Dipagi jumaat yang hening ini, suamiku mendapat panggilan dari ahli sahabat ABJAD yang mengatakan ustaz Ahmad iaitu tuan guru kami telah meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 6 pagi. Aku sendiri yang sedang menyediakan sarapan untuk pagi ini dapat menjangkakan ada sesuatu disebalik panggilan telefon dipagi hari. Terkedu aku seketika dan tanpa aku sedari jatuh air mata aku ini dengan berita tersebut. Kami baru melihat dan mendengar ceramah beliau pada 4 Jan yang lalu sempena sambutan Maulidur Rasul di Sungai Petani. Aku betul-betul tidak menyangka bahawa itulah pertemuan kami yang terakhir, walaupun ketika itu aku hanya mampu melihat beliau dari sisi sahaja kerana lelaki dan perempuan dipisahkan ketika ceramah itu diadakan. Syukur sangat suami aku membawa kami sekeluarga membawa kami ke sana dan kerana itulah juga aku dapat berjumpa dengan tuan guru kami ini.
Insan yang mulia inilah yang telah membawa kami ke jalan yang benar menuju Allah dan Rasulullah. Aku pasti, kiranya Allah tidak menemukan kami iaitu aku dan suamiku dengan beliau, aku akan terus khayal dengan kehidupan dunia semata-mata. Mungkin aku akan terus mengejar dunia tanpa aku ingin membetulkan kedudukan kami di dunia abadi. Semoga Allah merahmati beliau.
2 comments:
Respect kt family akak .. almarhum buya tetap hidup dalam hati dan ingatan ..
Gerak Alamat Hidup Diam Alamat Mati
Penyambung Kerjabuat Buya dah muncul dgn jelas .. Ustz Zalfaqar dri Kelantan ... segera jmpa beliau dan Tajdid kak ... bagitahu suami sekali .. buat solat hajat dan salam syeikh 1000x hngga diberi alamat kak .. insya Allah

Post a Comment