Sunday, 30 January 2011

Guru di mata anak-anak dan pasangan kita

Menjadi guru di mata anak-anak kita dan aku tambah pula di mata pasangan kita. Pagi semalam aku dengar motivasi pagi aku bertanya kepada diri aku sendiri adakah aku seorang guru yang baik kepada anak-anak aku. Ehmm ... aku pun pernah dengar ceramah agam yang mengatakan kalau nak tengok suasana atau keadaan keluarga, tengok isteri. Huu...! Satu penangan bagi aku bila ustaz tu cakap macam tu tapi bila aku fikir secara logik dan pemerhatian aku terhadap keluarga aku sendiri, memang betu sangat-sangat apa yang ustaz tu cakap. Macam aku sendiri bukanlah seorang ummi yang baik sebenarnya, aku cuba marah anak-anak aku guna physiology tapi kadang-kadang bila naik angin naik gak suara aku. BUkan kadang-kadang tapi selalunya. Faham jerlah anak aku semuanya lelaki, dengan main bolanya tengah rumah masa aku tengok buletin utama, ngan keja skolah tak siap dipagi hari masa nak pergi taska ngan baju atau stokin dia tinggal ka sekolah ... Uh.. bukan aku mengeluh tapi aku juga manusia yang lemah. Dan dalam masa yang sama aku perasan yang Abdul Salam mahupun Harraz ada kadang kalanya bila bertekak sesama sendiri meninggikan suara. Mula-mula aku terasa keliru tapi bila aku ammati, ada juga benda yang baik yang aku buat, Harraz ikut seperti contohnya aku memang suka membaca. Sampaikan kertas pembungkus nasi lemak pun aku baca. Kau perhatikan Harraz mengikut. Abdul Salam sikit-sikitlah. Than, macam solat awal waktu, tu yang paling susah aku nak bentuk sebabnya ayah depa memang liat nak solat awal waktu. Aku pun tak paham kenapa. Tu yang bila kata, kita kena menjadi guru yang baik di mata anak-anak dan pasangan kita, memang aku setuju sangat, sangat setuju ....

Monday, 17 January 2011

Magika memang best ...



Cerita magika memang best ... aku hanya mampu tengok dvd sebabnya aku dah 10 tahun tak jejakkan kaki ku kepanggung wayang atas alasan-alasan munasabah ..hehehe taknak bersekongkol dengan mereka yang .... sendiri mahu ingatlah ... Umar Zuhdi pun suka tengok citer tu ... khayal dia bila kami buka citer tu ... tabiklah dengan adik beradik KRU

Tuesday, 11 January 2011

sungguh penat

Sekolah dah bermula dan aku rasa sungguh penat 2 minggu nie ...terkejar-kejar aku buat keje rumah dan terkejar-kejar juga aku nak pergi keje sebabnya aku nak balik awal. Tahun ni kami ambik keputusan untuk ambik anak-anak kat sekolah depa. Kalau suamiku keje malam, dia akan ambik sebelum dia pegi keje dan kalau dia keje pagi aku punya turn pulak ambik. Tapi yang aku penat skit bila ayah depa keje pagi sebab aku kena buat sarapan berat untuk anak-anak. Diaorang punya class start pukul 11:30 pagi than depa nie tak nak makan kat taska, jadinya sebelum depa pegi taska aku akan pastikan depa nie dah makan berat supaya dapat menampung perut mereka menjelang pukul 1 untuk makan kat sekolah. Sekolah depa memang ada makan tengahari, tapi aku bayarlah..rm40 sebulan. Okay jugak sebab anak-anak aku makan kat sekolah. Mungkin seronok ngan kawan-kawan makan 1 talam ....
Tapi aku memang penat sangat, cuma yang aku rasa aku takkan segagah nie kalau Allah tak bagi aku kelebihan supplementary vitamin yang aku makan. Aku makan jamu mak dara pada waktu awal pagi baik saja bangun dari tido dan petang. Than aku makan multi vitamin for women pas aku ambik sarapan aku kat tempat keje.... Alhamdulillah ... aku dapat kelebihannya dengan izin Allah ...

Tuesday, 4 January 2011

Abdul Salam masuk darjah 1

Tahun nie Abdul Salam dah mula bersekolah di SRIAAKL dalam darjah 1 dan dia telah ditempatkan dalam kelas 1 Usamah iaitu kelas kedua bagi murid-murid tahun 1. 3hb Jan, tarikh mula sekolah dan murid tahun 1 dijadualkan untuk datang pada pukul 2 petang pada hari tersebut dan 11:30 pada hari-hari seterusnya. Aku hantar dia tepat pukul 2 petang dan dia pun terus beratur mengikut barisan kelas dia. Aku pun dah tengok dia masuk kelas macam takder apa-apa masalah, aku pun cabutlah balik sebabnya penat balik dari Melaka pun tak habis lagi ... Kami sekeluarga ke Melaka sebab ada majlis perkhawinan sepupu aku kat Taman Teluk Mas.

Alang-alang cuti umum sempena tahun baru, kami berjalan-jalanlah kesana sambil cari makan.
Berbalik dengan cerita Abdul Salam nie, pas aku cabut bali, xder laka hati nie nak datang tengok dia masa rehat dia sebabnya aku percaya ngan Harraz boleh tengok-tengokkan adik dia tapi rupa-rupanya dia khayal ngan kawan-kawan dia yang dah lama tak jumpa. Sian ngan Abdul Salam, lapar masa balik dari sekolah. Tadi aku aku kuar jap sebab nak tengok-tengokan dia... memang kesian ngan dia sebab dia berdiri jer kat tepi kantin tu tak tahu nak beli. Pas aku aja dia beli, aku balik sambung bekerja. Masa balik tadi aku tanya dah pandai lom beli kat kantin, dia senyum jer ..." dah habis dah duit belanja angah... Mi" ...