Wednesday, 22 July 2009

Layan jer

Act semua org kat dalam rumah nie dah tido kecuali angah sbb angah tgh layan
contraction. Td masa angah g jumpa doc kat klinik kesihatan AU2, dia refer
angah g Hosppital Ampang sbb angah ngadu kat dia yg baby gerak cukup
10 kali dalam masa 12 jam cuma dah seminggu nie kurang skit pergerakkan
dia. Angah ada tanya JM last week dia kata okay asalkan gerak tu cukup
10 kali dlm tempoh 12 jam.
Ni antara info yang angah dapat ttg pergerakan bayi dihujung2 kehamilan:-

Bayi sepatutnya bergerak sebanyak 10 kali sehari. Kalau lebih dari 10 kali
bermakna bayi amat cergas atau aktif. Kalau kurang, bermakna bayi tak
berapa aktif. Kalau tiada pergerakan untuk sehari atau beberapa hari, ia
bermakna bayi tak bergerak (tak semestinya bayi dah meninggal). Ada bayi
suka tidur semasa dalam kandungan dan tak banyak bergerak. Ada bayi
hanya bergerak ketika ibunya tidur, jadi ibunya tak tahu sebenarnya bayinya
bergerak.

Pastu Harraz lak td minta angah kejutkan dia sahur sbb dia kata cikgu suruh
puasa. Angah ingatkan dia nak puasa suant 1 syaban esok rupanya nak puasa
bulan Ramadhan nanti. Dia lupa agaknya yg tahun lepas yg dia cuma tinggal
sehari jer puasa... Dia baru 6thn tp semangat puasa dia. Masa tu angah x ckp
pun nak upah apa2 tp sbb dia seronok makan sahur kene suap kot... Tp xleh lupa
klu nak berbuka tu, nafsu dia kat pasar ramadhan mmg xleh dibendung. Masa
tu layan jer. Tahun nie, Insya Allah puasa masa angah tgh dlm pantang, camnerlah
agaknya.....Sibuk dia menghafal niat puasa td ...Ehmm layan jer anak2 nie ...

No comments: