Sunday, 31 May 2009

Ikan Kaya Merkuri Ancaman Buat Wanita Hamil

Dalam diet wanita hamil, ikan adalah satu-satunya sumber protien yang paling digalakkan berbanding dengan daging mahuoun ayam. Walaubagaimanapun, kajian dari EPA dan FDA mendapati terdapat segelintir ikan yang perlu dijauhi oleh wanita hamil demi kesihatan janin iaitu ikan yang berisiko menyerap mekuri yang tinggi. Ikan besar seperti Tuna, King mackerel (Pelata besar), Sword fish,dan ikan yu, salmon serta trout patut dielakkan.
Ikan-ikan ini menyerap merkuri dari sisa-sisa buangan dari perindustrian yang mana
ianya adalah bahan logam yang beracun. Merkuri biasanya digunakan dalam termometer,
bateri dan peralatan pergigian serta kegunaan industri. Sikap tidak bertangungjawap penguna membuang bateri di tempat pembuangan sampah menyebabkan merkuri
menyerap ke dalam sumber air.

Risiko Terhadap Ibu dan Bayi
- Merkuri merosakkan bahagian dalam badan termasuklah sistem saraf, paru-paru, buah
pinggang penglihatan serta pendengaran.
- Bayi yang terdedah pada bahan logam ini ketika dalam kandungan biasanya sukar
diselamatkan malah mengalami kecacatan sistem saraf sehingga boleh membawa maut.
- Bayi kebiasaanya mengalami kerosakkan otak, masalah pendengaran dan lembam.


Sumber diambil dari majalah Harmoni Julai 2006.

Saturday, 30 May 2009

Reader's Digest

Pagi2 td angah capai Reader's Digest untuk bulan June punya untuk angah baca dan ada satu fakta menarik yang angah
nak kongsikan bersama ....

Lose the Juice

It's not just grapefruit that effects medicine absorption : the latest research shows that orange and apple juice can
reduce the benefits of some medications. A recent study found that several fruits juice have a negative effects on
medications for life-threatening ailments such as heart disease and cancer. In some cases, only half the medicine
was absorb when taken with juice. Some older research showed that grapefruits dangerously high concentrations
of some medicine. The bottom lines? Swallow your pills with plain water ....

Thursday, 28 May 2009

Hari nie angah ngan suami g skolah Abdul Salam untuk ambik report card dia. As per usual, teacher Nora akan bercerita ttg kenakalan dia di sekolah. Angah pun dah lali sbb masa Harraz dulu pun mmg benda yang sama yang angah dengar. Sama macam abg dia, menulis mmg dari belakang means dia keliru antara tulisan rumi dan tulisan jawi. Than dalam masa yang sama angah bertanyakan tentang subject maths diajar sama ada dalam bahasa melayu @ bahasa English. Teacher nora kata dia gunakan 2-2 bahasa. Okaylah tu sbb Harraz punya masalah skit dalam subject maths dia sbb klu ada soalan dalam bentuk ayat, dia pening sbb dia x mahir lg berbahasa English. Bila angah ajar dia kata cikgu dia x ajar macam tu ...Lama2 okaylah kot.
Hari nie angah sambung lg mc yang doc Munirah bg semalam. Alhamdulillah kurang skit sakit bawah perut angah nie mungkin sbb kurang berjalan kot.

Wednesday, 27 May 2009

Dapat mc 2 ari...

Perut angah sakit ari nie masa berjalan ... sebenarnya dah lama angah alami sakit tu tp masa angah g scan perut kat klinik kesihatan Au2 tempoh ari, doc kata kemungkinan disebabkan oleh kedudukan uri angah kat bawah kot. Jumpa doc Munirah td, dia check jugak perut angah, dia kata benda yg sama sbb kepala baby angah dah ada kat bawah yang menyebabkan pundi kencing terhimpit than menyebabkan jankitan kuman. Itu adalah salah satu sbb kenapa angah rasa perit dan sakit di bahagia bawah perut dan lebih-lebih lagi ketika berjalan. Doc pun tahu angah punya keje mcm mana sbb angah slalu bercerita ngan dia, so dia pun bagi angah mc 2 ari terus supaya angah bleh duk berehat kat rumah ...

Bercerita pasal kedudukan uri dibawah nie, doc Munirah kata tadi yang sekiranya sampai uri tu masih berada di bawah sehingga akhir kehamilan, kemungkinan si-ibu tidak boleh bersalin secara normal. Ini adalah kerana kemungkinan uri itu akan menghalang baby untuk keluar @pun baby akan cuba menarik uri itu keluar sehingga menyebabkan kecederaan pada rahim. Dibimbangkan jugak rahim terpaksa dibuang kerana kecederaan tersebut dan masalah tumpah darah akan berlaku dan ianya akan membahayakan si-ibu. So, nak taknak pembedahan jugaklah jalan yang terbaik utk si-ibu yang mempunyai masalah uri di bawah ketika mengandung ini.

Kawan2 diluar sana .. Doakanlah yang terbaik utk angah kerana Dia Maha Mengetahui Segalanya...


Tuesday, 26 May 2009

Tadi baru kedengaran azan zuhur dan
8 thn yanglalu angah dan suami angah telah
selamat diijabkabulkan pada waktu ini. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 8. Semoga kekalbahagia dunia dan akhirat...

Friday, 22 May 2009

Tupperware

2 hari lepas angah bertekak ngan Chan, Eng. angah kat tempat keje tu pasal barangan Tupperware sbb masa tu dia tgk angah asingkan barang2 buyer angah sblm angah balik. Punca dia sbb dia kata org yang beli tupperware tu banyak sangat duit sbb dia tahu mahal tp tetap nak beli gak. Pastu ada sorg lagi Eng nie tanya betul ker mahal. Angah pun apa lg tunjuk kat dia katalog yang paling baru, 1 set tumbler tu harga dia RM50.40 utk 4 biji tumbler... Walah ... katanya pastu tanya lg kenapa mahal sgt. Chan pulak tukang jawab " Ramai org kata Tuppeware nie bagus dan selamat digunakan untuk barang plastik tp masih xder data yang sahih untuk buktikan fakta itu betul atau tidak. " Wah... sudah cukup mencabar nie ... ehm... Xper nanti angah cuba cari dalam internet angah kata kat dia ..
Malam ni, sementara tunggu masuknya solat Isyak, angah pun godek2lah mana2 website yg bercerita tentang bahaya bahan kimia pada bekas plastik.

Fakta menarik yang angah jumpa dari artikel yang ditulis oleh
Prof Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun USM:-

- Satu kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Penggunadi Amerika Syarikatpada tahun 1998 mendapati terdapat bahankimia DEHA di dalam keju yangdibungkus dalam plastikpembungkus yang diperbuat daripada PVC.

- Data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHAberupayamerosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat,selain mengakibatkankanser hati.Sekiranya boleh, anda digalakkan untuk menggunakan plastik pembungkus yang tidak mengandungi bahan pelembut.Ini mungkinukar kerana kitasebenarnya tidak tahu sejauh mana bahan pelembutdigunakan dalam plastikpembungkus.Namun begitu, ada beberapaplastik pembungkus yang dikatakan tidak mengandungi bahan pelembutiaitu plastik pembungkusyang diperbuat daripadapolietilina atau bekas plastik yagn digunakan di rumah sepertijenama Tupperware. Satu cara lagi untukmemastikan plastik itu daripada jenis PVC atau tidak, adalahdengan melihat di bawah bekas plastik yang biasanyamempunyaibeberapatanda tulisan seperti berikut:

  • EVA kopolimer etilina vinilaserat
  • HDPE polietilina ketumpatan tinggi
  • PE polietilina
  • PET polietilina terefatalat
  • PP polipropilina p-PVC polivinil klorida yang dirawat dengan bahan pelembut

Bukan main semangat lg angah beli kain nak buat kain selimut
baby kononnya tp sampai ke la x usik2 pun. Dah sebulan rasanya
kain tu kat tempat dia. At last, smlm angan chatting ngan Faez
terus tempah kat dia. Mudah keje buat angah ...
Insya Allah esok kami nak balik kg Rantau pas suami angah balik
dari keje. Angah ngan adik2 ingat nak celebrate b'day mak ngan
Harraz skali esok mlm kat rumah mak. Waktu2 mcm nielah kami
nak berkumpul bersama. Yg paling jauh angahlah ...ehm..
Tak jauh mana pun, KL ngan Rantau.


Wednesday, 20 May 2009


Semalam, lepas maghrib angah and family g ke Semenyih sbb
ada buyer nak beli rumah kami kat sana tu. Kawan2 sendiri jer
yang sama tempat keje nak beli lagipun kami dah malas nak
bicara pasal rumah tu, so kami decide nak let go jer. Klu ada
rezeki cari rumah lain kat sini.Pastu on d way balik, sampai kat
fly over Pandan Indah tu ...ngeri ... depan mata van terbalik
sbb di hentam dek sebijik lori. Nasib baik my hubby x bawa laju...
Selang 1 kete jer ngan kete kitaorg ... Angah punya ngeri pegang
tangan suami angah x ingat dunia...takut. Pastu kami lalu tengok
org kat dalam van tu terkial2 nak kuar. Angah perasan org yg
duk depan jer tp suami angah kata ramai lg penumpang dia duk
kat blakang. Pastu abg kata kete wira depan kita org tu kene skit...
Angah baik hati tanya kene tipon 999 x kat suami angah, dia kata
xyah sbb kejap lg for sure tonto sampai ... Tapi, mmg lagak stunt
depan mata betul angah tengok malam td. Syukur Alhamdulillah
kami sekeluarga selamat.


Monday, 18 May 2009


Semalam angah g kenduri kawen kawan angah kat Kg Cheras Baru.At last angah kata kat dia ...Seronok pulak tgk pengantin baru nie ...Teringat pulak masa dolu2...Tak lama lagi pun anniversary kami yg ke 8 ... angah berharap semoga kami kekal bahagia dunia dan akhirat Amin ..









Pastu masa kenduri tu jumpa budak tembam nie, ntah anak sapa ntah angah snap jer gambar dia...okay dia sporting.












Pas g kenduri kawin, kami terus ke Giant Melawati sbb angah lapar lagi.. biasalah org ngandung mmg camtu. Pas mkn terus naik atas sbb angah baru sedar yang baju baby baru ada 3 pasang
kami beli. Yang abg2 punya dulu dah pas kat adik kat kg... Yang best abg2 dia yg teruja nak beli baju baby dia ... Tapi kejap jer sbb bila nampak mainan jer.. tinggal ummi.. Kali nie angah beli napkin skali sbb dah rasa mcm dah dekat jer ...











Yang mmg dah ada kat rumah














Yang nie baru beli smlm ...

Saturday, 16 May 2009

Adakah ia satu masalah ...?

Anak lebih percaya cakap cikgu dia compare cakap parents dia.
Adakah itu satu masalah biasa yang dihadapi oleh para ibu bapa
yang bekerja? Angah rasa jawapannya ia sbb angah penah tanya
kat kwn angah yang jauh lebih tua dan anak2 dia dah berjaya.
Dia kata budak2 mmg cam tu sbb masa kita bersama kurang ...
ehm... betul jugak bila difikirkan.

Ambil contoh macam masa Harraz ngan angah udahlah .. Dia masuk
skolah sepatutnya kul 11:30 but before that dia transit kami Taska
Ummi sbb angah kene g keje. Means seawal 7:30 kami dah berpisah.
Pastu dia balik kul 6:30 dan sampai kat rumah dalam kul 6:50 sbb
angah dah naikkan dia van utk balik. Dulu angah jemput gak dia
balik skolah tp sbb lanie dah x larat so naikkan dia van. Pastu pas
balik angah rasa x sampai 2 jam masa angah nak bersama ngan dia.
Klu ada lebih masa angah ngan dia pun mungkin sbb keje skolah dia
banyak pada hari tu. itu belum citer masa dia ngan ayah dia ...
Bila ayah dia keje malam lg kesian ngan dia, jumpa masa salam nak
g taska jer sbb dia balik skolah ayah dia g keje.Ehm... bila difikir2
dan dikaji semula mmg patutlah Harraz selalu sebut " Cikgu tak kata
macam tu pun @ cikgu kata macam nielah ... Ummi salah ..." .
Takpelah lama2 nanti dia dah besar dia tahulah ...

Anyway pada guru di luar sana ... Selamat Menyambut Hari Guru
Jasa anda mendidik anak bangsa tiada terbalas ....













Alhamdulillah ... Baru lepas makan nasi ... 3 kali tambah ari nie mkn
lauk udang galah masak lemak cili api ngan goreng sayur sawi
+ kobis. Pastu layan ikan perkasam goreng ngan petai ..peh ...
mana tak 3 kali tambahnya ... klu mcm nie ari2 xderlah angah
menghadapi masalah kekurangan berat badan ketika
mengandung .... Ari angah pagi2 lg dah mengemas bilik mengosok
yang dah agak berhabuk ...ehm ntah bilalah agaknya angah nak
mula menjahit set kain selimut utk baby agaknya... kali nie mmg
malas sungguh menjahit ..x macam masa angah ngandung Harraz
n Salam dulu,
langsir dikta, baju raya 3 hero angah pun siap angah
jahit sendiri. Ada petanda apa2 ker nie ...
...

Thursday, 14 May 2009



Hari adalah hari kedua angah cuba2
meninggalkan cofee tp sama mcm org
merokok mana bleh terus tinggalkan
macam tu jer. Angah ari nie baru segelas
pagi td.Sampai bila....begini .....

Sapa kata kopi x bagus? Nie antara info yang angah dpt cari mengenai kopi:-

-
Satu ujian makmal yang termuat didalam Journal of Agr,
mendapati kopi bagus untuk gigi. Asid klorogenik, asid
nikotin dan trigonelin yang terkandung didalam kopi
dapat membantu mencegah bakteria agar tidak melekat
pada gigi dan menghalang kerosakan gigi.

-
Namun dengan efek stimulan ini dapat membuat ginjal
anda bebas dari batu ginjal. Menurut para peneliti dari
Harvard School of Public Health menemukan bahwa
dengan minum kopi setiap hari dapat menurunkan
resiko batu ginjal
sampai 10%



Monday, 11 May 2009

Hari2 yang dilalui dari hari kesehari makin mencabar rasanya ...Dan perut nie dari harikesehari makin besar nampaknya ...Ramai pulak yang menjangkakan angah sedangmengandungkan anak kembar. Klu yerAlhamdulillah pakej, ngandung sekali terusdapat 2. Lagipun x mustahil sbb mak angahpun kembar sebenarnya cuma Arwah maklong Maimunah xlama hidup di dunia fana ini ..Means angah mmg dah gen kembar.




Sunday, 10 May 2009

Rasa macam nak demam jer pg td


Rasa macam nak demam jer pagi td, dari sedari bangun tido terbersin x sudah2. Tanda awal angah nak demam mmg bersin x henti2. Pagi td terpaksa angah skip mengaji sbb x larat sgt hidung nie asyik terbersin jer. Lepas my hubby g keje, angah pun g dapur mulakan operasi membuat sarapan untuk 2 prg hero angah tu. Harraz pas bangun utk solat subuh mmg jarang sgt dia tido smula. Abdul Salam pulak kencing dalam suar masa tido pg tadi, so dia pun dah angah kejutkan utk mandi pg2 nie. ehm... mana x terkencing dalam suanya dia air-cond dalam bilik dia 20deg mmglah sejuk.... Pagi nie angah x tahu nak masak apa, ikutkan hati nak ajer bg makan coco crunch tu tp kesian pulak sbb hari biasa sebelum g skolah dah mkn coco crunch pastu on weekend pun nak makan benda yang
sama jugak. At last angah decide utk buat maggi goreng jer...ehm... dah asyik terbersin x sudah2, rasanya klu
asak nasi
lemak mahu tengahari baru dapat mkn...Sambil2 layan2 diaorg mkn manggi ngan air milo tu angah basuh kain...ehm... siap semua kul 8 lebih angah tertido sampai kul 10 lebih sbb bagi angah ubat yang paling baik buat angah adalah tido. lg pun angah tgh pregnant, mmg takut skit nk mkn ubat .. Alhamdulillah...lepas bangun tido lega skit rasanya cuma kepala jer masih berdenyut ...Abg kata mc lg-lah esok gamaknya ...ehm... klu angah mc gamat ofis angah kang sbb smlm jer x-boss angah call minta dtg keje angah x dpt dtg sbb xder org nak jaga anak pun dia dah mcm xleh nak accept, ni-kan pula klu angah mc sok. Lgpun angah commit nak buat task yg dia minta tu hari Isnin, tp klu dah demam nak buat camner ek ..

Hari nie hari ibu ......dah 7 thn angah jadi ibu ....Harraz ngan Salam kata "Selamat Hari ummi, ummi ....."


Saturday, 9 May 2009

Selamat Hari ibu ...


Happy mother's day to all mothers outside there espeacially to Mak at Rantau ... Thanks a lot for everything and I luv U

Buatmu Ibu

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana



Thursday, 7 May 2009


Ehm... again... Td g check up kene marah lg sbb berat x cukup
naik 2kg dalam masa 4 minggu. Tadi berat naik 1kg jer means
la nie berat angah dah menjejah 60.5kg. Baru naik 6.5 kg utk
tempoh 25 minggu usia kandungan angah. Nasib tadi lab tutup
klu x mesti angah kene marah sbb Hb angah rendah... angah
rasalah kot sbb masa check-up ari tu rendah gak. Pesanannya
mkn kerap w'pun skit than banyakkan minum air masak...
than next check-up in 28hb nanti...


Monday, 4 May 2009

Hang bukan manager


Semalam angah keje, ari nie keje gak ...penatnya. Dalam
morning mtg pg td,
angah highlight-kn psl geng2 equipment
dah dapat OT pay during wknd support...
Alhamdulillah..
rezeki anak sbb boss kat go ahead a'in, submit ur OT.
Lebar senyum
angah sbb Insya Allah next month cadang
nak balik ngganu, so mesti guna duit
lebih skit.Pastu pg
td masa break, kwn angah tanya angah ari nie parking
kete
kat maner, so ngan confident jer angah jawap kat
basement-lah. Dia tanya angah
x nampak ke parking lot
angah tu ada no kete ker x pastu dia siap tgk no kat

dinding tu sama x ngan no kete angah.Hehehe ...
angah tersalah parkinglah pulak
sbb setahu angah
tmpt tu dulu mmg free parking means sapa2 pun bleh
parking.
Kat TI tu cuma manager ngan OKU jer ada
parking mereka sendiri. Pas balik
break angah cal pok
gourd tanya kene alih kete x, depa kata klu kene alih

nanti depa bgth. Angah relax jerlah tp dalam kul
4 ptg suami angah cal minta cal
pok gourd. Depa suruh
bw kete parking kat luar pastu pas sticker kat depa ...

eeeeeee geram lak rasa sbb pg td kata nanti depa cal
klu kene alih kete, alih2
nak tarik sticker . Pastu angah
bw kete angah kuar dr basement than cabut

sticker konon kene bag kat pok gourd. Ketua pok gourd
tu mmg kenal kat
angah sbb biasalah angah nie kategori
mesra alam skit, dia siap ckp "la kete
kau rupanya ..."
angah pun sungguh2 minta maaf sbb x tahu lak sejak
bila
tempat tu ada no. Dia kata dulu mmg xder tp dah
ader org dpt promoted
so dia dapatlah parking lot.
Yang x best tu manager tu kene parking kat luar,

xder bumbung tp still dlam TI.hehehehe...Sorrylah ..
lain kali saya x buat lg,
janji angah. Lagipun kete angah
rendah, mmg x nampak no kat dinding tu ...
Akhirnya
angah dapat smula sticker angah tu ... nampak gayanya
esok angah
dapat parking kat basement lg-lah ... klu x 2
minggu kene gantung sticker.
bukan apa sbnrnya angah
suka parking basement, sejuk dan dekat nak naik
kat ofis
cuma sapa nak parking kat situ kene cepat datanglah.Moral
if the
story for today ...Jgn berangan nak dapat speacial
parking kat TI tu sbb
hang bukan manager ....



Saturday, 2 May 2009


Semalam borak ngan Faez, seronok dengar citer dia yg dah mula biz online dari rumah ...ingat nak tempah set baby kat dia gak tp sbb dia x guna kain fanel yang bercorak, ehm... buat sendirilah kot. Act. angah baru tahu kain tu nama dia kain Fanel, klu x sblm nie angah slalu kata kain yg berbulu tu, x pun kain yang org buat kain selimut
...hehehe... thanks faez for the info.
Petang nie ingat nak g care4 wangsa maju sbb nak cari kain sambil2 usha jubah kat sana... ingat nak beli gak jubah online tp takut x muatlah pulak. Walaupun b4 this angah pakai size S tp dgn keadaan physical angah yang makin mengembang la nie, baik angah g cari sendiri kat luar ...harga angah tgk lebih kurang gak online ngan kat luar.


Friday, 1 May 2009


Ehm...penat gak ari nie sbb td kene g keje. Walaupun OT pay tp klu diberi peluang rehat kat rumah angah nak jer rehat tp mengenangkan Engineer kat line tu semuanya xleh nak datang, kene jugaklah angah keje.ehm...pastu ahad nie pun kene keje gak, support line. Dalam kegawatan ekonomi semasa nie, line angah masih maintain production-nya ... loadingnya makin tinggi adalah ....Pening kepala bila pk psl keje..abaikan
Td pas balik keje, sempat gak angah survey jubah online tp xder yang berkenan. Bukan apa, takut x muat jer. Kali nie angah pregnant mmg kembang cepat. Dulu 8 bulan bleh lg pakai baju kurung, kali nie...ehm..kembang habis. Nak beli maternity dress rasa cam rugi jer, baik beli jubah sbb pas bersalin bleh pakai lg, Insya Allah...Sambil2 layan window shopping online td sempat gak borak ngan Mira, dia pun kata angah dah cubby ....hehhehe ... tp ari tu masa check-up nurse marah sbb berat x cukup naik ..tp mmg ramai yang penah tengok angah pregnant dulu kata angah dah kembang lanie... biarlah ....janji sihat ..