Wednesday, 29 June 2011

Komuter dan kisah di dalamnya

Dah acap kali aku mendengar cerita nie dalam radio IKIM.fm dalam segmen motivasi dan setiap kali aku mendengarnya pasti air mataku bergenang ... Tapi hari nie terdetik hatiku untuk berkongsi kisah yang menyayat hati ini.


Kisahnya bermula bila kebahagian sebuah keluarga yang hidup bahagia diragut dengan berita sedih dimana sang isteri mendapat tahu dia menghadapi barah yang amat kronik dan dia telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya. Sepanjang siibu dihospital, 2 orang anaknya tidak pernah dapat menjenguknya. Gundah gulana perasaan anak-anak ini. Hilang sudah keceriaan mereka. Si ayah dan Ibu setiap hari merayu-rayu meminta supaya dapat dibawa anak-anak mereka ke ward untuk melawat ibunya dan sehinggalah pada suatu hari doktor akhirnya memberi kebenaran kepada mereka untuk membawa anak-anak ini melawat ibunya. Berita gembira itu disampaikan oleh ayahnya sebaik saja sampai di rumah. Betapa riangnya mereka dan malam itu mereka tidur cepat kerana mereka hendak bangun awak pada keesokan harinya untuk berjumpa dengan ibu yang amat dirinduinya. Pada keesokkan harinya si anak ini bangun pagi dan terus bersiap untuk berjumpa dengan ibunya.


Pada pagi yang tenang itu, sebuah coach komuter yang tenang telah dinaiki oleh 3 orang anak beranak ini yang telah memecah kesunyian. Keriangan anak-anak ini telah menyebabkan para penumpang di dalam coach tadi merasa kurang selesa dan sehinggalah seorang lelaki bangun menengur ayah kepada anak-anak tersebut. Tetapi ayahnya menceritakan satu demi satu cerita mereka dan ayahmya tak tahu macammana nak bagitahu pada anak-ankanya apa yang telah terjadi... biarlah kegembiraan itu jadi milik mereka katanya pada lelaki yang menegurnya tadi ..

KITA AKAN TERUS MENYAMPAH DENGAN SESEORANG ITU SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU KENAPA DIA BERBUAT DEMIKIAN

No comments: