Friday, 13 June 2014

Sambung cuti ke Sempurna





Kali ni kami ke Sempurna menyambung cuti kami yang masih berbaki sehari je lagi. Perancangan last minit.. Macam jauh..ingatkan Semporna Sabah tapi bukan sebenarnya tapi Sempurna Pahang... Ni semua disyorkan oleh kawan sekerja aku sebab nak g Gambang water park macam mahal and rasa macam bahaya untuk anak-anak yang masih kecil. Alasan aku yang rasanya tak mampu nak kawal mereka kat tempat yang besar macam tu. Aku memang dah lama gila tak celup dalam air ketika berada dikhayalak ramai.. Cewah macam retis lak ayat aku tu... Bukannya apa pun aku sedang sedaya upaya menjadi muslimah sejati..cewah... Tapi itulah azam ku sebaik aku bergelar isteri kepada En. Nor Amri bin Yusof.
Cerita pasal Sempurna resort ni, aku cuma nak nasihatkan kepada ibu bapa yang mempunyai lebih dari seorang anak, lebih baik ambik bilik family berbanding dengan bilik suite walaupun dalam internet nampak macam besar tapi alahai..nak solat pun macam tersinggul je punggung ngan dinding. Pada asalnya kami book bilik suite melalui agoda..konon dapat 40% diskaun. Tapi bila tengok keadaan bilik dia... Kami decide untuk cari bilik lain yang lebih besar. Alhamdulillah ada lagi 1 bilik family yang kosong.
So bila duk berjalan pasti kita cakap pasal makan, malam tu kawan-kawan duk lah suruh g makan kat Tanjung Lumpur or pegi kat Sara Tahi. Tapi macam biasa, suamiku yang agak keberatan untuk bergerak jauh.. Kami makan je kat kedai makan kat depan ni je. Not bad makanan dia, murah pun..murah gak. Tapi yang eden geram tu.. Pas makan suami ku nk g jalan-jalan ke Kuantan lak... Aduhai.. Sabar jelah aku tengok kedai ikan bakar ana yang orang duk kata-kata sedap tu.. Next time katanya..huhuhu. Eden tuntut..  Jadi.. Sapa mai kuantan jemputlah makan kat Tanjung Lumpur..jgn jadi den..dah melopeh...










No comments: