Asam garam berumahtangga nie, ada kalanya kita berada diatas ada kalanya kita
dibawah. Tapi bagi mereka yang dah berkahwin, dugaan paling dasyat sekali bagi
angah adalah kita dikhianati oleh pasangan kita sendiri. Tulah yang terjadi pada
seseorang yang angah cukup kenali dan sayangi selama ini. Lisa nama dia....
Angah saja nak berkongsi citer pasal Lisa nie supaya kita semua dapat ambil
pengajaran dari apa yang dia alami...
Act. dia baru jer 4 tahun kawen dan dia kawen ngan suami dia atas dasar suka
sama suka, puppy love dari skolah lagi walaupun pernah putus. Tapi ditakdirkan
jodoh mereka, kawenlah mereka akhirnya walaupun banyak rintangan dan
halangan yang mereka tempuhi. Percaya atau tidak selama 4 tahun mereka
berkawen, 3 orang anak mereka. Rapat... setahun sorang tp dia redha sbb semua
tu dah mmg ketentuan dari Allah. Setiap anak membawa rezeki mereka masing2.
Lisa nie terlalu sayang sangat ngan suami dia sampai 1 hari jiran sebelah dia
bercerita ngan dia ttg perempuan yang datang kerumah dia pada hampir setiap
hari Jumaat. Bagus sungguh aci kat sebelah rumah dia tu sbb w'pun dia bukan
ISLAM tp dia x nak bersubahat dalam soal maksiat nie. Nak dijadikan cerita,
Lisa nie kene pegi berkursus minggu tu dan jatuh pada hari khamis dan Jumaat.
Masa solat Jumaat tu, dia msg kat suami dia dan tanya kat ner, suami dia punya
baik jawap dia kat masjid dan ptg nanti dia jemput Lisa dari tempat kursus dia.
B4 that, aci sblh rumah kata pompuan ngan suami dia dah ada kat rumah... Hati
isteri mana yang x remuk bila tahu pembohongan yang melibatkan hukum Allah nie.
Ehmm... Lisa pun balas sms suami dia kata xper lambat pun sbb dia habis kursus
kul 5 tp hakikatnya dia dah habis dan dah ada berhampiran ngan rumah dia sendiri.
Mmg betul...sampai jer Lisa di rumah dia, ada 1 keta VIVA kat depan rumah dia.
Mengigil kaki Lisa xnak turun dari keta kawan dia. Tp Lisa x bodoh, dia panggil
mertua dia yang tinggal berdekatan dan dia bawa anak2 dia yang masih kecik.
Biar katanya, biar semua org jadi saksi. Pintu dan tingkap tertutup rapat... Mak
mertua dia buka pintu rumah tu dan dapati anak dia berdua2an dengan pompuan
dalam keadaan yang mencurigakan walaupun pompaun tu masih berpakaian
lengkap... Suami dia masih berseluar tp dah tinggal singlet. Mak dia tanya kat
anak dia sendiri apa yang dia buat ngan "betina" nie. Dan yang best tu anak dia
sendiri kata dia xder buat apa2 dan dia bleh kata Lisa yang buat kecoh .... Ya Allah
x tahu angah nak cakap apa masa Lisa citer kat angah tu, menitik air mata angah.
Lelaki apa tu... Bak kata Lisa dia langsung x buka mata dia dan langsung x rasa
bersalah. Pompuan tu yg pegi mendapatkan kaki Lisa minta ampun. Dia minta Lisa
dengar penjelasan dia... Lisa bagi dia peluang sambil memalingkan muka dia keluar
sbb dia x sanggup nak tengok muka pompuan tu. Dalam masa yang sama suami Lisa
marah pada dia suruh dia dengar sambil pandang muka pompuan tu. Geramnya
angah dengar....mak mertua dia kata" Ko ckp jerlah.. dia ada telinga, dia bleh dengar"
Tergamam anak dia sendiri dengar mak dia cakap mcm tu. Pompuan tu kata yg dia
masih suci dan dia ada masalah besar dan dia perlukan tempat mengadu ...... Lisa
geram sangat masa tu sampai dia baling pompuan tu ngan kusyen rumah dia. Klu
angah, angah dah pegi dapatkan pompuan tu. Ayah mertua dia lemah duk kat luar
rumah tu mengenangkan semuanya... Disebabkan oleh kejadian tu, mak mertua Lisa
sampai sanggup cakap yang dia xder anak macam suami Lisa nie. Yang best pulak
tu suami Lisa nie bleh jawap camner "pasal benda kecik nie pun mak bleh cakap
macam tu. Benda bleh settle-lah mak katanya ...." Ya Allah mana pegangan agama
dia agaknya... Tp percaya atau tidak yang suami Lisa nie sebenarnya kerja di pejabat
AGAMA dan pompuan tu pulak dulu sukarelawan kat pejabat AGAMA nie dan paling
best siswazah lulusan U dari JORDAN dan tengah ambik MASTER.
Lisa x sanggup nak berhadapan ngan semua nie, dia lari rumah mak dia. Secara
kebetulan kesokan harinya mak Lisa buat kenduri cukur jambul utk anak Lisa yang
bau lahir tu... sapa x sedih...Tp kat depan org Lisa mmg kuat dia x tunjukkan
kesedihan dia...mungkin sbb dia ada anak2 penguat semangat. Masa majlis nak
bermula, mertua dia datang pastu suami dia pun datang... Yang pastinya Lisa x
tegur suami dia. Angah x nak masuk campur sbb angah nie saper. Habis selesai
majlis, suami dia cukur habis rambut anak dia, suami dia balik. Biarlah kata Lisa..
Sebelum angah berpisah ngan dia supaya OFF-kan hp dia selama 2 hari nie supaya
tidak diganggu oleh sapa2. Angah cakap mcm tu sbb pompuan tu ada sms kat dia
yang "org kafir Laknatullah pun Allah bleh maafkan inikan pulak kita sesama
manusia ....." Pandai sungguh dia bermadah .... Dia lupa bahwasanya Allah hanya
mengampun dosa org kafir yang mendapat hidayah darinya dan kembali kejalanNya.
Itulah masalahnya bila kita biarkan org Pandai bermadah bercakap ngan Org Jahil
tentang ilmu agama nie .....
No comments:
Post a Comment