Friday, 22 May 2009

Tupperware

2 hari lepas angah bertekak ngan Chan, Eng. angah kat tempat keje tu pasal barangan Tupperware sbb masa tu dia tgk angah asingkan barang2 buyer angah sblm angah balik. Punca dia sbb dia kata org yang beli tupperware tu banyak sangat duit sbb dia tahu mahal tp tetap nak beli gak. Pastu ada sorg lagi Eng nie tanya betul ker mahal. Angah pun apa lg tunjuk kat dia katalog yang paling baru, 1 set tumbler tu harga dia RM50.40 utk 4 biji tumbler... Walah ... katanya pastu tanya lg kenapa mahal sgt. Chan pulak tukang jawab " Ramai org kata Tuppeware nie bagus dan selamat digunakan untuk barang plastik tp masih xder data yang sahih untuk buktikan fakta itu betul atau tidak. " Wah... sudah cukup mencabar nie ... ehm... Xper nanti angah cuba cari dalam internet angah kata kat dia ..
Malam ni, sementara tunggu masuknya solat Isyak, angah pun godek2lah mana2 website yg bercerita tentang bahaya bahan kimia pada bekas plastik.

Fakta menarik yang angah jumpa dari artikel yang ditulis oleh
Prof Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun USM:-

- Satu kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Penggunadi Amerika Syarikatpada tahun 1998 mendapati terdapat bahankimia DEHA di dalam keju yangdibungkus dalam plastikpembungkus yang diperbuat daripada PVC.

- Data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHAberupayamerosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat,selain mengakibatkankanser hati.Sekiranya boleh, anda digalakkan untuk menggunakan plastik pembungkus yang tidak mengandungi bahan pelembut.Ini mungkinukar kerana kitasebenarnya tidak tahu sejauh mana bahan pelembutdigunakan dalam plastikpembungkus.Namun begitu, ada beberapaplastik pembungkus yang dikatakan tidak mengandungi bahan pelembutiaitu plastik pembungkusyang diperbuat daripadapolietilina atau bekas plastik yagn digunakan di rumah sepertijenama Tupperware. Satu cara lagi untukmemastikan plastik itu daripada jenis PVC atau tidak, adalahdengan melihat di bawah bekas plastik yang biasanyamempunyaibeberapatanda tulisan seperti berikut:

  • EVA kopolimer etilina vinilaserat
  • HDPE polietilina ketumpatan tinggi
  • PE polietilina
  • PET polietilina terefatalat
  • PP polipropilina p-PVC polivinil klorida yang dirawat dengan bahan pelembut

No comments: