Friday, 31 July 2009

Alhamdulillah Umar Zuhdi dah beransur sihat. Act doc kata dia sebenarnya dah melepasi
paras border tp disebabkan paras bacaan darahnya tinggi sehingga mencecah 359 (angah
pun x pasti unit apa yang digunakan) adalah tinggi, so doc tahan lagi 1 malam for
observation sbb dia kata klu kes kritikal mcm nie selalunya joundis-nya akan berulang
setelah mereka dibawa balik rumah. So, malam nie dia kat sana lagi. Xper..kakak nurse
kat sana baik2 lagipun angah dah tinggalkan susu utk dia. Harap esok dia blehlah balik.

Bermacam2 ragam ibu2 yang angah jumpa masa menunggu Umar. Ada yang seronok
sbb dah dapat balik.. ada yang sedih sbb baby kene tinggal kat wad dan ada yang sedih
jugak sbb susu xder. Biasalah, 1st baby so diaorg xder pengalaman lg. So angah pun
kongsilah pengalaman angah ngan diaorg...

Umar Zuhdi nama diberi

Pada 25hb July 2009 lebih kurang pukul 3:50 ptg lahirlah dia permata hati
kami yang ke-3 setelah hampir 6 jam bertarung nyawa di dalam labor room.
Kecik jer anak angah kali nie...2.7kg tp sbb dah lama tak melahirkan, dia jadi
agak susah jugaklah bak kata doc kembali keasal. Walaubagaimanapun...
Alhamdulillah dengan rahmat yang tak terhingga ini.












Tapi malam nie dia xde kat sisi angah sbb dia telah dimasukkan ke Hospital
Ampang disebabkan oleh joundis yang agak teruk. Doc kata dia terpaksa
ditahan sbb kuning dia dah sampai kekaki. Xpelah demi masa depan dia
angah redha....tp angah xleh nak tido lanie sbb angah rindu ngan dia ....
Td masa angah g spital tgk dia sambil hantar bekalan susu, tido jer dia
sambil ber'pampers'. Konon nak susu kan dia tp nurse tu tak bagi sbb dia
dikategorikan joundis yang agak kritikal jugak katanya. Sedihlak sbb last
angah susukan dia ptg td sbb angah balik.













Takperlah sayang... ummi doakan agar kamu cepat sembuh... Abg2 kamu
asyik tanya pasal kamu jer nie...

Friday, 24 July 2009

Adakah hari nie harinya...

Tadi angah g check-up kat Naluri sbb dah ada contraction yg kerap. Angah sempat
kuar mkn ngan Kak Fiza ngan Miza kat medan selera depan Sapura tu masa long
break td. Pastu siap g cafe mkn aiskrim ... hehehhehehe
Angah g Naluri td, doc check dah buka jln 2cm... Adakah ini harinya? Insya Allah
jap lg dalm kul 11 angah g masuk ward doc suruh. Dia nak induce. X lalu mkn angah
dari td, asyik g toilet sbb takut. Sbb tahu dalam pantang mmg kene pantang, angah
sempat g beli KFC, floats kat A&W n donut kat big apple. Harap semuanya selamat
lah yer ...

Thursday, 23 July 2009

Cuti dan makan dan terus makan ...

Hari nie angah ambik cuti kononnya nak kemas rumah yang bersepah nie. Than konon nak kuarkan baby coat kat bawah katil tu tp apa yang jadi pada angah ari nie ...hehehehe..makan dan makan dan makan dan terus makan. Pagi2 lagi Kak As dah kasi makaroni bakar ....ehmmm sedapnya. Dahlah dia letak cream cheese ...yummy betul. Pastu Harraz lapar pulak. Layan sarapan ngan dia...mkn lontonglah pulak. Pas hantar Harraz kat Taska, angah ngan my hubby balik than angah mulakan misi angah utk mengemas. Pastu dalam kemas2 tu angah sambung mkn makaroni bakar td. Kopek lak buah mangga ....Pas solat zuhur kami kuar mkn nasi kat kedai Sobri... peh...mkn lg pastu on the way balik dari ampang singgah beli cempedak goreng. Makan lg sampai 10 ulas angah mkn sorang2. Tengah jalan nampak lak durian, beli than sampai rumah buat lak bubur kacang hijau + durian td. Percaya x misi angah x berenti kat situ ajer sbb angah buat lak agar2 roti mcm ari tu sbb sayang tgk roti kat atas meja tu. Malam nie ntah apa lak angah nak mkn agaknya ....










Makaroni bakar yang kak As buatkan

Wednesday, 22 July 2009

Layan jer

Act semua org kat dalam rumah nie dah tido kecuali angah sbb angah tgh layan
contraction. Td masa angah g jumpa doc kat klinik kesihatan AU2, dia refer
angah g Hosppital Ampang sbb angah ngadu kat dia yg baby gerak cukup
10 kali dalam masa 12 jam cuma dah seminggu nie kurang skit pergerakkan
dia. Angah ada tanya JM last week dia kata okay asalkan gerak tu cukup
10 kali dlm tempoh 12 jam.
Ni antara info yang angah dapat ttg pergerakan bayi dihujung2 kehamilan:-

Bayi sepatutnya bergerak sebanyak 10 kali sehari. Kalau lebih dari 10 kali
bermakna bayi amat cergas atau aktif. Kalau kurang, bermakna bayi tak
berapa aktif. Kalau tiada pergerakan untuk sehari atau beberapa hari, ia
bermakna bayi tak bergerak (tak semestinya bayi dah meninggal). Ada bayi
suka tidur semasa dalam kandungan dan tak banyak bergerak. Ada bayi
hanya bergerak ketika ibunya tidur, jadi ibunya tak tahu sebenarnya bayinya
bergerak.

Pastu Harraz lak td minta angah kejutkan dia sahur sbb dia kata cikgu suruh
puasa. Angah ingatkan dia nak puasa suant 1 syaban esok rupanya nak puasa
bulan Ramadhan nanti. Dia lupa agaknya yg tahun lepas yg dia cuma tinggal
sehari jer puasa... Dia baru 6thn tp semangat puasa dia. Masa tu angah x ckp
pun nak upah apa2 tp sbb dia seronok makan sahur kene suap kot... Tp xleh lupa
klu nak berbuka tu, nafsu dia kat pasar ramadhan mmg xleh dibendung. Masa
tu layan jer. Tahun nie, Insya Allah puasa masa angah tgh dlm pantang, camnerlah
agaknya.....Sibuk dia menghafal niat puasa td ...Ehmm layan jer anak2 nie ...

Monday, 20 July 2009

Pagi tadi angah terima sms dari
kawan angah Lisa yang dia terpaksa
terima semula suami dia sbb anak2
dia perlukan ayah mereka. Ehmmmm
dah itu keputusan dia angah nak buat
camner, dia yang menghadapinya... cuma
nasihatkan dia supaya jangan terlalu
bergantung harap ngan suami dia pas nie.
Angah suruh dia ambik lesen kete than
kad ATM dia sendiri. Belajar berdikari dan jangan
tinggalkan solat ... Angah doakan supaya dia bahagia dengan
keputusan dia ....

Sunday, 19 July 2009

Cabaran hidup berumahtangga

Asam garam berumahtangga nie, ada kalanya kita berada diatas ada kalanya kita
dibawah. Tapi bagi mereka yang dah berkahwin, dugaan paling dasyat sekali bagi
angah adalah kita dikhianati oleh pasangan kita sendiri. Tulah yang terjadi pada
seseorang yang angah cukup kenali dan sayangi selama ini. Lisa nama dia....
Angah saja nak berkongsi citer pasal Lisa nie supaya kita semua dapat ambil
pengajaran dari apa yang dia alami...
Act. dia baru jer 4 tahun kawen dan dia kawen ngan suami dia atas dasar suka
sama suka, puppy love dari skolah lagi walaupun pernah putus. Tapi ditakdirkan
jodoh mereka, kawenlah mereka akhirnya walaupun banyak rintangan dan
halangan yang mereka tempuhi. Percaya atau tidak selama 4 tahun mereka
berkawen, 3 orang anak mereka. Rapat... setahun sorang tp dia redha sbb semua
tu dah mmg ketentuan dari Allah. Setiap anak membawa rezeki mereka masing2.
Lisa nie terlalu sayang sangat ngan suami dia sampai 1 hari jiran sebelah dia
bercerita ngan dia ttg perempuan yang datang kerumah dia pada hampir setiap
hari Jumaat. Bagus sungguh aci kat sebelah rumah dia tu sbb w'pun dia bukan
ISLAM tp dia x nak bersubahat dalam soal maksiat nie. Nak dijadikan cerita,
Lisa nie kene pegi berkursus minggu tu dan jatuh pada hari khamis dan Jumaat.
Masa solat Jumaat tu, dia msg kat suami dia dan tanya kat ner, suami dia punya
baik jawap dia kat masjid dan ptg nanti dia jemput Lisa dari tempat kursus dia.
B4 that, aci sblh rumah kata pompuan ngan suami dia dah ada kat rumah... Hati
isteri mana yang x remuk bila tahu pembohongan yang melibatkan hukum Allah nie.
Ehmm... Lisa pun balas sms suami dia kata xper lambat pun sbb dia habis kursus
kul 5 tp hakikatnya dia dah habis dan dah ada berhampiran ngan rumah dia sendiri.
Mmg betul...sampai jer Lisa di rumah dia, ada 1 keta VIVA kat depan rumah dia.
Mengigil kaki Lisa xnak turun dari keta kawan dia. Tp Lisa x bodoh, dia panggil
mertua dia yang tinggal berdekatan dan dia bawa anak2 dia yang masih kecik.
Biar katanya, biar semua org jadi saksi. Pintu dan tingkap tertutup rapat... Mak
mertua dia buka pintu rumah tu dan dapati anak dia berdua2an dengan pompuan
dalam keadaan yang mencurigakan walaupun pompaun tu masih berpakaian
lengkap... Suami dia masih berseluar tp dah tinggal singlet. Mak dia tanya kat
anak dia sendiri apa yang dia buat ngan "betina" nie. Dan yang best tu anak dia
sendiri kata dia xder buat apa2 dan dia bleh kata Lisa yang buat kecoh .... Ya Allah
x tahu angah nak cakap apa masa Lisa citer kat angah tu, menitik air mata angah.
Lelaki apa tu... Bak kata Lisa dia langsung x buka mata dia dan langsung x rasa
bersalah. Pompuan tu yg pegi mendapatkan kaki Lisa minta ampun. Dia minta Lisa
dengar penjelasan dia... Lisa bagi dia peluang sambil memalingkan muka dia keluar
sbb dia x sanggup nak tengok muka pompuan tu. Dalam masa yang sama suami Lisa
marah pada dia suruh dia dengar sambil pandang muka pompuan tu. Geramnya
angah dengar....mak mertua dia kata" Ko ckp jerlah.. dia ada telinga, dia bleh dengar"
Tergamam anak dia sendiri dengar mak dia cakap mcm tu. Pompuan tu kata yg dia
masih suci dan dia ada masalah besar dan dia perlukan tempat mengadu ...... Lisa
geram sangat masa tu sampai dia baling pompuan tu ngan kusyen rumah dia. Klu
angah, angah dah pegi dapatkan pompuan tu. Ayah mertua dia lemah duk kat luar
rumah tu mengenangkan semuanya... Disebabkan oleh kejadian tu, mak mertua Lisa
sampai sanggup cakap yang dia xder anak macam suami Lisa nie. Yang best pulak
tu suami Lisa nie bleh jawap camner "pasal benda kecik nie pun mak bleh cakap
macam tu. Benda bleh settle-lah mak katanya ...." Ya Allah mana pegangan agama
dia agaknya... Tp percaya atau tidak yang suami Lisa nie sebenarnya kerja di pejabat
AGAMA dan pompuan tu pulak dulu sukarelawan kat pejabat AGAMA nie dan paling
best siswazah lulusan U dari JORDAN dan tengah ambik MASTER.
Lisa x sanggup nak berhadapan ngan semua nie, dia lari rumah mak dia. Secara
kebetulan kesokan harinya mak Lisa buat kenduri cukur jambul utk anak Lisa yang
bau lahir tu... sapa x sedih...Tp kat depan org Lisa mmg kuat dia x tunjukkan
kesedihan dia...mungkin sbb dia ada anak2 penguat semangat. Masa majlis nak
bermula, mertua dia datang pastu suami dia pun datang... Yang pastinya Lisa x
tegur suami dia. Angah x nak masuk campur sbb angah nie saper. Habis selesai
majlis, suami dia cukur habis rambut anak dia, suami dia balik. Biarlah kata Lisa..
Sebelum angah berpisah ngan dia supaya OFF-kan hp dia selama 2 hari nie supaya
tidak diganggu oleh sapa2. Angah cakap mcm tu sbb pompuan tu ada sms kat dia
yang "org kafir Laknatullah pun Allah bleh maafkan inikan pulak kita sesama
manusia ....." Pandai sungguh dia bermadah .... Dia lupa bahwasanya Allah hanya
mengampun dosa org kafir yang mendapat hidayah darinya dan kembali kejalanNya.
Itulah masalahnya bila kita biarkan org Pandai bermadah bercakap ngan Org Jahil
tentang ilmu agama nie .....

Thursday, 16 July 2009

Menghitung hari

Menghintung hari ..detik demi detik .... wah jiwanglah pulak angah ari nie. Bukan apa
sebenarnya angah tgh menghintung hari kelahiran baby nie. Tadi angah g check-up kat
klinik kesihatan AU2 than angah pun ambik kesempatan tanya pasal induce sbb ada
ramai yg mengatakan klu induce tu sakit. Angah cuma tanya ada side effect x klu kita
induce awal.JM tu kata klu dah cukup 37 minggu dah kira cukup bulan dah bleh induce
katanya, lgpun dia akan tengok baby kita cukup berat @ tidak. Lega jugaklah bila
dengar. Than tanya skit pasal pemakanan masa dalam pantang. Yang best tu JM tu kata
kita kene cuba dulu baru kita tahu kita bleh makan @ tidak sayur tu. Ikan tengiri ada
orang xleh makan tp Angah mmg makan ikan tu jer sepanjang pantang angah dulu.
Daging bagus jugak masa dalam pantang katanya cuma kene minum air banyak2
nanti. Klu org tua mmg x bagi kita minum banyak2 sbb takut urat kembang katanya.
Sabtu nanti ada kenduri cukur jambul utk anak ila kat kg, so angah kene balik kg.
Mak minta angah sponsor bunga telur kongsi ngan ateh. Maleh angah nak buat beli
jer kat kedai...ehmmmm not bad design dia pastu siap dapat diskaun lg. Pastu angah
pesan kat ateh beli set pas bersalin sbb dulu dia keje kat kedai jamu...dapatlah diskaun skit.
X sabar nak balik ...

Monday, 13 July 2009

Contraction...wah sakitnya

Hari nie angah mmg diduga dengan contraction yg amat dasyat ...hehhehehe
Dari pg sampai ke petang sampai terkulat2 angah menahan sakit sorg diri.
Tp angah baru jer 35 minggu, mungkin inilah yang dinamakan contraction
main2 sbb dia nak ajar kita @ buat kita lebih bersedia. Angah still buat keje
cam biasa sampailah balik.
Balik td angah ajak suami angah g check-up kat Naluri sbb kami miss mai
sabtu lepas. Tp disebabkan lama sangat my hubby balik rumah dalam kul
6:40 sbb dia kene g keje than Harraz nak balik. Tinggallah angah kat sana
tunggu giliran. Patutlah lambat ... rupa2nya doc pegi attend org bersalin
kat atas. Doc cuba check jalan dah buka blum.. blum lagi katanya so dia
bagi ubat utk kurangkan contraction tu. Dalam masa yang sama angah
tanya kat dia bleh induce x. Dr. Zanariah kata bleh tp biarlah minggu
yang ke 36 @ 37.... Gila gak angah pk angah nie sbb nak induce. Tp
kita kene ingat kita hanya merancang tp Allah yang menentukan.
Nie sakit lg perut nie ha tp layan jer... Pastu sbb dah balik lambat, Harraz
pun dah lapar Angah order jer Pizza hut. Harraz mkn habis sebijik
hawaian chicken chruchy crust- dia kongsi ngan Abdul Salam tp rasanya
Abdul Salam makn 2 keping jer. Than jangan x caya angah lak mkn
hawaian seafood regular size tp tinggal lg sekeping jer balance. Wah...
kuat mknnya kami....sebab kami lapar da.....

Saturday, 11 July 2009

Thanks to Chot 4 giving me this award....Than my turn to give this award
to another blogger ....hehhehe
  1. Sila copy paste award ini di blog anda .. done
  2. Sila copy paste award ini di sidebar blog anda .. fail...x tahu kenapa
  3. Pass kan award ini kepada 5 rakan anda .. okay..
This award is belongs to:-
1. Chot
2. Faez
3. Odah
4. Nabil
5. Kedai Cik Faez


Ben 10

Harraz ari ngan Salam bangun pagi hari nie terus mandi
ngan kemas tempat tido dia semata2 nak tengok DVD
Ben10 dia. Percaya x? Nie mmg kene parcaya tp yang
best tu depa nie mmg penyabar org dia sbb DVD tu kami
beli hari khamis ari tu dan kami kata hari Sabtu nanti
jer depa nie bleh tgk. mmg depa x bising2 nak tengok
until this morning depa tuntut janji. So pagi nie angah
nak tgk motivasi pagi angah ....

Friday, 10 July 2009

Tak penah2 angah update blog dari tempat keje ....
nie pun sbb nak upload gambar farewell chan, klu x ....









Bersemangat sungguh Chan berucap ...
Dia ada sebut nama angah tu ..hehehhe




















Nie standard.. geng makan kami ...











Sebenarnya sapa yang x sabar nak tgk hadiah nie?
Chan ker kwn2 dia?









Dia dapat jam tangan ....

Wednesday, 8 July 2009

Penat sungguh keje 2 ari nie

Penat sungguh keje 2 ari nie... Pening sunggu kepala sbb dah seminggu asyik duk kat
kat ofis jer tp kali nie kene settle m'lah kat line...Tu yang penat kot. Lengguh kaki2ku.
Xper.... Project x siap lg than yg x best tu sorg dari member angah kene suspended.
Dasyat betul ...x semangat nak keje angah di buatnya sbb abg tu banyak tolong angah
settle problem klu angah ada m'lah. Semoga pertuduhan terhadap dia ditarik smula ...

Sunday, 5 July 2009

Result peperiksaan penggal pertama Harraz

Agak teruk jugak result dia kali nie, cuma dapat 6A, 3B dan 3C. Ehm...apa lg angah
nak cakap ngan dia selain dari bagi kata perangsang kat dia supaya lebih berjaya
untuk peperiksaan penggal kedua dia nanti. Cuba bayangkan dia yang kene menduduki
12 paper termasuk 1 ujian lisan @ practical utk solat. Rasanya termampukah dia dengan
usia dia tu? Kenapa kwn2 dia yang lain bleh buat? Angah tanya kat diri angah sendiri.
Kadang2 angah kesal kerana terlalu mendesak dia untuk jadi macam org lain.
Tapi yang menarik ttg result dia nie, dia dapat A utuk semua subject teras dia.
Kat sekolahdia subject teras adalah subject Bahasa Arab, Tasawuf Islami, Tulisan Jawi,
Tilawah dan Hafazan Al-Quran. Nampak gayanya dia mmg cenderung kearah agama
dan patutlah dia yang bersunggu2 sangat nak masuk sekolah tu.
Sejak lepas demam dia hari tu setiap hari kecuali hari khamis, cikgu kelas dia minta dia
datang ke rumah dia utk belajar. Dia duk kat tingkat 3 dan kami duk kat tingkat 10,
okaylah mudah skit Harraz nak g blajar. Harraz punya kelemahan yang kami semua
perasan ialah kurang keyakinan diri. Dia tahu apa nak jawap bila tanya tp dia takut nak
jawap sbb dia takutsalah. Xpe salah... janji kita cuba ...

Friday, 3 July 2009

Harraz: Ummi... tadi abang beli buku no 6 untuk BM sbb buku abg hilang...
Ummi : Habis abg mkn apa td? Ummi bekalkan abg roti, abg x mkn pun...
Buku tu brapa sen?
Harraz: Zuhairi belanja abg...Bagi seringgit dapat baki 20sen
Ummi : 80 senlah tu... Isnin nanti ganti duit Zuhairi tau

Kami berbual sambil angah check keje skolah dia. Dah mmg rutin angah
check keja skolah bila dia balik skolah. Terjumpa lak bungkusan dalam beg
skolah dia ...

Ummi : Nie apa nie bang? Bila abg beli nie?
Harraz: Nasi goreng, abg beli masa balik td
Ummi : Brapa sen abg beli? Cukup ke duit abg?
Harraz: 20sen jer
Ummi : Biar betul abg nie... Mana ada makanan 20sen lg skrg nie
Harraz: Betul td Shahir tanya kat achik tu duit 20sen bleh beli apa, acik tu
kata nasi goreng nie. Nie nasi goreng kg, pedas skit.

Macam x caya jer nasi goreng tu 20 sen, tp kene caya gak sbb angah penah dengar
psl citer sama2 susah ttg student SRAIAKL. Ari tu pun ada gak dia kata dia beli
kentang goreng ngan harga 20 sen. Dia kata achik tu kata lain kali singgit tau ..
Semoga Allah permurahkan rezeki mereka .....

Thursday, 2 July 2009

Petang tadi angah g check-up kat klinik kesihatan kecil AU2. Lanie 2 minggu skali
depa nak jumpa. Angah mmg suka ambik hari khamis than petang sbb x ramai
org than angah terus balik. Yang x best kali nie berat angah x naik katanya, klu
ikut angah punya rekod berat angah turun 0.5kg sbb masa angah check-up kat
Naluri tempoh hari berat angah 65kg tp td 64.5kg sama macam 2 minggu lepas.
Penat kot sbb ari tu Harraz n my hubby demam.Tido x cukup ... JM tu pesan kene
jaga2 sbb berat x naik nie, klu turun tanda g hospital cepat2. Masa Harraz n Abdul
Salam dulu pun berat angah stagnant jer 62kg selama seminggu mg tanda nak
bersalin dah tu. Jgn x caya angah dah pack barang baby n angah supaya mudah
keje buat klu dah tiba masanya nak bersalin. Cuma angah x letak dalam kete jer.
Hehehehe sbnrnya x sabar nak dapat baby baru.

Wednesday, 1 July 2009

Kehidupan seorang surirumah berkerjaya...

Agak penat gak sebenarnya menjadi seorang surirumah yang bekerjaya nie.
Especially bila suami angah keje malam, tapi angah redha. Dah kat setahun
dia masuk shift pun.
Jadual angah klu dia keje mlm ( 7:00pm-7:00pm):-
- Bangun tido, mandi, solat
- Buat bekal anak2 kesekolah sambil kejut anak2, mandikan depa dan siapkan
depa utk ke sekolah dan taska
- My hubby hantar kami ke destinasi kami
- Keje sampai kul 6.. lebih kurang
- Dating ngan abg amri dan Salam
- Balik rumah dan tunggu Harraz balik dari skolah
- Sementara tunggu solat maghrib, basuh kain ngan pinggan klu ada
- Lepas solat, bagi anak2 mkn (bungkus jer)
- Ajar Harraz buat Homework sambil gosok baju skolah depa
- Pas solat Isyak, klu rajin lipat kain..klu x tunggu wknd.
- Than ....zzzzzzzzzzzzzz
Bestnya dapat rehat... Tp klu abg keje pagi angah rasa okay skit sbb tugas ngajar
Harraz tu angah pas kat dia. Than dia yg tido-kn anak ...
Tp its okay .... just nak share citer jer sbb mungkin angah penat sgt la nie sambil
tunggu Harraz balik dari rumah cikgu dia. Lagipun angah tgh pregnant, mungkin
penatnya lebih skit kot ....