Semuanya berbalik kepada soal integriti...aku pun bukannya paham sangat pasal benda tu cuma yang aku paham pasal amanahlah. Aku rasa baru kali aku dengar soalan upsr bocor, kalau spm tu selalulah aku dengar bocor tapi biasanya takdelah sampai kene tangguh atau pun ulang. Mungkin ada ulang atau tangguh cuma aku yang mungkin tak tahu.
Aku rasa perkara ni berlaku disebabkan saingan untuk mendapat 5A tu terlalu tinggi dikalangan ibu bapa bukan dikalangan anak-anak itu sendiri. Betul tak? Macam aku dulu, tak malu aku katakan yang aku cuma mendapat 3A 2B je untuk upsr aku, dapat masuk U jugak aku. Seingat aku, mak tak marah pun aku punya keputusan macam tu. Aku dapat pangkat 1 masa spmv aku, takde pun hadiah aku dapat dari mak ngan abah, cuma yag aku dapat ucapan terima kasih je. Bayangkan anak-anak sekarang, disebabkan saingan antara ibu bapa, mereka juga terpaksa bekerja keras belajar bersungguh-sungguh untuk menjayakan misi ibu bapa mereka. Semalam aku terbaca, ada ibu yang kesal sebab penangguhan kertas sains BI ini dan menanggung kerugian kerana terpaksa membatalkan tempahan untuk bercuti ke Tambon Lost World, Janda Baik dan USS. Wah... Tu baru upsr belum spm lg. Come on lah wahai ibu bapa, jangan terlalu mendera anak-anak anda.
Untuk mendapat 5A, anak - anak dihantar tuisyen. Bukan aku tak hantar, tapi Harraz hanya pergi kelas tambahan yang sekolah diabuatnya. Bukan apa, aku kesian dengan dia sebab kalau aku perhatikan dia bangun seawal 6 pagi dan tidur selewat 10:30 malam, bila waktu rehat dia. Aku pun ada masa belek facebook ngan instagram aku, dia.. Balik dari sekolah agama, mandi... Duk dalam bilik buat keje sekolah dia yang melambak tu, tu ada yang dia dah buat kat sekolah. Kalau dia ada kelas tambahan macam hari isnin sampai rabu, kadang- kadang dia minta dikejutkan seawal 5 pagi sebab nak siapkan kerja sekolah dia. Dari hari selasa sampai khamis dia kene pergi sekolah awal, sebab ada kelas tambahan pagi pulak. Kesian aku tengok dia, belum kira kelas tambahan sekolah agama dia untuk upsra dia. Macamanalah dengan anak-anak yang dihantar ke tuisyen lepas sekolah tu. Sian depa.
No comments:
Post a Comment