Aku dah nak kena keje besok tapi pandanganku masih terhad pagi tadi. Pada asalnya aku masih under treatment tapi aku kena gunakan mataku ini untuk bekerja esok. Nak atau tidak, jam 10 pg tadi aku keluar jugak dengan memandu kereta ke Setiawangsa setelah meminta pandangan dari kawanku Akmaliza tentang kanta lekap atau cermin mata baru. Akma mencadangkan supaya aku buat kaca mata baru sebab bimbang mataku akan bertambah bermasalah sekiranya aku mengunakan kanta lekap. Aku pernah tanya pada doktor yang merawat mataku ari tu sama ada aku perlu menukar kaca mataku atau tidak tapi dia kata tak perlu sebab dia kata kekaburan itu hanya bersifat sementara. Dia kata ada sorang pesakit dia tu ambik masa sampai 3 minggu nak sembuh seperti sedia kala. Oh tidak ... aku perlukan sedikit cahaya.
Seperti yang aku katakan tadi aku ke kedai yang Akma cadangkan tapi sayangnya adik yang buat kaca mata tu tak datang lagi. Camnilah orang melayu...camner nak maju kalau macam nie. Aku tanya pada pembantu dia samaada dia bleh siapkan ari nie jugak tak kalau aku buat sekarang. Dia tak berani nak jamin boleh siap tak sebab tengok kalau lens tu ada mungkin bolehlah. Ehm... dia suruh aku datang semual pukul 11 pagi. Dalam sementara nak menunggu dia tu aku ke England Optical yang terletak di Keramat Permai depan Masjid Muaz bin Jab'ar. Alhamdulillah dia kata bleh siap petang nie. Than aku ditawarkan pakej rm288, bingkai termasuk lens. Blehlah sebabnya aku bukan obses dengan jenama. Hantam kromo jer asal mata aku terang dan bingkai tu tak berat. Aku minta Photochromic lens, yang tu dia kata dia kena confirmkan dulu sama ada bleh siap ke tak petang nie. Bukannya apa, kami yang berkaca mata nie tak bleh guna sunglasses masa matahari terik ketika memandu. Jadinya bila aku guna lens tu, dia akan bertukar menjadi gelap bila kena matahari. Kalau nak guna sunglasses pun, kami kena guna kanta lekap than baru sesuai dengan situasi.
Jam 6 petang tadi, England optical telefon mengatakan kaca mataku sudah siap... Alhamdulillah, syukur pada Allah kerna telah memudahkan kerja buat Hambanya yang hina ini. Dan kini kaca mata baru ku ada pada suamiku sebab dia yang ambik petang tadi dan terus masuk keja malam.
No comments:
Post a Comment