Wednesday, 29 June 2011

Komuter dan kisah di dalamnya

Dah acap kali aku mendengar cerita nie dalam radio IKIM.fm dalam segmen motivasi dan setiap kali aku mendengarnya pasti air mataku bergenang ... Tapi hari nie terdetik hatiku untuk berkongsi kisah yang menyayat hati ini.


Kisahnya bermula bila kebahagian sebuah keluarga yang hidup bahagia diragut dengan berita sedih dimana sang isteri mendapat tahu dia menghadapi barah yang amat kronik dan dia telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya. Sepanjang siibu dihospital, 2 orang anaknya tidak pernah dapat menjenguknya. Gundah gulana perasaan anak-anak ini. Hilang sudah keceriaan mereka. Si ayah dan Ibu setiap hari merayu-rayu meminta supaya dapat dibawa anak-anak mereka ke ward untuk melawat ibunya dan sehinggalah pada suatu hari doktor akhirnya memberi kebenaran kepada mereka untuk membawa anak-anak ini melawat ibunya. Berita gembira itu disampaikan oleh ayahnya sebaik saja sampai di rumah. Betapa riangnya mereka dan malam itu mereka tidur cepat kerana mereka hendak bangun awak pada keesokan harinya untuk berjumpa dengan ibu yang amat dirinduinya. Pada keesokkan harinya si anak ini bangun pagi dan terus bersiap untuk berjumpa dengan ibunya.


Pada pagi yang tenang itu, sebuah coach komuter yang tenang telah dinaiki oleh 3 orang anak beranak ini yang telah memecah kesunyian. Keriangan anak-anak ini telah menyebabkan para penumpang di dalam coach tadi merasa kurang selesa dan sehinggalah seorang lelaki bangun menengur ayah kepada anak-anak tersebut. Tetapi ayahnya menceritakan satu demi satu cerita mereka dan ayahmya tak tahu macammana nak bagitahu pada anak-ankanya apa yang telah terjadi... biarlah kegembiraan itu jadi milik mereka katanya pada lelaki yang menegurnya tadi ..

KITA AKAN TERUS MENYAMPAH DENGAN SESEORANG ITU SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU KENAPA DIA BERBUAT DEMIKIAN

Tuesday, 28 June 2011

Bukan Milik kita

Usaha menyelamatkan seekor kucing

Baru sekejap tadi kami selesai misi untuk menyelamatkan seekor kucing dari tepi rumah kami dari jatuh kebawah dari tingkat 10. Ada jiran kami dari tingkat 11 turun bagi salam than bagitahu pasal kucing tu yang seolah-olah merenung dia kat dapur rumah dia. Rumah aku nie end lot, jadi aku ada renovate skit, kasi extend kawasan depan rumah kami tu. Nasib baik, ada kunci grail tu, kalau tak mahu kita panggil bomba tadi. Habis barang kami keluarkan dalam usaha menyelamatkannya, tong sampah, beg milo ... bekas bawang bertingkat.. hahaha. Akhirnya dengan kebijaksanaan cik Nor Amri, berjaya juga kami memujuk kucing itu panjat tong sampah dan naik keatas tempat bawang bertingkat kami dengan umpan ikan bilis ... huhuhu .. sadis sungguh peristiwa itu

Puasa ngan derma darah

Huh... tak lama lagi dah nak puasa... sukanya nak puasa lagi, tak sabar rasanya nak tunggu saat itu tapi yang pastinya aku tinggal lagi sehari jer lagi nak ganti puasaku yang lepas .. yang sehari tu yang payah nak ganti tu. Dari sehari ke sehari nak ganti.. tak ganti-ganti. Yang best tu alasan aku, suamiku keje pagi, xleh nak puasa sebab bila aku penat aku kesian ngan dia kalau dia nampak aku lepak saja ...hahaha. Alasan semata-mata.
Tapi aku heran ngan diri aku sejak seminggu nie sebab selera makan aku makin meningkat... huhuhu... seram aku. Dahlah aku punya berat dah naik tapi still within spec BMI lagi. Satu lagi alasan yang aku cipta untuk memujuk hati ku. Aku jadi sungguh berselera makan pas aku derma darah kat tempat keje aku ari tu. Ramai orang mengatakan benda yang sama tapi aku tak pernah percaya. Sebabnya ini bukan kali pertama aku menderma, rasanya dah lebih 6 kali aku menderma sepanjang aku keje kat TI tu. Tapi aku tak perasan adakah perasaan aku ni sama setiap kali selepas aku menderma darah? Entahlah ... Bila aku Google fakta @ mitos tentang kegemukan tu, pakar dari PDN kata tu hanya mitos semata-mata ... Ianya mengembirakan aku ... mungkin sebab hari-hari aku masak lauk yang sedap kot ..hehehe. Masuk bakul angkat sendiri nampaknya. Tapi yang nyatanya aku tetap tak puas hati dengan berat aku yang mencecah 60kg. Bila aku citer ngan orang yang aku dah berat, ramai yang tak percaya dengan berat aku sebab depa kata aku taklah nampak gemuk sangat dan yang lagi best ada yang kata timbang tu rosak kot .. Harap-harap betullah apa yang depa cakapkan tu ...

Saturday, 25 June 2011

Ikan siakap stim asam kelubi










Makanan kegemaran Abdul Salam...
Bahan-bahannya:-
=============
1) Ikan siakap di siang bersih
2) Sepotong halia
3) 5-6 biji jeruk kelubi
4) Limau kasturi 3-4 biji
5) Serai - ditumbuk
6) Setengah buku kiub ayam
7) Sedikit air dan garam
8) Cili api- ditumbuk kasar
9) daun limau purut

Cara-caranya:-
1) Sediakan kukusan
2) Masukkan dan gaulkan semua bahan-bahan tadi didalam bekas yang tahan panas
3) Perahkan limau kasturi dan masukkan limau yang diperah tadi kedalam bekas yang sama
4) Masukkan air dan garam secukupnya
5) Kukus selama 10-15 minit ...
6) Siap untuk dimakan ...

Kerenah anak-anak

Anak-anak makin besar makin memeningkan kerenah mereka ...huhuhu. Tu yang mampu aku katakan. Kerana itu juga aku kurang masa untuk melayan blog aku nie. Sekolah mereka, kawan-kawan mereka ... Kadang-kadang terkeluar gak air mata nie. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur dengan kurnian Allah ini kerana tanpa mereka pasti hidup aku sunyi dan yang paling pasti aku quota bercakap aku setiap hari habis sebab bebelkan mereka.
Harraz pandai mengambil hati aku kalau aku marahkan mereka. Dia tak pandai menjawab bila kena 'sekolah' tapi yang pasti lepas kena 'sekolah' dia akan buat baik, tahanlah dalam 2 ke 3 hari. Contoh dia kalau aku kena jemput dia balik sekolah pastu dia takder kat depan pintu pagar, dah satu keja pulak aku kena carik parking than nak carik depa kat dalam sekolah depa. Paham jerlah parking kat sekolah Al-Amin tu memang payah.. siap dia kena 'sekolah' ngan aku.. Pastu tengok, esok dia dah unggu kat depan pintu pagar, siap panggilkan adik dia sekali.
Abduk Salam lak, suka buat aku marah denganbaju sekolah dia yang kepam ... huh.. penat jugak tangan ni menyental. aku bukan malas cuma jari aku nie alah ngan sabun...x cantik jari-jemariku..Pastu pandai lak balik sekolah terus letak baju dalam baldi sebab nak senangkan ummi rendam dulu. Peningkan. Ngan keje sekolah yang tak sempat siap. Kadang-kadang aku sian jugak ngan depa, dahlah balik sekolah lewat than keje sekolah banyak, bila dah main kat sekolah lebih, penat sudah ... bila suh buat keje sekolah.. dah malas, siap nangis-nangis lagi Abdul Salam tu sebab penat sangat.
Ha tu belum lagi Umar ... budak malas nak berjalan. Berat dah mencecah 11kg, pastu asyik malas nak berjalan. Semuanya sebab suamiku @ ayah dia yang suka dukung dia bila g jalan... penat beb.. lebih-lebih lagi aku yang dah berat nie..hahaha