Tuesday, 24 May 2011

Ehm..

Ehm...bercerita tentang kepenatan kita seharian bukan bererti kita mengeluh tapi hanya sekadar nak berkongsi cerita supaya hilang rasa kepenatan kita tu tadi..ehm..

Monday, 23 May 2011

Abah aku pemandu kereta jenazah

Sapa yang tak kenal dengan Haji Tapa kat Rantau tu..Abah,insan yang aku sayangi walaupun pernah satu ketika zaman nakalku,aku marah pada dia yang telah menyekat minatku untuk meneruskan pelajaranku dalam bidang perakaunan.Aku hidup susah masa kecilku disebabkan abah yang ketika itu bekerja sebagai buruh kasar yang menyebabkan aku terpaksa menyimpan duit poketku untuk membeli buku tambahan yg diminta oleh cikgu. Aku kena menjaja dari rumah kesatu rumah yang lain untuk membantu mak mendapat duit tambahan sehinggalah pengalaman aku itu menyebabkan aku bertekad untuk belajar dan keluar dari kepompong kemiskinan kami itu. Tapi aku blajar x pandai manapun mungkin bidang yang aku pelajari selama ini adalah bidang pilihan abah. Walaubagaimanapun,aku masih bersyukur dengan apa yang ditentukan oleh abah kerana semuanya atas kehendakNYA jua. Abah hanya pengatara yang merencanakan babak-babak hidupku. Namum hari ini aku terusik bila aku bercerita betapa besarnya pengorbanan abah sebagai pemandu kereta jenazah untuk mukim Rantau yang tidak sanggup meninggalkan tanggungjawapnya fardhu kifayahnya walaupun dia mendapat ahli baru dalam keluarganya. Akulah tu..masa aku bersalin Umar memang dia tak datang melawat tapi insan pertama yang aku hubungi untuk memberitahu berita gembira, itulah dia pemandu van jenazah yang aku sayangi..menitis air mata ini disaat ini aku terkenang abah ..

Sunday, 22 May 2011

Puding roti marble


Lately nie aku malas betul nak on laptop.. bukannya apa. pantang aku buka laptop, Umar Zuhdi mai duk kat aku suh buka Ultraman dia thru You tube. Tapi la nie dia tgh tidoq aku blehlah mengkabulkan permitaan cik Ros kita yang nakkan resepi Puding Roti Marble.


Bahan-bahannya:-
Setengah bungkus agar-agar cap burung layang-layang (yang haq besar tu)
1 tin susu sejat( biasa guna cap carnation sbb sedap) *
1 sudu besar susu pekat *
1 biji telur *
4 keping roti gardenia (kisar guna blander kering) *
1 sudu besar tepung custard *
1 sudu esen vanilla
secubit garam

Cara-caranya:-
1) Masak agar-agar ( air ikut kelikatan agar2 - biasanya 2-3 gelas). Masak sehingga hilang bentuk rupa agar-agar tersebut. Tapis agar-agar yang sudah masak tadi.
2) Sambil-sambil tu, blander bahan yang bertanda * sehingga sebati.
3) Satukan kedua-dua bahan tersebut di dalam periuk yang lain dan kacau
4) Masukkan sesn vanilla, garam dan gula secukup rasa
5) Bila dah agak likat, masukkan kedalam acuan... tinggalkan sedikit untuk dibuat corak marble
6) bancuhkan bancuhan yang sedikit tadi dengan sedikit milo dan sedikit nescafe than titiskan ke dalam acuan tadi secara membulat ( supaya cantik coraknya ketika dipotong nanti)
7) Sejukkan dalam peti sejuk dan nikmatilah hasilnya ...

Monday, 9 May 2011

Apa yang harus aku lakukan....?

Niat hati ni kuat nak mengerjakan ibadah umrah bersama suami tersayang....aku suarakan hajat aku ni padanya dalam masa yang sama aku berdoa kepadaNYA semoga suamiku terbuka hatinya untuk melayan hajatku ini. Alhamdulillah dia okay dengan hajatku itu dan dia berhajat nak bawa mertuaku sekali.Aku okay je sebab tujuan kita kesana nak beribadah bukan nak berbulan madu.Asalnya dulu nak bawa anak-anak tapi mengenangkan yang Umar masih kecik dan hati ni dah macam tak sabar-sabar nak ke sana....jadinya berdua jerlh.Than my hubby nak bawa mak dia...bawalah.Insya Allah...dan cadangannya nak pergi awal bulan 3 tahun depan. Tu pun dah penat fikir anak-anak yang nak kena tinggal ni. Moga ALLAH permudahkan. Tapi ari tu aku ada suaraka hasrat aku ni pada mak ngan abah aku...yang pastinya mak aku berubah skit muka dia masa aku cakap yang mertua aku pun ikut sekali. Aku faham yang dia ada hati nak ke sana lagi tapi aku tak berdaya nak terangkan kat dia yang mertua aku x pernah kesana dan aku jua tak berdaya nk terangkan pada dia yang nak bawa pergi tu anak dia. Aku cukup takut kalau aku terkecikn hati di. Mak tu oooo.....Aku sebenarnya nak minta tolong dia jaga anak-anak aku sepermergian aku kesana... Apa yang harus aku lakukan sekarang nie...

Thursday, 5 May 2011

Ada aku kisah ...

Aku tak pasti samaada patut tak aku gunakan dan amalkan frasa tu atau tidak sebabnya aku tak rasa aku jenis orang macam tu. Kadang-kadang aku pun tak pasti kenapa aku buat keje yang bukan job scope aku. Inilah padahnya sebab ... boleh tak aku kata yang aku nie baik sangat ...? Selama nie aku baik tolong puak nie sebabnya aku paham puak-puak nie memang hobi dia membesarkan $%#@*&^ mereka kat office mereka. Aku keje kat ngan LINE nielah yang selalu tolong settle-kan masalah mereka. Aku bukannya orang berkira TAPI aku cukup bengang bilanya aku cuba betulkan kesalahan mereka tapi balasan dia menyakitkan ... Aku siap guna perkataan DEAR lagi kat depan nama depa tapi ... nielah balasannya... dia marah-marah kita lak ... ehm... inilah nasib diri ku yang malang

Monday, 2 May 2011

Betul ke ...?

Kelmarin masa borak-borak ngan suamiku, dia ada kata pasal kawan dia ada tanya samaada isteri dia, akulah tu ... nak keje kerajaan tak. Ha.. apa lagi mestilah nak tapi dia kata sebagai kerani kat Kementerian pertahanan. Tapi bila dia kata gaji kerani kat sana dalam rm1.5k than plus elaun jadi total around 1.8k aku pun terkejut. Biar betul .... Abis kenapa orang keje kerajaan macam asyik dapat perhatian dari pihak berwajib yang mengatakan nasib mereka harus dibela sebab pendapatan mereka rendah. Kalau duk kat KL memanglah tak cukup banyak tu tapi kalau duk kat Seremban, dah kira okay dah tu ... Patutlah adik aku yang keje dia sebanyai juruteknik makmal kat Hospital Serembantu boleh beli rumah corner lot kat Ampangan ... huwaaa ..... Tapi betul ke gaji sebagai kerani sebanyak itu?Ehm ... kalau betul patut ke aku pegi sebabnya dengan gaji yang aku dapat tu, aku hanya boleh bayar rumah yang aku duk sekarang nie, rm560 than bayar anak-anak aku ... taska rm500 than sekolah rm540. Alamak mana baki untuk aku bersantai untuk diri aku sendiri ... huhuhu .. nak makan pizza hut pun x lepas ....Cancelllah ....

masa bersantai bersama keluarga

Wah... sooo long weekend holiday... best sungguh sebab dapat bercuti dan bersantai bersama keluarga. Dahlah tak masuk keje untuk weekend support ... memang menarik. kredit tuk boss aku buat pertama kalinya long weekend aku xyah support atas alasan no baby sitter. SEbenarnya kat tempat keje aku tambah sehari lagi cuti iaitu mass vacation pada hari jummat lepas. Ini bukanya bermakna biz kami jatuh tapi memang selalunya kalau waktu cuti panjang macam nie, orang akan sambung cuti jadi TI ambik langkah berjaga2lah kononnya nie...Yang paling best sangat aku untuk cuti kali ni, suamiku bawa kami sekeluarga melawat kawan ... sahabat baikku masa bersekolah kat SMVKK dulu, iaitu mala yang baru lepas bersalin anak perempuan kembarnya ... lepas rindu sebab selama nie kami asyik berhubung melalui FB ataupun YM jer ... terlepas rindu sampai terlupa yang Umar sebenarnya tak berapa sihat. Ha ambik ko, malam tu Umar demam panas .... huhuhu. Semalam lak tak ingat jugak yang malam tadinya Umar demam. AKu masak nasi lemak, kami bruch kat Tasik Titiwangsa ... layan anak-anak main bola. maklumlah rumah kami tingkat 10, bila depa jumpa tanah ... tak ingat nak balik. Bilallah agaknya kami nak dapat rumah bawah agaknya ... INsya Allah kalau kita usaha kearahnya ...