Thursday, 10 September 2015

Pondok ArRiyad di Subang Bestari

Rezeki Harraz di Al-Kholidi tidak lama. Dia telah berjaya mengeluarkan dirinya dari pusat tahfiz tersebut setelah seminggu berpuasa. Perkara yang tidak terlalu memeranjatkan kami sebagai ibu bapa kerana dia dah 3 kali minta keluar dari sana sejak ketiadaan kawan baik dia iaitu Ijin. Kami suruh bagi kami tempoh hingga hujung tahun sebenarnya sebab nak tengok prestasinya bagaimana. Kami bercita-cita nak suruh dia sambung belajar hingga ke Darul Habib Indonesia sana. Tapi apakan daya, malam kejadian itu kami telah dikejutkan dengan panggilan dari ibu kepada salah sorang pelajar di sana dan mengatakan Harraz telah berada di rumah dia yang terletak di Kg Changkat, Gombak. 
Nak buat macamana, dia dah lari. Syukur Allah masih lagi sayang kepada mereka dengan menemukan seorang cikgu yang memang secara kebetulan memang nak ke KL pada ketika itu. Cikgu tersebut nampak mereka bertiga berjalan didalam kegelapan malam menuju kearah Batang Kali.
Perkara pertama yang dia cakap masa aku ambil dia kat rumah kawan dia tu, dia kata dia nak belajar kitab, sepenuhnya kitab. Dia taknak tahfiz sebab dia kata dia tak mampu. Aku menung sekejap sebab setahu aku memang susah nak cari madrasah yang mengajar kitab di KL ni. 
Dengan bantuan sahabat yang menyayangi kami, kami ditemukan dengan Ustaz Irwan mudir kepada Madrasah ArRiyad Addaufa' Wal Masakin yang kebetulan datang TI untuk bagi tazkirah pada hari yang sama Harraz lari dari madrasah lama dia. Ustaz Irwan ada war-warkan tentang pondok dia ini. Setelah berbincang dengan Encik suami, kami membawa Harraz pergi berjumpa dengan Ustaz di madrasah lama dia supaya dia boleh meminta maaf pada mereka. Kami memang mengajar anak-anak kami akan berkat seorang guru itu. 
Dan dalam masa yang sama kami bawa Harraz ke pondok barunya untuk ditemuduga. Memang aku tabik dengan cikgu pondok ni. Beliau sungguh menghormati tetamu, itu aku tak nafikan. Ustaz Irwan ni juga amat dikenali dengan gelaran  Ustaz Allahumasolialamuhammad kerana tabiat beliau yang terlalu suka berselawat. Ustaz Irwan juga bekas anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang amat terkenal di Seliau, Rantau. Alhamdulillah akhirnya Harraz bertemu dengan pondok kitab yang dia cari, semoga Harraz serasi belajar disini. Dan sepanjang sebulan dia di sana, aku nampak dia happy je belajar. Semoga Allah kekalkan hatinya untuk belajar kitab dan bahasa arab hingga ke Yaman atau Acheh.

Wednesday, 9 September 2015

Cuti sakit pun tak pandai duk diam

Tulah dia aku.. Reti duk diam hanya pada minggu pertama cuti sakit aku je. Pastu..takde maknanya aku nk duk diam. Tulah orang kata aku degil sampai bekas luka pembedahan aku tetas setelah sehari jahitan dibuka. Wah... Aku x lasak pun rasanya cuma aku tak beli support device yang doktor cadangkan ari tu. Aku tak beli sebab mahal dan doktor kata terpulang aku nak beli atau tida. Jadinya aku ada pilihan untuk tidak membazirkan duit aku.. Tu pendapat aku pada ketika itu tp akibatnya bekas luka itu tetas ataupun terbuka.
Syukur juga luka tu dah kering cuma pedih dia macam kena hiris pisau tulah... Ngeri gak tengok luka tu.. Dah macam longkang dah. Aku ngeri sebab bimbang luka dalam tak kering je.. Bimbang kena jahit semula je. Taknaklah lagi benang tu duk kat tangan ni... So.. Apa lagi.. Sapa yang tengah sakit tu.. Belajar-belajarlah duk diam-diam.. Dah kena baru padan muka

Monday, 31 August 2015

Dugaan itu tanda Allah sayang

Lama sungguh blog ni bersawang sebab tuan dia konon xde masa. Balik keje duk penat merehatkan badan. Kek pun dah jarang-jarang buat sejak sakit ni. Sebenarnya aku ni baru saja lepas buat minor operation bak kata kawan-kawan aku, tapi baki aku major dah ni sbb ngeri wei. Pergelangan tangan kiri aku dah ditoreh oleh doktor Ezlan Merican di Hospital Pantai Ampang untuk masalah Carpal Tunnel aka saraf terhimpit pada 20hb August yang lalu.
Nak dijadikan cerita, sebelum ni aku dah pekena steroid 2 jarum kat situ ngan kaki aku sebab masalah yang sama. Sebelum aku ambik steroid tu aku dah tanya dulu ngan doktor berapa lama dia boleh recover sakit aku ni. Aku bukanlah x tahan sangat sakit tu.. bertahun aku sakit, aku tahan cuma kali ni aku rasa macam rimas dengan mc (cuti sakit) aku yang kian sikit dan harap maklumlah boss mana yang suka pekerja dia asyik takde je kat line. Jadi doktor kata min 6 bulan, lama gak bagi aku sebab sempat lagi tahu depan rasanya.. in shaa Allah.
Tapi sebab Allah kat kami, dalam bulan 8 aku dah sakit-sakit semula. Selagi lagi aku mc 2 hari dan sebelum tu aku dah half day petang sebab tak tahan sakit. Nak dijadikan cerita aku dipindahkan department. Mula-mula aku agak sukar menerimanya sebab aku adalah antara orang lama kat QFN tu, dari line tu memang tak stabil sampai lah kami ( Engineer dan sahabat yang lain) semua bekerja keras siang dan malam untuk menjadikan line QFN itu agak tenang sehinggalah hari ini. Tapi selepas aku fikirkan semula dan kembali pada Allah, aku jadi tenang. Biarlah ..
Jadi sebelum aku berpindah ke department baru ni iaitu dari process engineering ke QA department, baik aku laksanakan apa yang patut aku lakukan.. Aku serah diri pada doktor untuk proses yang in shaa Allah boleh membantu mengurangkan sakit aku selama ini.
Pastu.. apa lagi... aku MC lah sampai sebulan... 

Monday, 11 May 2015

Sakit dan sibuk

Alasan aku yang paling kukuh sekarang ni adalah sibuk dan sakit menyebabkan 2 bulan rasanya blog yang aku sayangi dahulunya tersadai dan berkulat..Sekadar alasankan..hihihi. Bukan takde citer nk update cuma aku tahu, blog aku ni sekadar suka yang memang takde pengikutnya.
Hujung bulan ari tu aku seperti diuji oleh Allah dengan Harraz. Sungguh aku tak sanka yang dia berani mengaku depan guru dia yang dia hendak berhenti dari Pusat Tahfiz Al-Kholidi. Kat situ aku memang tabik spring kat dia sebabnya dia berani ngan ustaz dia... ummi dia pun tak berani. Nak cakap ngan Ustaz Othman tu punyalah berlapik.. Carik perkataan yang sesuai nak cakap. Ustaz Man kata memang dia terus jawap je bila Ustaz Man tanya betul ke Harraz nak pindah atas alasan nak sekolah kat Madrasah Masjid Al-Riduan.. Mengeleng kepala Ustaz Man. Aku diberitahu mengenai hal tersebut dan aku diminta menjalankan tugasan aku sebagai ummi.
Harraz ni orangnya lembut di dalam, maksudnya dalam hati ada taman. Bagilah dia video motivasi, mudah dia tersentuh. Jadi aku rasa aku tahu kat mana nak attack dia.
Sehari sebelum hari outing mereka, ibu kepada Firdaus ada menjemput anak-anak dan ibu bapa ke majlis aqiqah adik sara.. Jadi dekat situ aku cuba nak dengar dulu apa yang Harraz nak bagitahu dan aku pula bagitahu apa yang dia perlu tahu. Bagi aku dia tiada pilihan lain sekiranya dia nak keluar dari sana kerana kawan ( kawan baik dia Ijin dah dikeluarkan oleh ibu dia sebenarnya cerita dia yang dia nak keluar dari sana). Aku tak ganggu dia makan, habis dia makan aku terus menuju ke dia dan tanya:-
Ummi : abg ada benda nak cite ngan ummi ke?
Harraz: ada...(sambil tersenyum-lepas rindulah kot). Abang nak pindah sekolah boleh ummi?
Ummi : kenapa abang nak pindah?
Harraz: sebab ijin dah takde, abang tak biasa ijin takde
Ummi : bukan ke abang tak kawan sangat dengan ijin pas masuk sana? Ummi nampak ijij asyik ngan kembar je.. Abang pun ngan Aiman je. Boleh kalau abang nak benti, ummi sekolahkan abang kat tempat ijin, kat setiu, jauh lagi dari kampung tokwan
Harraz : jauhnya ummi, taknaklah.. Abang nak sekolah Masjid Al-Riduanlah.
Ummi : abang ingat ada lagi kemasukkan ke sekarang ni?Abang ingat senang nak masuk sana? Klu senang dah lama Hafiz tu masuk sana, dah 2 kali dia g interview kat sana tak dapat, kenapa adik dia dapat? Sebab adik dia mungkin lebih bagus dari dia. Cuba cite, apa sebenarnya buat abang nak kluar? Ummi dengar (sambil usap bahu dia-kena ada sentuhan)
Harraz: sebenarnya baju abang banyak orang pakai.. Boxer abang pun dah tinggal sikit (sambil tarik  nafas macam nak nangis)
Ummi : sapa pakai baju abang, citer ngan ummi(sambil peluk bahu dia ).. Camnilah bang, abang halalkan t-shirt abang ngan boxer abang yang kawan abang pinjam tu, tapi jubah abang ambiklah ye.. In shaa Allah sok masa outing kita beli 2 set boxer ngan t-shirt abang. Abang tak suka khidmat ke?
Harraz:taklah ummi. Abang tak kisah khidmat sebab abang tahu abang takde spm, khidmat tu boleh boleh tolong abang nanti
Ummi : bagus anak ummi (sambil peluk bahu dia). Abang sekarang khidmat apa, cite ngan ummi
Harraz: kitab Abi, dengan laskap depan asrama
Ummi : abang nak hadiah? Ummi hadiahkan abang anak pokok kurma untuk lanskap asrama ye. Nanti Abang wakafkan pada madrasah atas nama kita semua ye..(bercakap dalam nada memujuk)
Harraz: nak.. (laju angukkanya sambil tersenyum)
Ummi : camnilah klu dlm setahun lg abg x naik hafazan, kita kluar... (aku berani cakap macam tu sebab aku yakin dengan harraz cuma halangan dia, sekiranya dia buat malas. Doa ummi mengiringi usaha abang).

Malam tu dia memang nak nangis tapi dia berjaya untuk menahan air matanya dari keluar namun dia gagal menahanya jugak disaat aku memintanya supaya TAAT pada ku masa aku nak balik dari menghatarnya ketika outing keesokkan harinya. Aku sebenarnya ditegur oleh Ustaz Man perihal setahun tu sebab memang aku takde niat pun nak keluarkan dia sebab bagi aku Al-Kholidi memang sesuai dengan Harraz yang suka main. Aktiviti bolanya, memanah, Muay thai pun ada. Khidmat lagilah ada, jadi memang sebenarnya setahun tu aku bagi pada dia atas keyakinan aku sebagai seorang ummi akan siapa anak aku di depan aku. Tengok macam UPSR dia pun cukuplah, aku bagi target... Dia berjaya mencapai target yang kami berdua setkan walaupun dia memilih untuk ke tahfiz selepas UPSR nanti. Klu ikut logik akal, buat apa dia nak belajar, sedangkan masuk tahfiz tak perlu UPSR. Tu sebabnya aku set target untuk dia. Ustaz Man terima alasan aku dan dia pun kata, in shaa Allah Harraz boleh cuma bimbang dia buat malas je.
Tangisan Harraz mulanya buat aku cuak, sapa tak cuak.. Nak balik dah ni, nangis lak dia. Rupanya dia tersentuh bila aku suruh TAAT padaku kerna aku tidak pernah suruh dia buat apa yang Allah dan Rasul larang. Maksudny TAAT yang aku minta sebenarny adalah TAAT pada Allah dan Rasul... Tersedu-sedu dia menangis... " sebenarnya abang rindu ngan Ummi " ... Alahai bujang sulung aku ni... "Peluk ummi puas-puas... Hilangkan rasa rindu abang pada ummi... In shaa Allah, 2 minggu sekali ummi datang, tapi ummi x janji sebab apa bang?". "Ummi taknak jadi orang yang munafik".. Jawapnya sendiri. Alahamdulillah dia paham apa yang aku cuba maksudkan.. Semoga Allah menetapkan hatinya terus belajar di sana. Bagi ummi, naziroh ke hafazan ke iqra ke hal kedua, yang penting, AKHLAK kena A+.







Saturday, 7 March 2015

Cukup sekadar disini saja

Tanggal 18 Feb 2015, tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana kami telah kehilangan kereta pertama kami di kawasan parking basement rumah kami. Kejadian itu disedari oleh suamiku ketika dia hendak menghantar Umar Zuhdi ke sekolah sebelum dia pergi ke tempat kerja kami. Aku yang ketika itu telah selamat parking di TI, agak terkejut jugaklah bila mendapat panggilan telefon dari suami ku yang mengatakan kereta dah hilang, penipu kalau aku kata aku tak terkejut. Tapi Allah bagi kekuatan pada aku ketika itu kerana aku pasti suamiku adalah orang yang paling terkejut atas kehilangan itu sebab dia adalah insan terakhir mengunakan kereta itu semalamnya. Tapi ternyata jangkaan aku meleset, dia tersenyum je bila aku balik untuk mengambil Umar dan dia. Cuma yang pasti dia menyuruh aku memandu ketika itu.
Setelah hantar Umar ke sekolah, kami terus membuat laporan polis di UTC Pasar Keramat. Ehm... Pihak polis minta geranlah pulak. Kami cuba menghubungi pihak bank yang kami membuat pinjaman. Syukur mereka mudah memberi maklumat yang diperlukan. Apa lagi, ke Klanglah kami ambik geran kereta. Sebelum itu, aku buat panggilan kepada pihak pengurusan blok Menara Merak Kayangan untuk mendapatkan rakaman cctv malam tadi. 
Rupanya senang nak ambil geran kenderaan di pihak bank, tak banyak soal pun depa. Terus bagi, janji owner yang pergi minta. Alang-alang dah sampai Klang, suami aku apa lagi... Tukar tayar Myvi lah dia sebab tayar kereta tu memang tunggu harinya.
Selesai urusan di Klang, kami terus balik ke Keramat sebab kami dapat panggilan telefon dari Sarjan yang in charge case kami ni untuk buat laporan siasatan di balai Polis Jalan Pudu. Laparlah pulak perut ni sebab dari pagi tak makan. Sampai je kat kedai makan, kami terima panggilan dari jiran kami pulak yang dah tengok cctv tu dan mengatakan kereta yang digunakan untuk mengambil kereta kami tu ada di hadapan sekolah berhampiran dengan rumah kami. Kami pun apa lagi, terus cari kereta tu. Dari pengamatan kami, kereta tu pompuan yang punya. Kami tak sampai hati nak pancitkan tayar kereta tu sebab kami takut kami salah kereta. Tapi dijadikan cerita, lepas kami tengok cctv tu, sah memang kereta tu digunakan untuk mengambil kereta kami. Tapi nak buat camne, kami balik dari ambil anak dalam pukul 5 lebih, kereta tu dah takde kat situ. 
Kami redha dengan ketentuan Illahi. Hanya sampai disini sahaja DIA meminjamkan kemewahan itu pada kami. Tiada daya kami untuk melawan kehendakNYA

Monday, 23 February 2015

Sesungguhnya rindu itu satu penyiksaan

Walaupun hampir seminggu lamanya penyiksaan aku sudah berakhir namun aku bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepada aku untuk berjaya menahan kerinduan pada anak sulung ku, Muhammad Harraz Furqan selama 40 hari lamanya. Wah.. Mukadimah dia...
Bukan apa... Aku pernah tulis pasal dia masuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi dulukan... Memang rindu sungguh ummi dengan dia masa dia pergi 40 hari tu. Tapi tanggal 15 feb yang lepas, ibu bapa yang mana anaknya masuk pada 5 Jan dibenarkan mengambil anak mereka untuk bercuti selama 4 hari ataupun berjumpa dengan anak mereka. Aku jadi tak tidur malam, bukan ummi dia aje.. Rasanya ayah dia pun gitu. Jadi tak sabar nak jumpa bujang ummi sorang tu. 
Pagi yang hening tu, pukul 5 aku dah bangun untuk masak kuah lodeh sebab aku nak bawa lontong untuk majlis pertemuan itu nanti. Syukurlah Abdul Salam rajin membantu memotong apa yang patut malam td. Kek karemel dah siap dah 2 biji aku buat petang semalamnya. Pagi tu pun Umar dan Abdul Salam senang sangat nak bangun. Cakap nak g jumpa abang je, deras bangunnnya. Kami lepak skit sebelum pegi, kena tegur ngan Abdul Salam kenapa lambat.
Berdebar bila sampai kat sana. Ramai dah ibu bapa yang datang. Anak-anak pun tak sabar menunggu kehadiran ibu bapa mereka sedangkan kami dah minta pada Ustaz Osman supaya merahsiakan kehadiran kami ini. Selama 40 hari ini kami hanya dihadiahkan gambar anak-anak kami yang sedang melakukan aktiviti mereka. Walau bagaimana pun kami bersyukur dengan teknologi canggih di zaman moden ini, dapat jugaklah kami lihat wajah anak kami dari jauh.
Gembira kami melihat Harraz suka belajar di sana. Apa yang Ustaz kata, Harraz ni ringgan tangan. Bila tanya sapa nak buat khidmat, laju je dia menawarkan diri dia. Bukannya apa, sapa yang buat keje khidmat ni, isteri Ustaz Osman akan bagi ganjaran berupa makanan kepada mereka. Harraz ni memang kuat makan, tapi kurus dah anak ummi duduk kat sana. Mereka kat sana tidak dibenarkan membawa makanan sendiri untuk disimpan di dalam loker mereka. Ustaz tak nak gejala kecurian makanan berlaku. Jadi mereka hanya makan 4 kali sehari sahaj dalam kuantiti yang dihadkan. Harraz kata memang sikit dia bagi. Ummi tengok banyak je, setalam nasi untuk 4 orang makan. Tapi anak kita lelaki, banyak main.. Memanglah dia rasa sikit. Biar dia, bila perut dah biasa kurang makan, senang nak puasa pastu ngantuk pun kurang, belajar pun senang. Mereka kat sana kene puasa sunat isnin dan khamis. Alhamdulillah .... Mereka mengamalkan sunnah Rasulullah.
Mereka aktif bersukan di sana. Tanah yang diwakafkan itu luas, ada padang bola, depa buat reban angsa dan ayamlah. Mereka tanam pakok betiklah. Pastu ada sungai.. Apa lagi anak-anak disana, hari-hari mandi sungai, tu yang gelap berkilat masing-masingnya tu. Muah Thai pun ada... Mereka nampak enjoy dengan suasana pembelajaran disana. Apa yang pasti Harraz sekarang dah tak macam Harraz dahulu. Ummi betul-betul terharu dengan perubahan abang ... Syukur Alhamdulillah...

Monday, 26 January 2015

Kesungguhanmu wahai anakku

Semalam Abdul Salam sibuk duk membuat kira-kira. Kami jadi hairan sebab dia duduklah dalam biliknya dengan sebatang pensil dan bukunya. Mula-mula kami abaikan je sebab dia memang jenis pelik skit, tak suka kongsi. Tapi sebagai ummi, aku tak puas hati dia duduk kat dalam bilik senyap je sensorang. Rasa bersalahkah dia kerana telah menyebabkan iphone ayahnya disable sehingga telefon ayahnya itu terpaksa di format semula? Penat ayah dipujuk suruh keluar, tapi duk panggil dari ruang tamulah. Aku apalagi, masuk bilik dan tengok apa yang dia menungkan. Rupa-rupanya dia duk mengira duit yang perlu dia kumpul untuk membeli hand phone sendiri. Macam-macam ragam si Abdul Salam ni. Tapi baguslah dengan tekadnya itu, dia paham bahawa segalanya tidak boleh diperolehi tanpa usaha.
Disebabkan oleh cita-cita untuk mengumpul duit tersebut, aku sebagai ummi harus menyokongnya. Aku bekalkan dia makanan supaya dia tidak lapar dan dalam masa yang sama dia boleh mengumpul duit dia.

Friday, 23 January 2015

Ustaz Ahmad Junaidin


Dipagi jumaat yang hening ini, suamiku mendapat panggilan dari ahli sahabat ABJAD yang mengatakan ustaz Ahmad iaitu tuan guru kami telah meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 6 pagi. Aku sendiri yang sedang menyediakan sarapan untuk pagi ini dapat menjangkakan ada sesuatu disebalik panggilan telefon dipagi hari. Terkedu aku seketika dan tanpa aku sedari jatuh air mata aku ini dengan berita tersebut. Kami baru melihat dan mendengar ceramah beliau pada 4 Jan yang lalu sempena sambutan Maulidur Rasul di Sungai Petani. Aku betul-betul tidak menyangka bahawa itulah pertemuan kami yang terakhir, walaupun ketika itu aku hanya mampu melihat beliau dari sisi sahaja kerana lelaki dan perempuan dipisahkan ketika ceramah itu diadakan. Syukur sangat suami aku membawa kami sekeluarga membawa kami ke sana dan kerana itulah juga aku dapat berjumpa dengan tuan guru kami ini.
Insan yang mulia inilah yang telah membawa kami ke jalan yang benar menuju Allah dan Rasulullah. Aku pasti, kiranya Allah tidak menemukan kami iaitu aku dan suamiku dengan beliau, aku akan terus khayal dengan kehidupan dunia semata-mata. Mungkin aku akan terus mengejar dunia tanpa aku ingin membetulkan kedudukan kami di dunia abadi. Semoga Allah merahmati beliau.

Wednesday, 21 January 2015

Kepek ngaku ngan kepek ngaku


Kenal tak buah ngaku atau depa duk panggil buah arrow head? Sebenarnya aku pun baru kenal pas tengok kerepek ngaku ni jadi viral dalam muka buku. Gambar kat atas tu aku ambik dari laman pakcik Google sebab malas nak snap gambar sendiri. Memang sejak dua menjak ni aku jadi malaskan.. Hihihi. Mengaku xpe jangan orang kata. 
Citer pasal buah ngaku ni, dah 2 kali aku beli setakat minggu ni. Semalam aku beli kat eon big wangsa maju, harga sekilo rm2.38. Hari ni pulak timbul tak betul aku, aku pegi giant untuk beli kain meter, aku nampak lagi buah ni dan harga dia pulak rm2.48 sekilo. Lebih kurang je harga dia. Aku beli gak tadi sebab untuk pengetahuan korang, mak lak ai... Sodap kepek ngaku ni rupanya. Masa aku beli kat giant tadi, adalah makcik-makcik ni tanya nak masak camne sebabnya aku sorang je melayu yang beli buah tu, yang lain cina sebab buah ni memang sinonim dengan bangsa cina. Aku pasti kalau ianya tidak menjadi viral kat dalam facebook, memang kurang orang melayu tahu tentang buah ni. Sempat aku berbual dengan orang cina yang pilih buah tu tadi. Dia kata tahun ni murah skit buah ni, tahun lepas sampai rm5 lebih sekilonya. Dia suh aku tunggu sampai nak raya cina nanti, lagi murah katany? Buah yang ditanam di negara China ni hanya banyak didapati bila tiba raya depa.
Tahu tak nak buat camne kepek ngaku ni? Sonang yo... Kupeh, basuh, pastu rondam jap ngan air garam. Toskan buah tu, peh tu sagat dalam minyak paneh dalam kuali paneh. Goreng sampai warna ceklat... Dah siap.. Selamat mencubo...

Friday, 16 January 2015

Ujian itu tanda Allah Sayang

I'm here again... my back pain come again. Jadi sekali lagi aku dimasukkan ke spital ni untuk rawatan physioteraphy.. sakit gak tapi bila aku fikir yang aku kena baik demi keluarga aku... redha jelah. Aku tak pasti kenapa aku sakit semula.. sebab angkat berat ke... atau berdiri lama ke atau pengerakan yang sama tapi kerap dilakukan. Semua tu kemungkinan penyebab masalah sakit belakang aku ni. Positif... Allah duga aku sebab DIA sayang pada aku..

Thursday, 8 January 2015

Muhammad Harraz Furqan bin Nor amri



Harraz ataupun abang memang nama sinonim yang kami panggil dia kat rumah kami ni. Aku sebagai ummi dia suka panggil dia dengan nama Muhammad sebab bila panggil Muhammad, dia cepat datangnya. Dia dah selamat masuk ke Pusat Tahfiz Al-Kholidi yang terletak kat Kg.Ulu Kalong, Ulu Yam. Payah skit nak pegi ke tahfiz tersebut cuma sesiapa yang nak cari kat mana tempat tu, cari je Ulu  Kalong eco resort, ke sanalah halanya.
Macammana Harraz boleh tercampak ke sana...? Ramai gak bertanya sebabnya tahfiz ni takde akedemik, tahfiz semata. Ayat mereka,habis... Harraz tak ambik spm lah nanti? Kenapa spm tu boleh jamin ke Harraz dapat keje? Kenapalah kita boleh jadi begitu, tak semena-mena kita telah bersangka buruk kepada Allah. Ingat wahai kawan-kawan kat luar sana, rezeki tu datangnya dari Allah. Kita hanya perlu berusaha.. Sapa kejar akhirat, dia dapat dunia.. Sapa kejar dunia, akhirat dia hilang. So jangan jadi syirik tak tentu arah ye.
Ok, back to Harraz. Dia masuk sana tanpa paksaan dari kami. 1 hari sedang kami sekeluarga sedang duduk santai, ayah dia tanya dia nak belajar kat mana pas ni sebab dia tengah tunggu result upsr dia. Sambil garu kepala, "ayah msukkan abang tahfizlah ayah".. "Betul ni bang?" Ayah dia tak caya, aku sebagai ummi dia pun tak caya. Biarlah.. Kita tengok result upsr camne nanti.
1 hari masa balik dari taska, dia cakap lagi sekali pasal tahfiz kat aku yang sedang memandu. Aku tergamam jugak bila dengar dia cakap macam tu. "kenapa bang?"."ummi antar jelah sebab abang taknak sekolah biasa.. Abang takut kena buli". Masa tu keputusan upsr masih tak keluar lagi. Cuma keputusan PSRA dia je dah keluar, dia hanya mampu mendapat makbul je. Tu yang dia patah hati kot dengan sekolah sekular ni.
Jadi, setelah berpakat dengan ibu kawan baik dia, ke Al-Kholidilah dia sebab rasanya biarlah dia masuk tahfiz yang dah ada kawan dia. Kawan baik lak tu. Tanggal 4/1/2015 bersamaan dengan 13 Rabiulawal, dia di daftarkan di sana. Genap usia dia 13 tahun dalam bulan islam. Selama 40 hari kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan dia... Hari ni baru hari ke 6.. Lama lagi nak tunggu ni... Kami dah rindu ni...






Wednesday, 7 January 2015

Jalan-jalan cari makan

Penghujung tahun setiap tahun, dengan izinNYA kami sekeluarga akan pergi bercuti. Konsep percutian kami, macam biasalah.. Jalan-jalan cari makan. Seperti tahun-tahun yang lalu, Melaka tetap menjadi salah satu dari destinasi percutian kami. Entahlah. Macam dipanggil-panggil untuk ke Melaka. Sebelum kami ke Melaka, kami duk dulu 1 malam kat Gold Coast Morib sebab kami nak pekena ikan bakar kononnya kat Bagan Lalang. Boleh tahan jugak makan kat kedai Senandung Malam kat bagan Lalang. Kami ke sana pun sebab kawan aku yang cadangkan untuk makan di sana. Sayang seribu kali sayang, aku tak sempat nak snap gambar ketika atau sebelum makan di sana. Disebabkan aku yang baru kluar spital sebab cirit birit, aku hadkan pemakanan aku ni sebab masih terasa sakitnya lagi ni. Pas makan, kejap tu mesti ke jamban aku. Adoi hai tapi peduli apa aku...makan tetap makan.
Melaka  memang destinasi kami yg harus di lawati setiap tahun. Yong tau fu sup lah...apa lagi. Jangan tak pergi pulak kat medan selera pantai jaring tapi kena ingat pegi pas pukul 5 petang sebab sebelum tu dia tak buka lagi. Kali ni aku kenalkan sesuatu yang baru pada keluarga aku iaitu roti john barkah yang terletak tak jauh dari kedai yong tau fu sup tu... Dia kat corner pantai puteri tu..pun sama.. Malam  baru buka. Jangan tak pegi ye...