Friday, 30 December 2011

Bestnya Penang..

1st of all, aku nak ucap terima kasih kat suami aku sebab sudi bawa kami sekeluarga bercuti ke Penang. Dah bertahun-tahun aku ajak dan akhirnya tahun ini aku berjaya memujuk dia..hahaha. Aku jadikan modal dia ke Sungai Dua masa awal Muharam untuk majlis ABJAD. Jadi kalau dia boleh pegi aku mesti boleh pegi...
Ternyata aku puas hati dengan Penang walaupun tak sepenuhnya aku dapat menjelajahinya tapi yang pasti ada perkataan "lain kali kalau kita datang lagi ...". Maksud dia suami aku tak serik bawa kami ke sana. Bukannya apa, sebenarnya aku nie cerewet dalam memilih tempat makan dan aku tak suka panas sebabnya aku kalau panas, jangan tak caya muka aku akan gatal. Aku allergic dengan air... ha ambik ko.
Tempat yang menarik yang sempat kami lawati adalah Bukit Bendera... Huh nak kesana tu sesat dia, dekat sejam dalam kete. Nak di jadikan cerita, papago suami aku yang berada di dalam hand phone canggih dia tak ber-update. Lagi sekali, ambik ko... Cari sign board nak ke air itam tu punyalah payah tapi sebab kami lebih percaya dengan kesan-kesan mata pelajaran geografi kami masa sekolah dulu, sampai juga kami ke sana... Aku rasa tulah kali pertama dan terakhir aku menaiki bukit bendera dengan menaiki train yang disediakan...Sebab aku takut... NGERI .. masa nak turun, laju than siap hon-hon lagi. Selamat aku kebawah. Yang aku puji sifat orang bukan melayu nie, dia orang cepat nak bagi duduk dekat kita yang sedang dukung anak walaupun yang dukung Umar tu suami ku yang seorang lelaki.. naik dan turun, otang cina yang bagi seat tapi orang kita..ehm...siap lentok2 kepala kat bahu lagi...Tak rugi kami bayar buggy Rm30 untuk perjalanan selama 20 min sehingga kejambatan gantung. Pemandu dia tak berhenti berceloteh mengenai tempat-tempat dan bangunan yang ada sepanjang perjalanan kami dengan slanga melayu Philippine dia..Sayang aku tak dapat nak upload gambar sekarang sebab u-mobile aku slow. Nanti aku update lagi tentang penang yang best berserta gambar yang menarik..maklulah guna D90-lah katakan

Tuesday, 20 December 2011

Entah kenapa dengan U-mobile nie

Entah kenapa dengan U-mobile bulan nie...lembablah pulak. Aku rasa 5G yang depa bagi tu dah habislah rasanya sebab slow gila aku nak meng-update apa yang patut termasuklah blog aku nie. Pening gak bila dunia tanpa internet nie sebab kat tempat keje confirm aku keje jer, hanya dengan perbualan jer cara aku mengetahui keadaan semasa. Kat rumah buletin Utama, wajib aku tonton walaupun aku tak ambik terus dan bulat-bulat apa yang depa sampaikan tapi at least aku tahu perkembangan semasa. U-mobile juga tempat aku bergantung untuk bersosial tapi dah dekat seminggu aku terasa diri aku nie tidak diupdatekan dengan dunia luar ... huhuhu... Adakah aku harus bertukar?

Saturday, 10 December 2011

Mencari kelainan...

Aku harapkan template baru bagi blog aku nie memberi sumber inspirasi kepada aku untuk terus minat aku dalam mencoretkan kata-kata dalam bentuk penulisan. Yang pastinya sekarang nie dan saat ini aku rasa bahagia... Alhamdulillah

Wednesday, 7 December 2011

MARUAH


Hari ini dan esok aku bebas dari kerja-kerja yang memenatkan minda dan fizikal aku sebab aku dihantar untuk menghadiri MARUAH training. For those Tiers sepatutnya tahu tenatang training tersebut. For those yang ex-tiers tu, training nie sama jer dengan MAD training not gila tapi Make A Different training.. Go..go.. go yang can do it if you stay the course. Apa yang aku tahu konsep dont break the glass is only for those yang tidak attend training tu lagi. Bagi aku yang betul-betul enjoy training tersebut aku rasa macam nak share apa yang aku dapat kat sana yang mungkin juga aku ada practice-kan selama ini dalam kehidupan aku.. Aku tak pasti mana aku dapat konsep tersebut. Mungkin sebab aku sendiri suka menonton dan mendengar rancangan motivasi.. mungkin..Tapi who can break the glass with Zubedy? Nobody can coz we have make a promise to them to keep what we learn in the class. I'm sorry I cannot break a glass.. maybe next time I'll share with you but not now..

Sunday, 4 December 2011

Baguskan mereka semua tu..

Baguskan mereka semua yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan... Aku cemburu sebenarnya dengan kawan-kawan yang berani meninggalkan kerja makan gaji, jaga anak kat rumah than dalam masa yang sama dalam diam mereka berniaga... huh.. bilalah masanya itu tiba untuk aku mendapat kekuatan itu... Bila aku suarakan pada suamiku yang aku dah penat bekerja, dia mesti ada rancangan yang amat suka aku dengari tapi yang aku tak tahan dia kata, kita tunggu VSS dulu. Baru sedap nak duk rumah katanya... Kita beli rumah cash kat seremban ker rantau ker.. than kita jual rumah nie.. Bilalah agaknya impian ku yang nak duk kat rumah jadi mem jadi kenyataan... Ya ALLAH.. aku mengharapkan pemintaan aku ini didengari dan di makbulkan oleh MU... amin...