Perut angah sakit ari nie masa berjalan ... sebenarnya dah lama angah alami sakit tu tp masa angah g scan perut kat klinik kesihatan Au2 tempoh ari, doc kata kemungkinan disebabkan oleh kedudukan uri angah kat bawah kot. Jumpa doc Munirah td, dia check jugak perut angah, dia kata benda yg sama sbb kepala baby angah dah ada kat bawah yang menyebabkan pundi kencing terhimpit than menyebabkan jankitan kuman. Itu adalah salah satu sbb kenapa angah rasa perit dan sakit di bahagia bawah perut dan lebih-lebih lagi ketika berjalan. Doc pun tahu angah punya keje mcm mana sbb angah slalu bercerita ngan dia, so dia pun bagi angah mc 2 ari terus supaya angah bleh duk berehat kat rumah ...
Bercerita pasal kedudukan uri dibawah nie, doc Munirah kata tadi yang sekiranya sampai uri tu masih berada di bawah sehingga akhir kehamilan, kemungkinan si-ibu tidak boleh bersalin secara normal. Ini adalah kerana kemungkinan uri itu akan menghalang baby untuk keluar @pun baby akan cuba menarik uri itu keluar sehingga menyebabkan kecederaan pada rahim. Dibimbangkan jugak rahim terpaksa dibuang kerana kecederaan tersebut dan masalah tumpah darah akan berlaku dan ianya akan membahayakan si-ibu. So, nak taknak pembedahan jugaklah jalan yang terbaik utk si-ibu yang mempunyai masalah uri di bawah ketika mengandung ini.
Kawan2 diluar sana .. Doakanlah yang terbaik utk angah kerana Dia Maha Mengetahui Segalanya...
No comments:
Post a Comment