Monday, 23 February 2015

Sesungguhnya rindu itu satu penyiksaan

Walaupun hampir seminggu lamanya penyiksaan aku sudah berakhir namun aku bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada aku untuk berjaya menahan kerinduan pada anak sulung ku, Muhammad Harraz Furqan selama 40 hari lamanya. Wah.. Mukadimah dia...
Bukan apa... Aku pernah tulis pasal dia masuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi dulukan... Memang rindu sungguh ummi dengan dia masa dia pergi 40 hari tu. Tapi tanggal 15 feb yang lepas, ibu bapa yang mana anaknya masuk pada 5 Jan dibenarkan mengambil anak mereka untuk bercuti selama 4 hari ataupun berjumpa dengan anak mereka. Aku jadi tak tidur malam, bukan ummi dia aje.. Rasanya ayah dia pun gitu. Jadi tak sabar nak jumpa bujang ummi sorang tu. 
Pagi yang hening tu, pukul 5 aku dah bangun untuk masak kuah lodeh sebab aku nak bawa lontong untuk majlis pertemuan itu nanti. Syukurlah Abdul Salam rajin membantu memotong apa yang patut malam td. Kek karemel dah siap dah 2 biji aku buat petang semalamnya. Pagi tu pun Umar dan Abdul Salam senang sangat nak bangun. Cakap nak g jumpa abang je, deras bangunnnya. Kami lepak skit sebelum pegi, kena tegur ngan Abdul Salam kenapa lambat.
Berdebar bila sampai kat sana. Ramai dah ibu bapa yang datang. Anak-anak pun tak sabar menunggu kehadiran ibu bapa mereka sedangkan kami dah minta pada Ustaz Osman supaya merahsiakan kehadiran kami ini. Selama 40 hari ini kami hanya dihadiahkan gambar anak-anak kami yang sedang melakukan aktiviti mereka. Walau bagaimana pun kami bersyukur dengan teknologi canggih di zaman moden ini, dapat jugaklah kami lihat wajah anak kami dari jauh.
Gembira kami melihat Harraz suka belajar di sana. Apa yang Ustaz kata, Harraz ni ringgan tangan. Bila tanya sapa nak buat khidmat, laju je dia menawarkan diri dia. Bukannya apa, sapa yang buat keje khidmat ni, isteri Ustaz Osman akan bagi ganjaran berupa makanan kepada mereka. Harraz ni memang kuat makan, tapi kurus dah anak ummi duduk kat sana. Mereka kat sana tidak dibenarkan membawa makanan sendiri untuk disimpan di dalam loker mereka. Ustaz tak nak gejala kecurian makanan berlaku. Jadi mereka hanya makan 4 kali sehari sahaj dalam kuantiti yang dihadkan. Harraz kata memang sikit dia bagi. Ummi tengok banyak je, setalam nasi untuk 4 orang makan. Tapi anak kita lelaki, banyak main.. Memanglah dia rasa sikit. Biar dia, bila perut dah biasa kurang makan, senang nak puasa pastu ngantuk pun kurang, belajar pun senang. Mereka kat sana kene puasa sunat isnin dan khamis. Alhamdulillah .... Mereka mengamalkan sunnah Rasulullah.
Mereka aktif bersukan di sana. Tanah yang diwakafkan itu luas, ada padang bola, depa buat reban angsa dan ayamlah. Mereka tanam pakok betiklah. Pastu ada sungai.. Apa lagi anak-anak disana, hari-hari mandi sungai, tu yang gelap berkilat masing-masingnya tu. Muah Thai pun ada... Mereka nampak enjoy dengan suasana pembelajaran disana. Apa yang pasti Harraz sekarang dah tak macam Harraz dahulu. Ummi betul-betul terharu dengan perubahan abang ... Syukur Alhamdulillah...

Monday, 26 January 2015

Kesungguhanmu wahai anakku

Semalam Abdul Salam sibuk duk membuat kira-kira. Kami jadi hairan sebab dia duduklah dalam biliknya dengan sebatang pensil dan bukunya. Mula-mula kami abaikan je sebab dia memang jenis pelik skit, tak suka kongsi. Tapi sebagai ummi, aku tak puas hati dia duduk kat dalam bilik senyap je sensorang. Rasa bersalahkah dia kerana telah menyebabkan iphone ayahnya disable sehingga telefon ayahnya itu terpaksa di format semula? Penat ayah dipujuk suruh keluar, tapi duk panggil dari ruang tamulah. Aku apalagi, masuk bilik dan tengok apa yang dia menungkan. Rupa-rupanya dia duk mengira duit yang perlu dia kumpul untuk membeli hand phone sendiri. Macam-macam ragam si Abdul Salam ni. Tapi baguslah dengan tekadnya itu, dia paham bahawa segalanya tidak boleh diperolehi tanpa usaha.
Disebabkan oleh cita-cita untuk mengumpul duit tersebut, aku sebagai ummi harus menyokongnya. Aku bekalkan dia makanan supaya dia tidak lapar dan dalam masa yang sama dia boleh mengumpul duit dia.

Friday, 23 January 2015

Ustaz Ahmad Junaidin


Dipagi jumaat yang hening ini, suamiku mendapat panggilan dari ahli sahabat ABJAD yang mengatakan ustaz Ahmad iaitu tuan guru kami telah meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 6 pagi. Aku sendiri yang sedang menyediakan sarapan untuk pagi ini dapat menjangkakan ada sesuatu disebalik panggilan telefon dipagi hari. Terkedu aku seketika dan tanpa aku sedari jatuh air mata aku ini dengan berita tersebut. Kami baru melihat dan mendengar ceramah beliau pada 4 Jan yang lalu sempena sambutan Maulidur Rasul di Sungai Petani. Aku betul-betul tidak menyangka bahawa itulah pertemuan kami yang terakhir, walaupun ketika itu aku hanya mampu melihat beliau dari sisi sahaja kerana lelaki dan perempuan dipisahkan ketika ceramah itu diadakan. Syukur sangat suami aku membawa kami sekeluarga membawa kami ke sana dan kerana itulah juga aku dapat berjumpa dengan tuan guru kami ini.
Insan yang mulia inilah yang telah membawa kami ke jalan yang benar menuju Allah dan Rasulullah. Aku pasti, kiranya Allah tidak menemukan kami iaitu aku dan suamiku dengan beliau, aku akan terus khayal dengan kehidupan dunia semata-mata. Mungkin aku akan terus mengejar dunia tanpa aku ingin membetulkan kedudukan kami di dunia abadi. Semoga Allah merahmati beliau.

Wednesday, 21 January 2015

Kepek ngaku ngan kepek ngaku


Kenal tak buah ngaku atau depa duk panggil buah arrow head? Sebenarnya aku pun baru kenal pas tengok kerepek ngaku ni jadi viral dalam muka buku. Gambar kat atas tu aku ambik dari laman pakcik Google sebab malas nak snap gambar sendiri. Memang sejak dua menjak ni aku jadi malaskan.. Hihihi. Mengaku xpe jangan orang kata. 
Citer pasal buah ngaku ni, dah 2 kali aku beli setakat minggu ni. Semalam aku beli kat eon big wangsa maju, harga sekilo rm2.38. Hari ni pulak timbul tak betul aku, aku pegi giant untuk beli kain meter, aku nampak lagi buah ni dan harga dia pulak rm2.48 sekilo. Lebih kurang je harga dia. Aku beli gak tadi sebab untuk pengetahuan korang, mak lak ai... Sodap kepek ngaku ni rupanya. Masa aku beli kat giant tadi, adalah makcik-makcik ni tanya nak masak camne sebabnya aku sorang je melayu yang beli buah tu, yang lain cina sebab buah ni memang sinonim dengan bangsa cina. Aku pasti kalau ianya tidak menjadi viral kat dalam facebook, memang kurang orang melayu tahu tentang buah ni. Sempat aku berbual dengan orang cina yang pilih buah tu tadi. Dia kata tahun ni murah skit buah ni, tahun lepas sampai rm5 lebih sekilonya. Dia suh aku tunggu sampai nak raya cina nanti, lagi murah katany? Buah yang ditanam di negara China ni hanya banyak didapati bila tiba raya depa.
Tahu tak nak buat camne kepek ngaku ni? Sonang yo... Kupeh, basuh, pastu rondam jap ngan air garam. Toskan buah tu, peh tu sagat dalam minyak paneh dalam kuali paneh. Goreng sampai warna ceklat... Dah siap.. Selamat mencubo...

Friday, 16 January 2015

Ujian itu tanda Allah Sayang

I'm here again... my back pain come again. Jadi sekali lagi aku dimasukkan ke spital ni untuk rawatan physioteraphy.. sakit gak tapi bila aku fikir yang aku kena baik demi keluarga aku... redha jelah. Aku tak pasti kenapa aku sakit semula.. sebab angkat berat ke... atau berdiri lama ke atau pengerakan yang sama tapi kerap dilakukan. Semua tu kemungkinan penyebab masalah sakit belakang aku ni. Positif... Allah duga aku sebab DIA sayang pada aku..