Huh... tak lama lagi dah nak puasa... sukanya nak puasa lagi, tak sabar rasanya nak tunggu saat itu tapi yang pastinya aku tinggal lagi sehari jer lagi nak ganti puasaku yang lepas .. yang sehari tu yang payah nak ganti tu. Dari sehari ke sehari nak ganti.. tak ganti-ganti. Yang best tu alasan aku, suamiku keje pagi, xleh nak puasa sebab bila aku penat aku kesian ngan dia kalau dia nampak aku lepak saja ...hahaha. Alasan semata-mata.
Tapi aku heran ngan diri aku sejak seminggu nie sebab selera makan aku makin meningkat... huhuhu... seram aku. Dahlah aku punya berat dah naik tapi still within spec BMI lagi. Satu lagi alasan yang aku cipta untuk memujuk hati ku. Aku jadi sungguh berselera makan pas aku derma darah kat tempat keje aku ari tu. Ramai orang mengatakan benda yang sama tapi aku tak pernah percaya. Sebabnya ini bukan kali pertama aku menderma, rasanya dah lebih 6 kali aku menderma sepanjang aku keje kat TI tu. Tapi aku tak perasan adakah perasaan aku ni sama setiap kali selepas aku menderma darah? Entahlah ... Bila aku Google fakta @ mitos tentang kegemukan tu, pakar dari PDN kata tu hanya mitos semata-mata ... Ianya mengembirakan aku ... mungkin sebab hari-hari aku masak lauk yang sedap kot ..hehehe. Masuk bakul angkat sendiri nampaknya. Tapi yang nyatanya aku tetap tak puas hati dengan berat aku yang mencecah 60kg. Bila aku citer ngan orang yang aku dah berat, ramai yang tak percaya dengan berat aku sebab depa kata aku taklah nampak gemuk sangat dan yang lagi best ada yang kata timbang tu rosak kot .. Harap-harap betullah apa yang depa cakapkan tu ...
No comments:
Post a Comment