Saturday, 25 June 2011

Kerenah anak-anak

Anak-anak makin besar makin memeningkan kerenah mereka ...huhuhu. Tu yang mampu aku katakan. Kerana itu juga aku kurang masa untuk melayan blog aku nie. Sekolah mereka, kawan-kawan mereka ... Kadang-kadang terkeluar gak air mata nie. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur dengan kurnian Allah ini kerana tanpa mereka pasti hidup aku sunyi dan yang paling pasti aku quota bercakap aku setiap hari habis sebab bebelkan mereka.
Harraz pandai mengambil hati aku kalau aku marahkan mereka. Dia tak pandai menjawab bila kena 'sekolah' tapi yang pasti lepas kena 'sekolah' dia akan buat baik, tahanlah dalam 2 ke 3 hari. Contoh dia kalau aku kena jemput dia balik sekolah pastu dia takder kat depan pintu pagar, dah satu keja pulak aku kena carik parking than nak carik depa kat dalam sekolah depa. Paham jerlah parking kat sekolah Al-Amin tu memang payah.. siap dia kena 'sekolah' ngan aku.. Pastu tengok, esok dia dah unggu kat depan pintu pagar, siap panggilkan adik dia sekali.
Abduk Salam lak, suka buat aku marah denganbaju sekolah dia yang kepam ... huh.. penat jugak tangan ni menyental. aku bukan malas cuma jari aku nie alah ngan sabun...x cantik jari-jemariku..Pastu pandai lak balik sekolah terus letak baju dalam baldi sebab nak senangkan ummi rendam dulu. Peningkan. Ngan keje sekolah yang tak sempat siap. Kadang-kadang aku sian jugak ngan depa, dahlah balik sekolah lewat than keje sekolah banyak, bila dah main kat sekolah lebih, penat sudah ... bila suh buat keje sekolah.. dah malas, siap nangis-nangis lagi Abdul Salam tu sebab penat sangat.
Ha tu belum lagi Umar ... budak malas nak berjalan. Berat dah mencecah 11kg, pastu asyik malas nak berjalan. Semuanya sebab suamiku @ ayah dia yang suka dukung dia bila g jalan... penat beb.. lebih-lebih lagi aku yang dah berat nie..hahaha

2 comments:

Mokteh said...

sama la kita hehehe....walaupun budak2 tu kecik lg, penat jgk melayan diorang. ingatkan bila makin besar, senang sikit nk handle. rupanya lain plak challenge dia:)

Angah Fadzrul said...

tulah chot.. awak sepasang akak 3 hero, masuk ayah dia 4 hero.. nak berperang kami semua..