Agak teruk jugak result dia kali nie, cuma dapat 6A, 3B dan 3C. Ehm...apa lg angah
nak cakap ngan dia selain dari bagi kata perangsang kat dia supaya lebih berjaya
untuk peperiksaan penggal kedua dia nanti. Cuba bayangkan dia yang kene menduduki
12 paper termasuk 1 ujian lisan @ practical utk solat. Rasanya termampukah dia dengan
usia dia tu? Kenapa kwn2 dia yang lain bleh buat? Angah tanya kat diri angah sendiri.
Kadang2 angah kesal kerana terlalu mendesak dia untuk jadi macam org lain.
Tapi yang menarik ttg result dia nie, dia dapat A utuk semua subject teras dia.
Kat sekolahdia subject teras adalah subject Bahasa Arab, Tasawuf Islami, Tulisan Jawi,
Tilawah dan Hafazan Al-Quran. Nampak gayanya dia mmg cenderung kearah agama
dan patutlah dia yang bersunggu2 sangat nak masuk sekolah tu.
Sejak lepas demam dia hari tu setiap hari kecuali hari khamis, cikgu kelas dia minta dia
datang ke rumah dia utk belajar. Dia duk kat tingkat 3 dan kami duk kat tingkat 10,
okaylah mudah skit Harraz nak g blajar. Harraz punya kelemahan yang kami semua
perasan ialah kurang keyakinan diri. Dia tahu apa nak jawap bila tanya tp dia takut nak
jawap sbb dia takutsalah. Xpe salah... janji kita cuba ...
No comments:
Post a Comment