I'm here again... my back pain come again. Jadi sekali lagi aku dimasukkan ke spital ni untuk rawatan physioteraphy.. sakit gak tapi bila aku fikir yang aku kena baik demi keluarga aku... redha jelah. Aku tak pasti kenapa aku sakit semula.. sebab angkat berat ke... atau berdiri lama ke atau pengerakan yang sama tapi kerap dilakukan. Semua tu kemungkinan penyebab masalah sakit belakang aku ni. Positif... Allah duga aku sebab DIA sayang pada aku..
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan ...
Friday, 16 January 2015
Thursday, 8 January 2015
Muhammad Harraz Furqan bin Nor amri
Harraz ataupun abang memang nama sinonim yang kami panggil dia kat rumah kami ni. Aku sebagai ummi dia suka panggil dia dengan nama Muhammad sebab bila panggil Muhammad, dia cepat datangnya. Dia dah selamat masuk ke Pusat Tahfiz Al-Kholidi yang terletak kat Kg.Ulu Kalong, Ulu Yam. Payah skit nak pegi ke tahfiz tersebut cuma sesiapa yang nak cari kat mana tempat tu, cari je Ulu Kalong eco resort, ke sanalah halanya.
Macammana Harraz boleh tercampak ke sana...? Ramai gak bertanya sebabnya tahfiz ni takde akedemik, tahfiz semata. Ayat mereka,habis... Harraz tak ambik spm lah nanti? Kenapa spm tu boleh jamin ke Harraz dapat keje? Kenapalah kita boleh jadi begitu, tak semena-mena kita telah bersangka buruk kepada Allah. Ingat wahai kawan-kawan kat luar sana, rezeki tu datangnya dari Allah. Kita hanya perlu berusaha.. Sapa kejar akhirat, dia dapat dunia.. Sapa kejar dunia, akhirat dia hilang. So jangan jadi syirik tak tentu arah ye.
Ok, back to Harraz. Dia masuk sana tanpa paksaan dari kami. 1 hari sedang kami sekeluarga sedang duduk santai, ayah dia tanya dia nak belajar kat mana pas ni sebab dia tengah tunggu result upsr dia. Sambil garu kepala, "ayah msukkan abang tahfizlah ayah".. "Betul ni bang?" Ayah dia tak caya, aku sebagai ummi dia pun tak caya. Biarlah.. Kita tengok result upsr camne nanti.
1 hari masa balik dari taska, dia cakap lagi sekali pasal tahfiz kat aku yang sedang memandu. Aku tergamam jugak bila dengar dia cakap macam tu. "kenapa bang?"."ummi antar jelah sebab abang taknak sekolah biasa.. Abang takut kena buli". Masa tu keputusan upsr masih tak keluar lagi. Cuma keputusan PSRA dia je dah keluar, dia hanya mampu mendapat makbul je. Tu yang dia patah hati kot dengan sekolah sekular ni.
Jadi, setelah berpakat dengan ibu kawan baik dia, ke Al-Kholidilah dia sebab rasanya biarlah dia masuk tahfiz yang dah ada kawan dia. Kawan baik lak tu. Tanggal 4/1/2015 bersamaan dengan 13 Rabiulawal, dia di daftarkan di sana. Genap usia dia 13 tahun dalam bulan islam. Selama 40 hari kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan dia... Hari ni baru hari ke 6.. Lama lagi nak tunggu ni... Kami dah rindu ni...
Wednesday, 7 January 2015
Jalan-jalan cari makan
Penghujung tahun setiap tahun, dengan izinNYA kami sekeluarga akan pergi bercuti. Konsep percutian kami, macam biasalah.. Jalan-jalan cari makan. Seperti tahun-tahun yang lalu, Melaka tetap menjadi salah satu dari destinasi percutian kami. Entahlah. Macam dipanggil-panggil untuk ke Melaka. Sebelum kami ke Melaka, kami duk dulu 1 malam kat Gold Coast Morib sebab kami nak pekena ikan bakar kononnya kat Bagan Lalang. Boleh tahan jugak makan kat kedai Senandung Malam kat bagan Lalang. Kami ke sana pun sebab kawan aku yang cadangkan untuk makan di sana. Sayang seribu kali sayang, aku tak sempat nak snap gambar ketika atau sebelum makan di sana. Disebabkan aku yang baru kluar spital sebab cirit birit, aku hadkan pemakanan aku ni sebab masih terasa sakitnya lagi ni. Pas makan, kejap tu mesti ke jamban aku. Adoi hai tapi peduli apa aku...makan tetap makan.
Melaka memang destinasi kami yg harus di lawati setiap tahun. Yong tau fu sup lah...apa lagi. Jangan tak pergi pulak kat medan selera pantai jaring tapi kena ingat pegi pas pukul 5 petang sebab sebelum tu dia tak buka lagi. Kali ni aku kenalkan sesuatu yang baru pada keluarga aku iaitu roti john barkah yang terletak tak jauh dari kedai yong tau fu sup tu... Dia kat corner pantai puteri tu..pun sama.. Malam baru buka. Jangan tak pegi ye...
Thursday, 4 December 2014
Bukit Dinding
Aku pun tak pernah dengar nama bukit tu selama 10 tahun aku duk kat menara aku ini sehinggalah ada NGO dari area Setiawangsa mengadakan perjumpaan untuk membantah pembangunan aka pencerobohan bukit tersebut. Rupanya hutan kecil kat belakang rumah aku ni dan yang aku suka sangat bau dia dipgi hari dipanggil bukit dinding. Malunya... Aku suka bunyi cengkerik, kicauan burung dipagi hari tapi tak pasti akan ada lagi tak lepas ni sebab aku nampak ada pembangunan akan dilakukan disitu.
4 blok kondo setinggi 25 tingkat akan didirikan disitu. Diawal pengondolan bukit tersebut, lebah hutan banyak datang ke rumah kami untuk membina sarang baru setelah mereka dihalau dari rumah mereka yang mungkin sudah lama mereka diami. Ngeri tengok segerombolan lebah kat dapur kami. Hayat mereka tak panjang, sudahlah dihalau dari rumah mereka, bila nak bina penempatan baru, kena smash pulak sampai mati. Maafkan kami wahai sang lebah.
Bukan itu saja, anjing liar sudah mula berkeliaran sekarang ni. Risau aku sebab kat sini anak-anak bebas bermain, dibuatnya ada anak yang pergi kempen i want to touch the dog tempohari nak cubalah lak touch the dog.. Ha.. Tak ke kes naya tu. Semalam aku tengok anjing tu duk menyorokmkat kedai burger kat bawah menara kami tu. Dijolok-jolok dek anak-anak jiran aku yang sebenarnya aku pasti mereka nak suruh anjing tu keluar dari bawah dapur tu. Tapi anjing tu nak lari kemana sebab dia pun dah kena halau dari penempatan lama dia.. Entahlah...
Friday, 28 November 2014
2A1B2C
Syukurlah abang dengan keputusan UPSR abang. Ummi redha dengan pencapaian abang yang sebegitu kerana ummi nampak sangat peningkatan dalam pelajaran abang. Walaupun ayah tak puas hati dengan keputusan yang abang dapat, xpe.. Janji abang sedar yang abang kena berubah untuk masa depan abang. Kalau abang kurangkan main dulu,mungkin keputusan abang lebih baik dari ini. Kesedaran abang datang lambat. Apa pun ummi tetap bersyukur kerana abang memilih untuk ke tahfiz selepas ini. Ummi akan sentiasa menyokong abang. Dengan keputusan PSRA abang yang tak seberapa itu, abang harus sedar bahawa Allah telah membayar tunai keatas apa yang telah abang lakukan sebelum ini. Sedangkan percubaan abang Mumtaz abang.. Tapi PSRA yang sebenar abang dapat Makbul je. Apa pun ummi tetap redha kerana ummi tahu abang akan menjadi anak yang soleh satu hari nanti yang mampu mendidik ummi dan adik-adik abang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
