Dalam diet wanita hamil, ikan adalah satu-satunya sumber protien yang paling digalakkan berbanding dengan daging mahuoun ayam. Walaubagaimanapun, kajian dari EPA dan FDA mendapati terdapat segelintir ikan yang perlu dijauhi oleh wanita hamil demi kesihatan janin iaitu ikan yang berisiko menyerap mekuri yang tinggi. Ikan besar seperti Tuna, King mackerel (Pelata besar), Sword fish,dan ikan yu, salmon serta trout patut dielakkan.
Ikan-ikan ini menyerap merkuri dari sisa-sisa buangan dari perindustrian yang mana
ianya adalah bahan logam yang beracun. Merkuri biasanya digunakan dalam termometer,
bateri dan peralatan pergigian serta kegunaan industri. Sikap tidak bertangungjawap penguna membuang bateri di tempat pembuangan sampah menyebabkan merkuri
menyerap ke dalam sumber air.
Risiko Terhadap Ibu dan Bayi
- Merkuri merosakkan bahagian dalam badan termasuklah sistem saraf, paru-paru, buah
pinggang penglihatan serta pendengaran.
- Bayi yang terdedah pada bahan logam ini ketika dalam kandungan biasanya sukar
diselamatkan malah mengalami kecacatan sistem saraf sehingga boleh membawa maut.
- Bayi kebiasaanya mengalami kerosakkan otak, masalah pendengaran dan lembam.
Sumber diambil dari majalah Harmoni Julai 2006.
No comments:
Post a Comment