balik KL. Nasib baik sehari sebelum raya dia dapat cuti. Nie ambik EL sbb hantar kete g servis kat Ukay Perdana. Almaklumlah kete kami tukn kete antik so kene belai lebih2 skit walaupun balik beraya dekat jer. Manalah tahu abah ajak g rumah Pakngah kat Bukit Jalur, mau menangis klu x servis kete. Macam2 nak buat ngan kete tu... huhuhu... ntah brapalah kenenya kali nie.

Pagi tadi skolah Harraz ada buat majlis Khatam Al-quran, so dia skolah pagi jer. Abdul Salam lak x bawa beg g skolah ari nie sbb cikgu dia ajak buat kuih raya. Balik tadi dia bawak balik kuih cornflake madu. Terkeliur Harraz tengok Salam makan. Nasib baik dia baik, dia tinggalkan untuk abg dia untuk makan waktu berbuka nanti. Harraz buat setakat nie baru tinggal puasa 2 hari. Sehari masa balik dari rumah mak dengan alasan waktu sahur dia x makan nasi. Mana xnya dia klu bersahur mudah jer, nasi+kicap manis kipas udang+serunding daging...laju mknnya tapi kat rumah mak xder kicap manis tu yang x lalu makan tu. Yang hari kedua x puasa tu, angah marah gak ngan dia sbb dia buka puasa kat skolah atas alasan kawan dia belanja minum sirap bandung. Tahun lepas baru sehari jer dia tinggalkan puasa, tahun ni bertambah lak bilangan harinya... Ayah dia kata biarlah janji dia banyak lg berpuasa dari x puasa...maklumlah nie cuma latihan buat dia kerana dia belum lagi di wajibkan berpuasa.

Angah belum lagi kemas rumah sbb asyik ngan membuat kuih. Ari tu angah buat kuih untuk angah pastu kali nie buat untuk mak kat kg lak. Bukan x nak buat sekali tp sbb takut Umar buat hal masa angah buat kuih tu nanti, terbantut mood. Bila buat 1 bancuhan jer sekali, angah ambik masa dalam 2 jam untuk siapkannya. Mudah skit, klu Harraz jaga Umar pun xderlah dia bosan sangat sbb asyik kene panggil ngan ummi jer klu adik dia nangis.

Tuesday, 15 September 2009

Ummi doakan yang terbaik buatmu Umar

Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu Umar. Bukan untuk Umar sorang jer malah untuk kesemua anak2 ummi termasuk kakakmu Fatin.

Semalam sekali lagi air kencing Umar kene ambik kat HA setelah 2 minggu dia makan antibiotik dan esok lak kene g HA lagi sekali untuk review result kencing dia. Harap semuanya okaylah...Amin

Monday, 14 September 2009

Terharu sungguh rasanya

Yerlah terharu sungguh angah rasanya ngan sorg kakak td yang angah jumpa kat HA masa bawa Umar g ambik urine dia. Masa angah menunggu turn nak masuk bilik procedure, kakak nie baru kuar sambil tolak stroler anak dia kuar dari bilik tu. Angah dengar tersedak2 anak, pastu dia pun duk kat sebelah angah. Angah nak tegur tp x sampai hati sbb takut ada org nie sensetive skit punya anak istimewa nie.

Yerlah ...Amir nama anak dia istimewa sejak dilahirkan. Keadaan dia menjadi semakin teruk setelah diserang sawan sejak usia dia 5thn. Setiap 2 minggu Amir akan datang bersama mak dia ke HA untuk menukar tube kat hidung dia. Tube tu untuk memudahkan Amir minum susu. Sebelum nie Amir sihat kata maknya cuma sejak kene sawan nie badan dia susut sbb bila makna ngan minum melalui mulut, akan keluar smula apa yang dimasukkan ke mulutnya. So demi Amir, mak dia decide untuk bagi mkn @ minum melalui tube. Tp setiap kali tukar tube baru, hingus akan keluar dan menyebabkan Amir tidak selesa.

Tapi...akak tu melayan AMir tu tenang jer dan penuh kasih sayang. Sapa x sayang anak beb. Angah memberanikan diri bertanya pada kakak tu camner bleh jadi camtu. Dia kata yang dia dah tahu keadaan Amir sejak dari dalam kandungan lagi. Doc kat Pusrawi siap tanya nak gugurkan Amir nie atau tidak. Tidak katanya sbb masa tu Amir dah berusia 6 bulan dalam kandungan. Pada awalnya memang dia xleh nak terima berita tu tp bila Amir nie lahir, sayang kakak nie pada anaknya tu tak berbelah bagi. Kakak tu kata mungkin sbb dia ngandungkan AMir dalam usia lewat, 39thn menyebabkan komplikasi nie berlaku.

Selalunya kita tengok citer sedih nie dalam TV jer tp nie bila depan mata, bergenang gak air mata angah. Kakak tu kata kos untuk tangung dia tinggi sbb la nie dia minum susu jer. Susu pedisure yang kecik tu sehari dah habis. Memang costly .... belum diapers dia lagi. Pastu Amir buang air besar x ikut belakang, kene tebuk kat perut. Plastik tu lagi nak kene beli. Nasib baiklah jabatan kebajikan masyarakat ada sumbang RM300 sebulan dan la nie mereka tengah tunggu permohonan dari Pusat Zakat. Angah harapkan pemohonan mereka diluluskanlah...Amin.

Sunday, 13 September 2009

Sungguh lapar mereka itu

Semalam angah rasa cam malas nak masak untuk berbuka, maklumlah suamiku tiada di rumah, so angah ambik keputusan untuk berbuka puasa ngan Pizza Hut jer. Lagipun suami angah yang cadangkan sbb sebenarnya angah nak makan nasi beriani tapi mengenangkan dia guna kete maknanya xderlah nasi beriani. Angah order pizza dalam kul 6:15 so dengan harapan dekat nak berbuka nanti sampailah pizza kami. Yer betul...lebih kurang kul 7, pizza pun sampai. Angah ada order mushroom soup ngan carrabona meatball. Than untuk berbuka angah potong buah tembikai ngan buat satu pitcher air milo untuk angah ngan Harraz dan air rabena untuk Salam. Masuk ajer waktu untuk berbuka, kami memulakan missi untuk menhabiskan 2 regular pizza yang kami order online td ( buy 1 free 1- chruncy pizza). Percaya atau tidak Harraz telah menghabiskan the chruncy pizza seorang diri ..diulangi seorang diri manakala Salam makan 5 keping pan pizza. Angah sempat makna 3 keping jer pan pizza.Ehm...lapar rupanya anak2 angah nie.

Saturday, 12 September 2009

Kuih raya

Tadi baru siap lg 1 kuih raya angah, tart nenas gulung. Start dalam kul 12 td dalam kul 3 siap dah sbb angah buat 1 bancuhan jer. Takut nak buat lebih2 sbb bimbang Umar nangis lak kang. Tp nasib baik ada Harraz ngan Salam tolong jagakan Umar. Tapi sebelum tu angah siapkan susu dulu untuk Umar...senang abg dia suakan kemulut adik dia bila adik dia nangis. Tp disebabkan Umar dah pandai guna pacifier, so abg dia sumbatkan jer kat mulut adik dia tu. Angah nak buat kuih raya pun angah tanya Harraz dulu bleh x sbb dia yg kene jaga adik dia. Macam khamis lepas dia kata xyah buat sbb dia nak g taska. So angah x buatlah.
Ari tu siap dah 2 jenis kuih, kuih tembikai ngan kuih badam. Semua resepi angah ambik kat dalam internet. Sedap jugaklah kata suami angah cuma dia pertikaikan kuih angah comel2 belaka. Entahlah ...angah pun x tahu kenapa angah suka buat kuih comel2. Sama gak ngan kuih tart nie, comel jer sizenya. Senang sekali ngam jer dah habis...
Ada 2 ketul lg butter dalm frezzer tu means 2 jenis kuih lg bleh buat. Harraz suruh buat chocolate chip ngan cornflakes madu. Insya Allah.. Pastu kepek2 ngan kacang2 ingat nak g beli kat kedai pukal kat Melawati tu jer. Maknya pun kene masuk dalam list jugak sbb dia xder masa nak buat kuih raya atau g beli kuih raya tu ..maklumlah tokey chatering untuk mohrey masjid Solok kat Rantau tu.

Thursday, 10 September 2009

streamyx prob


Kenapa angah menyepi terlalu lama....? Sebab streamyx problem kat line angah jer. Entahlah... rasanya macam sepi hdup nie tanpanya ...Cewah. Mintak2 pasnie xderlah dia buat hal lg.

Wednesday, 2 September 2009

Bakteria e-coli

Tadi angah ngan hubby g HA bawa Umar Zuhdi untuk review result darah ngan air kencing dia. Kali nie kami jumpa Dr. Alya yang marah angah x mkn antibiotik ikut jadual masa mula2 Umar dimasukkan ke NICU ari tu. Yang x best dengar dia punya ayat lebih kurang camnielah " Hari tu kita dah ambil sample darah ngan air kencing dia dan maaflah ada bad news skit, kencing baby mmg ada bakteria e-coli sbb kami dah ambil sample kencing dia 2 kali dan kedua-dua result ada bakteria jenis yang sama." Macamtulah ayat dia yang membuatkan angahnya mata senget skit pandang dia.

Angah cuba menenangkan diri angah sbb Dr. tu masih bleh tersenyum dan sbb dia kata kita bleh treat bakteria nie dari merebak dengan cara Umar mesti makan antibiotik. Menurut kata dia yang Umar kene on antibiotik tu selama lebih kurang 2 minggu than sekali lagi air kencing Umar diambil dari pundi kencingnya terus. Angah tanya yang sebenarnya dari mana datangnya bakteria tu sbb menurut kat Dr. Rashidah (last week punya Dr.) yang e-coli tu bakteria yang selalunya dikaitkan dengan najis. Dr. Alya kata tu yang kita kena buat scan pulak keatas saluran kencing Umar hingga ke buah pinggangnya. Dari situ kita akan nampak any abnormalities samaada pada buah pinggangnya ataupun injap/valve pada buah pinggangnnya ataupun air kencing dia yang kotor tu menyebabkan 2 benda tadi bermasalah. Ehm... angah redha.. tenang jer angah dengar. Its okay Umar, ummi ada. Pertengahan bulan Sept nanti kita mai lg HA yer Umar utk follow up masalah nie.

Ada beberapa info yang angah dapat kat dalam internet mengenai bakteria e-coli nie. Jom kita check sama2:-

Agen penyebab

  • Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia Coli
  • Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Makanan berasaskan daging seperti burger yang separuh masa
  • Keju
  • Cendol
  • Makanan segera
  • Minuman yang tercemar

Cara rebakan

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Air yang tercemar
  • Pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak

Pada pendapat angah sebenarnya Umar terkena jangkitan bakteria nie pun asal dia dari angah kot sbb masa ngandungkan dia angah mmg suka sangat makan burger, steamboat pastu tiap2 hujung minggu angah mesti beli cheese cake.


Tuesday, 1 September 2009

Kuih Raya ...

Sorang lagi kawan angah melebarkan minatnya didalam bidang biz ke arena e-dagang nie. Mira, dia jual kuih raya tu, not bad harga dia. So, saper2 minat nak tempah kuih raya bleh lah layan blog dia ...

Monday, 31 August 2009

Penatnya

Baru hari nie angah start berpuasa selepas 8 hari x berpuasa..penatnya. Maklumlah Umar dia fully BF pastu dia lak mmg kuat menyusu...ehm nasib baiklah angah ada pump susu utk dia, bleh gak cover masa dia nangis2 tu.
Dah tahu puasa angah buat rajin lak mengemas rumah. Angah mmg x boleh ttg benda tu @ perabot angah duk kat tempat yang sama lama skit, mesti angah ada hati nak alih2kan. Kedudukan perabot angah la nie pun angah kemas dalam masa seminggu sebelum angah bersalin. Larat lg angah mengemas tu asalkan mata angah nampak sedap. Kali nie angah set-up tempat angah bertenet kat meja pc kami yang sedia ada. Sebelum tu kami letak pc utk my hubby main forex tp pc tu dah kong so angah pun letak kat bilik mengosok kami.

Sunday, 30 August 2009

kurma

Tadi masa tengok tv adalah kuar iklan kurma coklat pastu angah pun katalah sedapnya klu dapat makan kurma tu. Harraz pun katalah yg dia ada nampak kurma tu kat pasar ramadhan. Pastu masa depa semua g pasar ramadhan tadi, my hubby cal me and ask about kurma coklat tu. Dia tanya betul ker angah ada kirim kat Harraz. Angah pun citerlah ngan dia perbualan kami tadi. Than dia pas hp kat Harraz and Harraz pun kata nanti dia beli kurma tu untuk angah tengok. Apa lak untuk ummi tengok mestilah untuk ummi makan. Yap... mmg betul dia bawa balik kurma tu. Masa berbuka, dah tak layan kurma biasa yang beli kat Care4 ari tu. Bleh tahan gaklah kurma coklat nie sbb dalam dia ada almond. 1 kotak harga dia rm25 tp penjual tu kata klu kat luar harga dia rm30. Masa my hubby nak masuk keje malam semula td, angah ada bekalkan dia kurma biasa untuk dia makan masa sahur macam angah bekalkan dia semalam. Tapi dia minta kurma coklat tu jugak sbb sedap katanya. Xper habis pun sbb dah tahu mana nak beli sbb selama iklan tu kuar angah tercari2 mana nak beli sbb yang angah tahu kat JJ AU2 ngan care4 wangsa maju xder.

Saturday, 29 August 2009

Cuma terasa kehilangan dia jer

Penat sungguh ari rasanya sbb malam td Umar x berapa nak tido sgt. Asyik meragam jer dia, nasib baik suamiku ada dirumah, bleh gak gilir2 jaga Umar nan dia. Tapi malam tadi angah rasa dia x selesa guna CD kot. Angah baru nak cuba kat dia malam. Bila angah tukar guna DD dia okay jer. Langsung angah rasa patah hati nak guna CD. Xper nanti cuba guna waktu siang lak.

Hari nie my hubby dah start keje malam, so angah kene buka puasa ngan Harraz n Salam jerlah walaupun hakikat dia hanya Harraz jer yang berpuasa. Okay jer sbb xder yang istimewa pun bila dia ada. Lagipun dia dah tolong belikan kuih utk kami sebelum ke tempat kerja.

Teringat angah ngan isteri Ustaz Asri, relax jer dia citer pasal puasa tahun nie. Dia kata mmg awal2 puasa biasanya Ustaz akan berbuka di rumah. Bila dah hari ke3 @ 4 Ustaz akan bawa mereka berbuka di hotel tempat Rabbani buat persembahan.Tapi tahun nie cuma mereka ngan ahli kumpulan Rabbani yang lain jerlah berbuka di hotel tu. Lagi katanya yang mereka dah biasa ditinggalkan cuma kali nie mereka terasa kehilanganlah. Tabah sungguh dia.... Camnerlah klu kita kat tempat dia yer ...

Friday, 28 August 2009

Mencari CD murah sbb nak beli banyak nie ....


Ari tu angah ada beli 2 helai CD iaitu cloth diapers kat Nurul brand rainbow baby. Insya Allah, lepas raya nanti angah nak start keje, angah ingat nak tambah stok. Nurul ada offer brand Babyland ngan harga rm34 sehelai tp angah rasa mahal sbb ari tu angah beli rm32. Brand dia pun dah lain mestilah harga dia lain jugak-kn..








Umar tgh memakai CD-nya

Wednesday, 26 August 2009

Abg sakit perutlah Ummi

Semalam masa angah suruh Harraz g solat Zuhur dia tanya kat angah kenapa angah
x solat lg. Angah mmg x solat ngan puasa, harap maklumlah dengan 'kehadiranya'
setiap bulan. Tapi yang pastinya diaorg nie mmg x penah tengok angah makan @ minum
disiang ari w'pun angah x puasa.

Ehm...apa yang angah nak jawap ek.Ha..." Ummi sakit perut ... Kan nenek kata ummi
tengah sakit perut". Nasib baik dia bleh terima alasan angah tu. Dia baru 7thn pastu
dia lelaki lak tu, agak susah jugak angah nak explain kat dia.

Pagi td dalam kul 10 lebih Harraz ngadu sakit perut, angah ingat dia nak g toilet sbb
mmg tabiat diaorg nak g toilet pun nak cakap ngan ummi dia. Angah suhlah dia g toilet.
Dia kata bukan nak g toilet tapi dia sakit perut dan kene buka posa. Eh budak nie ada jer
akal dia xnak posa. Mana bleh ..aleh2 dia kata ummi bleh x posa klu sakit perut.
" Harraz ...Ummi sakit perut kerana melahirkan ... bukan saja2. Abg ada nampak ummi
makan x? Xder-kn ... Ummi x solat jer tp ummi x mkn gak, sama mcm org lain yg posa".
Sekali lagi dia menerima alasan angah.

Tuesday, 25 August 2009

Umar dah sebulan hari nie















Alhamdulillah, Umar dah genap sebulan a.k.a 31 hari usianya hari ini iaitu 25 August 2009.
Semalam angah g HA untuk review result darah dia. Darah dia kene ambik masa masuk
NICU for the 2nd time ari tu sbb dia termasuk kes prolong jaundice. Yealah, sepatutnya
joundice akan kene dalam tempoh 2 ari- 10 ari tp masa 2nd time dia masuk ari tu dia dah
13 ari.

Doc kata, kencing dia ada jangkitan kuman, platelet darahnya rendah ngan hormon
thyroid dia rendah skit dari sepatutnya. So smlm sekali lg darah ngan air kencing dia
diambil. Agak ngeri bagi angah kali ni sbb air kencing dia diambil terus dari pundi kencing
dia dgn cara mencucuk terus dari perut dia. Meraung2 dia angah dengar masa proses tu.
Pastu masa MO tu pass Umar kat angah dia ngadu yang Umar buang air besar masa diaorg
tgh ambik air kencing, hehhehehe. Padan muka dia. Kami kene mai smula ke HA for review
next result rabu depan, harap2 semuanya okay.


Saturday, 22 August 2009

Puasa

Insya Allah, angah akan berpuasa ari nie sama ngan Harraz dan ayahnya ... sapa lg klu
bukan my beloved hubby. Itu pun x pasti lg maklumlah angah masih dalam pantang sbb
kadang nifas nie dah benti tp pastu dia mai smula.

Angah set alarm kul 4:30 tp yang kelakarnya tu angah asyik terjaga2 jer mlm td sbb takut
terbabas. Bukan apa kesian ngan Harraz yang excited sgt nak puasa. Salam lak citer dia
bukan main berapi2 lagi nak posa sbb nanti teacher dia marah konon katanya. Tp bila
time sahur ... hampeh. Bangun mmg dia bangun tp bila suruh makan dia terus nangis
xnak posa sbb dia kata klu dia sakit nanti camner. Ehm....

Memandangkan angah nie tgh dalam pantang, angah risau gak yang angah xleh nak
supply susu kat Umar sbb dia-kan mmg BF exclusive. Angah pump susu angah malam
semalam untuk stok ari nie-lah kononnya. Tp Allah maha berkuasa, susu angah lagi
banyak dari selalunya. Umar pun mmg kuat menyusu, so angah x perlulah risau yang
dia akan kekurangan stok.. Alhamdulillah.

Wednesday, 19 August 2009

Berjumpa kembali










X sangka hari nie angah jumpa semula adik angkat angah masa zaman skolah dulu
dalm FB. Rasanya kat 8thn kami x berjumpa sbb lst skali jumpa masa majlis
perkahwinan kwn kami dulu. Pastu terputus hubungan. Pastu yang x disangka pulak
tu suami dia pun 1 tempat keje ngan angah. Harap perhubungan ini tidak akan terputus
lg pasnie ...

Tuesday, 18 August 2009

Perginya takkan kembali

Tanggal 13 August yang lalu, perginya Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani amat
mengejutkan angah dan ramai orang. Angah mmg minat ngan dia sbnrnya dari
lagi masa dia menyertai kumpulan Nada Murni. Angah jatuh cinta ngan nasyid
pun mmg sebab dia ngan Nazri dari kumpulan Raihan tp masa tu dia dalam kumpulan
The Zirk. Mereka masa tu datang UTM dan buat persembahan kat Dewan Besar masa
minggu penghayatan Islam. Percaya atau tidak disebabkan mereka jugaklah angah
yang kwn2 belah utara panggil 'gedegaq' nie join kumpulan nasyid siswi kolej pertama.
Tapi lanie semua tinggal kenangan, semoga arwah ditempatkan didalam golongan orang2
yang beriman disisiNya.
Antara lagu Nada Murni yang kumpulan Nasyid kami dendangkan
masa zaman kolej dulu:-
Di pondok kecil
Sunnah Berjuang
Sunnah Orang Berjuang

Monday, 17 August 2009

Kuih raya ..

Posa x tentu penuh lagi dah sibuk-sibuk nak cari resepi kuih raya...Layan jer. Angah pun
dah beli skit2 barang nak buat kuih. Td tgk iklan nampak lak jem nenas untuk buat tart
nenas, langsung angah cakap ngan my hubby yang kami wajib ke sana untuk beli jem
tu. Pastu butter achor tu pun murah kat pasaraya Hero cuma rm4.30 sbb kat JJ ari tu
angah beli rm4.99. Ingat kan dah murah dah tu rupanya ada lg kedai jual lg murah.
Kali nie angah puasa dalam pantang, Insya Allah adalah masa banyak nak buat kuih.
Buat kuih pun selalunya tuk mkn sendiri pas raya sbb kwn2 selalunya datang masa
kami buat open house so kuih x berapa laku. Dah 2 tahun berturut2 angah buat open
house skali ngan jiran2 angah. Angah kat duk kat Menara nie, ada 8 pintu 1 level tu
yang rasa mudah skit klu buat skali. Tahun nie x pasti lg camner...

Sunday, 16 August 2009

Hobi baru Umar Zuhdi

Umar dah ada hobi baru...berjaga siang sbb selama nie hobi dia tido dan tido dan tido.
Tapi dah 2 ari dia berjaga siang dan tido menjelang senja. Yang x bestnya tu dia xnak
kene letak bawah bila dia berjaga. Entahlah ....penat gak angah. Tapi xderlah memanjang
siang tu dia berjaga. Waktu dia tido cepat2 angah masak atau buat keje apa yang patut.
Inilah dinamakan dugaan ...

Friday, 14 August 2009

Tetamu Umar

Hari nie angah rasa cam rajin skit sbb pagi2 dah siap masak. Sebenarnya angah nak tgk
citer Kuliah Cinta tgh nanti, tu sbb angah masak awal, hehehhehe ... Rupa-rupanya Allah
kasi ilham angah masak awal sbb ada tetamu tengahari td. Masnita, kwn lama angah
kat QFN mai datang dari Kelate. Dia mai KL sbb nak jemput Ma dia kat Putrajaya, so dia
singgah jap. Lama dah tak jumpa dia sbb masa dia benti ari tu angah x sempat jumpa dia.
Pastu baru kejap dia duk borak skit2, Kak Zurita pulak cal nak mai tanya alamat. Dia mai
ngan Kak Sham, Kak Leha ngan Kak Kay. Ramai tetamu Umar hari nie, tp depa tak mau
dihidangkan apa pun. Angah nie agak lurus skit orgnya, w'pun angah dah sediakan
semuanya klu org tu kata xnak, angah x hidang pun. Entah... angah mmg dari dulu camtu.
Tu sbb klu tetamu yg jauh nak dtg angah tanya atau bgth dia yg mkn x apa yg angah nak
hidangkan nanti. Seronok mereka datang sbb lama dah x borak ngan mereka. Diaorg marah
ngan angah sbb x pakai stokin, sbb pakai barang kemas ngan x pakai bengkung. Ari nie
mmg angah cam malas nak pakai bengkung sbb angah keje berat ...siap cuci bilik air tu.
Xperlah dia org nak marah pun sbb ari2 lain angah pakai jer bengkung tu ....

Thursday, 13 August 2009

Andai ini Ramadhan yang terakhir

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...

mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan

terakhir buat kita…


…..MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH

KULAKUKAN

Wednesday, 12 August 2009

CD ku beli dari nurul

2 hari lepas angah ada tgk rancangan WHI yg membawakan topic Lampin bercorak. Bagi
angah benda tu sesuatu yang baru dan menarik untuk dimiliki, maklumlah dah beranak
kecil nie kene peka ngan benda2 baru nie. So angah pun cari dalam internet sbb klu ikut
harga dalam WHI ini tu sehelai lampin ngan 2 insert berharga rm45 untuk button type.
Dalam angah mencari tu, Nurul menyapa angah melalui YM dan dia kata dia pun ada
jual benda yang angah cari tu tp dgn harga rm38 sehelai. Not bad. Disebabkan ingin
mencuba, angah order 2 helai dulu sbb takut x puas ati lak.

Tengahari td barang yang angah tunggu tu sampai. Besar gak w'pun ada button bleh
laras. Biarlah..mungkin bukan skrg Umar bleh guna sbb dia masih kecik lg. Nurul cal
gak td cakap benda yg sama. Lagipun diapers yg org bg pun banyak lg, bleh guna sampai
habis pantang kot.
Nielah dia contoh lampin kain yg Nurul jual tu

Tuesday, 11 August 2009

Car seat Baby untuk Umar Zuhdi

2 ari lamanya angah ngan suami serta Umar g cari car seat baby sbb esok angah kene
mulakan tugas angah hantar Salam g skolah. Masa ayah dia keje pagi jer. Mula2 kami
nak beli yang 2nd hand jer. Cari dalam internet, kat Mudah.com. Ada banyak tp cuma
takut quality dia jer. So kami decide g kat kedai 2nd hand kat ngan Ampang Point tu
sbb Miza kat sana ada. Yer2 jer kami g..hampeh. Than g pulak kat cawangan dia kat
Taman Melawati ...Hampeh gak. At last we all decide g kat Alpha Angle sbb klu x silap
angah kat situ banyak pilihan. Sampai kat sana, harga semua dlm lingkungan rm150
dan keatas utk new born punya car seat. Angah teringat lak kat JJ AU2 ada offer benda
yang sama tp harga dia rm119 jer. So kami pun balik sbb kononnya nak beli kat AU2 jer.

Ari nie seawal 11 pg kami kuar rumah utk meneruskan pencarian kami. 1st kami g kat
Manjaku kat Wangsa Maju, blakang care4. Ehm... hampeh mahal blaka. Maklumlah
budget kami dalam rm150 jer. Pastu cari cool bag pun xder kat situ. At last angah ajak
suami angah g JJ AU2 jer sbb kat situ ada yg best buy rm119 tu. Okaylah kot. Sampai
kat sana, kami x terus ambik benda yang kami nak sbb suami angah mmg jenis nak
yang terbaik utk anak2 dia. Dia usik semua yang ada kat situ dari yg harga rm119 tu
hinggalah yang harga dia rm439. Lantak dialah sbb dia yang nak beli. Belek punya belek
at last kami beli gak yang bleh guna sampai besar.Bulky gaklah tp sbb sales assistant tu
kata bleh guna dari new born, kami beli jerlah w'pun harga dia diluar budget kami.

Nampak besar ek... mmg besar pun. Utk kete kami still
sesuai lglah tp klu duk dalam kete kancil rasanya mmg
x sesuai.

Monday, 10 August 2009

Layan TV...

Cuti-cuti nie angah apa lg..layan jer citer2 kat TV free nie. Percaya x rumah angah xder
ASTRO. Rata2 kawan2 angah x caya yang rumah angah xder Astro. Percayalah sbb
rumah angah ada streamyx jer. Maleh nak langgan sbb tv free pun x habis nak tengok,
niekan pulak nak langan siaran brbayar yang asyik ulang citer yang sama jer...kot.

Tapi ada gak citer2 yang tengah ditayangankan sekarang nie angah dah tengok berulang
kali. Contohnya mcm citer Irish kat TV3. Tak jemu angah menontonnya... nak tahu sbb
apa .... Sbb angah peminat Rita Rudani dari dulu lg. Dalam diam mak angah pun minat
ngan dia. Dulu masa Salam masuk wad kat Hospital Damai Melawati, dia ada jenguk dan
lawat Salam. Masa tu secara kebetulan Rashid Sibir buat pengambaran drama dia kat
hospital tu. Jadi bilik yang dia gunakan sebelah bilik kami. Masa tu xder camera jer, klu
adalah mesti angah dah ambik gambar dia than publih kat sini.

Bukan dia jer yang angah suka, Erra Fazira n Amy Mastura pun angah minat sampai lanie.
Kelakar rasayna bila kenang yang angah nangis masa Amy Mastura nangis. Kak Fiza
tukang gelakkan angah. Masa Erra bercerai ngan Yusri pun angah rasa nak nagis sbb
angah pun minat kat Yusri. Tp nak buat camne ek dah xder jodoh diaorg ....

Saturday, 8 August 2009

Penat sungguh ari nie

Penat sungguh angah ari nie melayan anak-anak. Salam ngan Harraz asyik gaduh jer.
Angah dah x tahu nak cakap camner ngan Salam tu. Td Fatin datang pun dia buat budak
tu macam budak lelaki. Geram gak tgk dia. Camner lg angah nak buat ngan dia nie ...

Friday, 7 August 2009

Balik dik..jgn datang smula tau

Alhamdulillah.. Umar masuk wad 1 malam jer kali nie. Pastu dia kene 1 lampu jer kali nie.
Yang kelakar tu masa masuk wad tu, doc2 nie pandang angah than diaorg senyum jer.
Alamak nie rebound case lagi nie, tulah ayat mereka yang angah dengar. Nurse2 kat
dalam tu pun senyum jer. Pastu doc siap kata, pandailah akak nak buat apa..fahamlah
maksud angah yang angah kene buka baju Umar dan tinggalkan pampers jer.

Sebelum dia balik td sekali lagi dia kene ambik darah sbb doc kata dia nak tengok apa
yang tak kene ngan Umar. Sepatutnya joundis nie patutnya kene pada baby sehingga usia
dia 10 hari tp disebabkan oleh Umar dah 13hari so dia takut ada masalah lain lak. Ambiklah
doc..Tp masa doc tu ambik td, Umar dah kencing ngan buang ayaq besaq kat depa.
hehehe tulah pasal elok2 org tu tido dikacaunya.

Masa balik td, gourd tu kata "dah... balik dik...jgn datang smula lagi tau ..." sambil tersenyum

Thursday, 6 August 2009

Kene refer lg skali...

Pagi2 tadi kami dah bawa Umar g check darah dia kat KK AU2. Bertambah tinggi
bacaan TSB dia berbanding semalam. Apa lg Dr. terus refer HA tp kami decide nak
g lepas Zuhur sbb kesian ngan my hubby yang keje malam td.

So sementara angah buat keje, angah biarkan Umar main sorang2. Dia active macam
biasa langsung x menunjukkan dia budak yg pasif. Main tangan sorang2 sambil
pakai barut ngan pampers dia dalam baby coat. Baru jap td dia nangis sbb nak susu.

Harap semuanya akan berjalan dengan baiklah hari nie. Angah redha dengan dugaan
dariNYa.

Wednesday, 5 August 2009

Repeat again ...?

Umar Zuhdi kene repeat smula ambil darah kat KK sbg JM yang mai smlm kata ada
slightly joundis. G pg td agak tinggi gak bacaan tsb dia 299.5 (17.5mg/d). TSB dia lebih
10 units dari sepatutnya. Dr. Gouri tak refer g spital, mungkin sbb dia tinggi skit dari
sepatutnya. Sebenarnya Umar nie kuat menyusu badan than dia bangun main ngan
geng2 dia mcm biasa. Event tengah malam pun angah akan pastikan dia minum
susu angah at least 3 jam sekali. Tp bila dia bangun menyusu, paling sekejap pun
30 minit dia akan terus menyusu tanpa berhenti. Tu yang bila dia bacaan TSB dia
tinggi angah jadi keliru sendiri. Mmg angah darah O menyebabkan dia kene kuning
tp adakah sbb dia pun sama darah ngan angah menyebabkan lg sukar billirubin tu
pecah. Ehmmm... harap semuanya berakhir dengan cepat.

Yang bestnya angah ngan suami begitu risau ttg demam kuning nie sbb setahu
kami ianya melibatkan komplikasi pada otak. Suami angah g kedai ubat cina
than beli ubat herba untuk mandi Umar. Pastu dia x lupa belikan 'sin cu' iaitu
pearl terpilih yang bertujuan untuk menyejukkan badan. Kami hanya merancang
tp Allah menentukan segalanya ....

Monday, 3 August 2009

Abdul Salam ngan pingat dia ....

Semalam sukan tahunan skolah Tadika Amal diadakan di Stadium Bola Sepak
kat Cheras. Selalunya dia buat kat UIA tp kali nie x dapat padang kot. Depa
termasuk mak semua g tp angah ngan Umar duk kat rumah...xkan nak g kot...
pada-padalah klu dah sihat pun. Lepas habis sukan, depa hantar mak balik kg.
Balik dari kg... Abdul Salam apa lg x terlepas pinggat dia. Bukan menang apa
pun, cuma dapat no 3 dalam acara lari berhalangan. Tp biasalah budak-budak
pun namanya.













Gaya dia... Sempat lg senyum tu













Duk depan skali nak ambik hadiah tu....













Harraz ngan adik dia tak lupa jugak ngan nenek pun nak posing gak

Saturday, 1 August 2009

Syukur kepadanya

Hari nie awal angah g spital sbb dengar JM semalam kataklu hari sabtu kene datang
awal skit sbb pagi2 doc specialist akan datang tgk all the baby. So angah apa lagi kat kul
9 dah sampai. Sampai2 jer Umar dah tersedu2 menangis sbb lapar tp dah dekat ngan turn
dia. Angah ambik skejap sbb sian tgk dia nangis...maklumlah dia dah sihat tu yg active
tangisan dia tu. So sampai turn dia angah happy gila bila doc pakar tu kata dia dah bleh
balik. Sapa yang x suka beb sbb kat ward NICU tu macam kat kutub utara rasanya...
sejuk. Macam penah g sana yer tak.... Bila doc pakar tu datang jer, macam pemerintah
besar yang telah memberi pengampunan kepada pesalah2nya sbb ari nie 7 org baby
discharge serentak. Bak kata nurse kat situ hari pembebasan secara besar-besaran.

Ehm...... disebabkan hari nie hari sabtu so x ramai org yg bekerja termasuklah kakitangan
kat ward NICU tu. Angah tunggu dari kul 9 lebih, kul 3 lebih baru dapat kuar. Xder org
nak prepare discharge document. Suami angah dah marah dah sbb kesian tgk mak angah
jaga Harraz n Salam kat taman bawah tu. Dia g ambil depa nie sbb konon nak jemput
adiklah. Tp lambat rupanya. Angah still boleh terima lg sbb angah tgk diaorg pun x menang
tangan nak handle baby2 tu. Sampai angah pun g layan baby yang nangis2 tu. Depa nie
klu bleh xnak susukan baby yg nangis tu sbb depa nak ibu depa bagi. Tp klu tgk ibu dia
xder jugak, depa nie x kejam..depa bagi gaklah susu formula tp b4 that depa nie tiarapkan
dulu baby tu. Klu still nangis lg barulah susu formula dibagi.

Pasnie Umar Zuhdi kene mai lg kat HA untuk buat sound test. Doc takut ada kesan dari
kuning dia yang tinggi ari tu. Harap semuanya okaylah ... Amin