Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan ...
Monday, 23 May 2011
Abah aku pemandu kereta jenazah
Sapa yang tak kenal dengan Haji Tapa kat Rantau tu..Abah,insan yang aku sayangi walaupun pernah satu ketika zaman nakalku,aku marah pada dia yang telah menyekat minatku untuk meneruskan pelajaranku dalam bidang perakaunan.Aku hidup susah masa kecilku disebabkan abah yang ketika itu bekerja sebagai buruh kasar yang menyebabkan aku terpaksa menyimpan duit poketku untuk membeli buku tambahan yg diminta oleh cikgu. Aku kena menjaja dari rumah kesatu rumah yang lain untuk membantu mak mendapat duit tambahan sehinggalah pengalaman aku itu menyebabkan aku bertekad untuk belajar dan keluar dari kepompong kemiskinan kami itu. Tapi aku blajar x pandai manapun mungkin bidang yang aku pelajari selama ini adalah bidang pilihan abah. Walaubagaimanapun,aku masih bersyukur dengan apa yang ditentukan oleh abah kerana semuanya atas kehendakNYA jua. Abah hanya pengatara yang merencanakan babak-babak hidupku. Namum hari ini aku terusik bila aku bercerita betapa besarnya pengorbanan abah sebagai pemandu kereta jenazah untuk mukim Rantau yang tidak sanggup meninggalkan tanggungjawapnya fardhu kifayahnya walaupun dia mendapat ahli baru dalam keluarganya. Akulah tu..masa aku bersalin Umar memang dia tak datang melawat tapi insan pertama yang aku hubungi untuk memberitahu berita gembira, itulah dia pemandu van jenazah yang aku sayangi..menitis air mata ini disaat ini aku terkenang abah ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment